Nasi goreng Amerika
Nasi goreng Amerika (Bahasa Thai: ข้าวผัดอเมริกัน , RTGS: khao phat amerikan, disebut [kʰâ(ː)w pʰàt ʔāmēːrīkān]; Jawi: ناسي ڬوريڠ اميريک ) ialah hidangan nasi goreng Thai dengan bahan-bahan sampingan yang bercirikan 'Amerika', seperti bacon, ham, tomato dan telur mata lembu. Nasi goreng Amerika merupakan salah satu hidangan yang popular dan senang didapati di pelbagai kedai yang menghidangkan menu Thai di Malaysia. Namun, di Malaysia, hidangan ini lebih dikenali dengan nama Nasi goreng USA kerana kekeliruan yang mula muncul di selatan Thailand ketika resepi ini dibawa masuk ke Malaysia. Rujuk versi Nasi goreng Amerika di selatan Thailand dan Malaysia.
Nasi goreng Amerika | |
---|---|
Nama alternatif | ข้าวผัดอเมริกัน (khao phat amerikan) American Fried rice Nasi goreng Barat Nasi goreng USA (bercanggah) |
Jenis | Nasi Goreng |
Tempat asal | Thailand |
Masakan berkaitan | Malaysia, Thailand |
Bahan utama | nasi, ham (babi), sosej, hirisan nenas, kismis, telur mata |
sunting · sunting di Wikidata |
Sejarah
suntingDisebabkan ia telah dicipta semasa era Perang Vietnam untuk disajikan kepada Kor Marin Amerika Syarikat dan Tentera Udara Amerika Syarikat ditempatkan di Thailand, ia biasanya tidak dijumpai di restoran Thai di luar Thailand. Dengan percambahan restoran Thai, nasi goreng Amerika kini yang terdapat pada menu restoran Thai di Amerika Syarikat.
Makanan Thai yang diilhamkan sebegini adalah popular di Malaysia sejak tahun 80-an, di mana hidangan gaya Thai merupakan antara jenis menu yang digemari ramai, seperti nasi goreng pattaya dan tom yum.
Versi di selatan Thailand dan Malaysia
suntingNasi goreng Amerika di Malaysia dan selatan Thailand mempunyai versi berbeza yang telah diubah suai daripada versi asal. Biasanya ianya mengantikan lauk bacon atau ham (babi) kepada daging masak merah Thai ataupun ayam masak merah Thai. Perubahan ini dibuat disebabkan Masyarakat Melayu Siam dan Melayu Malaysia adalah beragama Islam. Nasi goreng Amerika versi ini sering dipanggil dengan nama Nasi goreng USA, yang menyebabkan timbulnya kekeliruan diantara dua jenis hidangan nasi goreng yang berbeza ini. Nasi goreng USA di Malaysia pada asalnya merupakan hidangan nasi goreng disampingkan udang, sotong dan ayam, namun perubahan maksud telah berlaku dari zaman ke zaman disebabkan persepsi orang ramai.