Na’im Brundage
Na’im bin Brundage (Jawi: نا'ايم بن برونداڬ ; lahir 9 November 1992) ialah seorang ahli politik bagi negeri Selangor, Malaysia. Beliau pernah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah, Lembaga Minyak Sawit Malaysia pada 1 Ogos 2022 hingga 15 Disember 2022 dan Ahli Jawatankuasa Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) BERSATU secara lantikan sejak November 2024. Beliau juga pernah dilantik sebagai Ketua Pemuda Parti Bangsa Malaysia (PBM) pada Januari 2022 hingga Disember 2022.
Na’im Brundage | |
---|---|
نا'ايم برونداڬ | |
![]() Na’im pada 2022 | |
Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia | |
Dalam jawatan 1 Ogos 2022 – 15 Disember 2022 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob |
Ahli Jawatankuasa (AJK) Angkatan BERSATU Anak Muda (lantikan) | |
Menyandang jawatan 29 November 2024 | |
Ketua Pemuda | Muhammad Hilman Idham |
Ketua Pemuda Parti Bangsa Malaysia | |
Dalam jawatan 8 Januari 2022 – 27 Disember 2022 | |
Presiden | Larry Sng Wei Shien |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Na’im bin Brundage 9 November 1992 Damansara, Selangor, Malaysia |
Parti politik | ![]() (2018–2020) ![]() (2020–2022, 2023–kini) Parti Bangsa Malaysia (PBM) (2022) |
Gabungan politik lain | ![]() (2018–2020) ![]() (2020–kini) |
Pasangan | Lydia Esra Hikmet Atak (k. 2024) |
Tempat belajar | Open Universiti Malaysia (BA) |
Pekerjaan | Ahli politik |
Kehidupan awal dan pendidikan
suntingNa'im bin Brundage berasal dari Damansara, Selangor, Malaysia. Beliau telah melanjutkan pengajian di Kolej Segi, Damansara pada tahun 2010 hingga 2013 di mana beliau telah mengambil jurusan dalam bidang Diploma Video dan Animasi. Setelah itu, beliau melanjutkan pengajian Sarjana Muda Sains Politik di Open Universiti Malaysia dari tahun 2015 hingga 2021.[1]
Penglibatan politik
suntingNa'im memulakan penglibatan Politik dengan menyertai Parti Parti Keadilan Rakyat (PKR), Beliau pernah dilantik untuk menjawat jawatan sebagai Ketua Angkatan Anak Muda Keadilan Wilayah Persekutuan[2][3][4], Ketua Cabang PKR Kepong[5][6] dimana beliau merupakan kepimpinan yang bergelar pelajar yang pertama memenangi jawatan ketua cabang PKR, Presiden Mahasiswa Keadilan Malaysia[7][8] dan Pengerusi Mahasiswa Pakatan Harapan.[9]
Namun begitu, beliau telah meninggalkan PKR pada peristiwa langkah sheraton[10][11] bagi menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan menyokong kepimpinan Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin serta Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali yang keluar daripada PKR.
Pada tahun 2022, beliau mengikuti jejak langkah Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin keluar daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia untuk menyertai Parti Bangsa Malaysia. Seterusnya, beliau dilantik sebagai Ketua Pemuda Parti Bangsa Malaysia (PBM) pada 8 Januari 2022.[12][13] Pada 27 Disember 2022, beliau bersama 12 ahli PBM lain termasuk Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin telah dipecat daripada parti tersebut.[14]
Pada tahun 2023, beliau meneruskan perjuangan politiknya dengan menyertai semula Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan memegang jawatan sebagai Ketua Penerangan Armada Bersatu Parlimen Jasin sehinggalah pada 28 September 2024 apabila setiausaha agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Dato' Seri Hamzah Zainudin menghentikan keahlian beliau serta merta kerana dikatakan telah melanggar perlembagaan parti berdasarkan Fasal 10.2.3.
Pada masa yang sama, beliau terkejut dan kecewa dengan keputusan yang dibuat ke atasnya dan ini juga telah menyebabkan beliau hilang kelayakan untuk bertanding jawatan sebagai Exco ARMADA BERSATU pada pemilihan kali ini.
Pada Perhimpunan Agung Tahunan ARMADA BERSATU 2024 yang diadakan pada 29 November 2024 di Pusat Konvensyen IDCC Shah Alam, Hilman Idham selaku Ketua ARMADA BERSATU Malaysia telah melantik beliau sebagai EXCO ARMADA BERSATU (lantikan) bagi penggal 2024 hingga 2027.[15]
Kerjaya korporat
suntingNa'im Brundage Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif firma pengiklanan Nobleman Creations.[16][17][18] Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Pemasaran INVOKE Malaysia dari tahun 2018 hingga 2019,[19][20] Ketua Pemasaran Eksekutif Digital INVOKE Malaysia dari tahun 2016 hingga 2018 dan Eksekutif Akaun J. Walter Thompson Worldwide.[21]
Pada 1 Ogos 2022 beliau telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah, Lembaga Minyak Sawit Malaysia pada 1 Ogos 2022 hingga 15 Disember 2022.[22]
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ "Na'im Brundage". my.linkedin.com.
- ^ "Pelajar tajaan MARA dilarang berpolitik". api.bharian.com.my.
- ^ "12 Ketua AMK negeri diumum". www.hmetro.com.my.
- ^ "Need for specific anti-racial discrimination law to strengthen unity". www.thesundaily.my.
- ^ "PKR Cabang Kepong terima kepimpinan muda". www.pressreader.com.
- ^ "Kes LTTE: PKR Kepong beri ruang polis siasat bekas ketua cabang". www.malaysiakini.com.
- ^ "3 varsity students win posts in Kepong PKR". www.nst.com.my.
- ^ "MBM Terima Kunjungan dari Mahasiswa Keadilan". belia.org.my.
- ^ "Mahasiswa HARAPAN ajak menteri berdebat". m.malaysiakini.com.
- ^ "Kronologi desas desus perubahan kerajaan". www.mstar.com.my.
- ^ "Kronologi bersejarah peralihan Kerajaan PH ke PN". harakahdaily.net.
- ^ "Larry Sng Parti Bangsa Malaysia Chief". www.nst.com.my.
- ^ "Jangan campuri urusan PM lantik menteri PBM beritahu bersatu". www.freemalaysiatoday.com.
- ^ https://www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2022/12/1044849/pbm-pecat-13-individu-termasuk-zuraida-nor-hizwan
- ^ NASIR, ASLINDA (2023-12-05). "Armada gesa siasat video tular kerjasama Malaysia - Israel". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2023-12-06.
- ^ "NOBLEMAN". noblemancreations.com.
- ^ "Kajian: PH tidak lagi kuasai ruang digital". m.malaysiakini.com.
- ^ "#Showbiz: Siti stands good chance to win seat in GE15". www.nst.com.my.
- ^ "INVOKE CMO leaves to start own outfit". marketingmagazine.com.my.
- ^ "INVOKE malaysia launches digital marketing agency". www.marketing-interactive.com.
- ^ "Na'im Brundage". my.linkedin.com.
- ^ "Board Members Malaysian Palm Oil Board (MPOB)". mpob.gov.my.