Nasi Lemak 1.0
Nasi Lemak 1.0 (Cina: 辣死你妈传人) ialah filem komedi Malaysia 2022 arahan Namewee. Kesinambungan kepada filem 2011, Nasi Lemak 2.0, ia mengisahkan tentang Cef Huang yang secara tidak sengaja mengembara kembali ke masa lalu ke Kerajaan Melaka yang gemilang 600 tahun yang lalu, di mana dia terperangkap di antara pertempuran lanun.[2]
Nasi Lemak 1.0 | |
---|---|
辣死你妈传人 | |
Pengarah | Namewee |
Dibintangi |
|
Syarikat penerbitan | Namewee Studio Production Cumdy Cumdy Production MIG Beats Sdn Bhd |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 111 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Mandarin Melayu Tamil Hokkien |
Pecah panggung | MYR 2.4 juta[1] |
Ia ditayangkan pada 27 Januari 2022 di Malaysia dan Singapura. Ia merupakan salah satu daripada lima filem Tahun Baharu Cina Malaysia dan Singapura 2022, termasuk Kongsi Raya dan Small Town Heroes (Malaysia), Ah Girls Go Army dan Reunion Dinner (Singapura).[3]
Sinopsis
suntingSelepas kejadian dalam filem pertama, Rrstoran Chef Huang mengalami satu lagi kemerosotan dalam perniagaan, kerana terlalu lewat untuk menyediakan makanan. Sebuah restoran baharu dibuka oleh musuh sepanjang zamannya, Lan Qiao di seberang jalan. Cef Huang mencabarnya dan sekali lagi mengadakan pertandingan memasak untuk melihat siapa yang membuat yang terbaik Nasi Lemak. Semasa persaingan sengit, kejadian letupan menyebabkan Chf Huang dan yang lain kembali ke masa lalu dan mendapati diri mereka berada di Kesultanan Melaka 600 tahun yang lalu, di mana nasi lemak masih tidak tersedia dan lanun berleluasa, manakala armada Cheng Ho semakin hampir.[4]
Pelakon
sunting- Namewee
- Karen Kong
- AC Mizal
- Yumi Wong
- Saiful Apek
- Delimawati
- Wak Doyok
- Sanjna Suri
- Yassin Yahya
- Vikar
- David Arumugam
- Dennis Lau
Penerbitan
suntingFilem ini ditulis dan diarahkan oleh Namewee.[5][6] Ia merupakan kesinambungan daripada filem 2011, Nasi Lemak 2.0. Penggambaran dijalankan pada 2019.[7][8] Hampir semua pelakon pelbagai etnik dalam Nasi Lemak 2.0 melakonkan semula watak masing-masing dan terdapat penambahan barisan pelakon baharu.[9][10][11]
Keluaran dan sambutan
suntingFilem ini muncul sebagai filem bukan Hollywood teratas di Malaysia sepanjang tempoh Tahun Baharu Cina, mengambil anggaran RM 2.4 juta di pecah panggung tempatan sejak ditayangkan pada 27 Januari.[1] Ia juga menerima ulasan bercampur-campur dan negatif daripada pengkritik filem.
Rujukan
sunting- ^ a b "'Ah Girls Go Army' breaks pandemic box office record in Singapore". Screen Daily (dalam bahasa Inggeris). 2022-02-18.
- ^ "Everything About Nasi Lemak 1.0, Namewee's New Movie That'll be in Cinemas Tomorrow (27 Jan)". Goody Feed (dalam bahasa Inggeris). 2022-01-26.
- ^ "Malaysia CNY 2022: 7 Exciting Chinese New Year Movies To Catch In Cinemas". Hype Malaysia (dalam bahasa Inggeris). 2022-01-21.
- ^ "Official Main Trailer of Nasi Lemak 1.0". Youtube.
- ^ "'I cannot stop': For controversial Malaysian artist Namewee, raising social issues is a responsibility". CNA Lifestyle (dalam bahasa Inggeris). 2022-01-28.
- ^ "'Saya bukan rasis' - Temubual dengan Namewee". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). 2022-01-25. Dicapai pada 2022-02-01.
- ^ "Controversial Malaysian filmmaker Namewee begins filming 'Nasi Lemak 2.0' prequel". Yahoo Malaysia (dalam bahasa Inggeris).
- ^ "8 Years After "Nasi Lemak 2.0", Namewee Returns With A Prequel". Hype Malaysia (dalam bahasa Inggeris). 2019-06-27. Dicapai pada 2022-02-01.
- ^ "Namewee's Next Film is 'Nasi Lemak 1.0' - Malaysian Daily News". Malaysia Daily News (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-02-01.
- ^ "Film Review: Namewee's "Nasi Lemak 1.0" Comically Reimagines Malaysia's Historical Narrative". Cinema Escapist (dalam bahasa Inggeris). 2022-01-27.
- ^ "Film review: 'Nasi Lemak 1.0': Namewee's visual love letter to Malaysia". Free Malaysia Today (dalam bahasa Inggeris).