NHIndustries
NHIndustries merupakan sebuah syarikat pengeluar helikopter yang telah ditubuhkan pada 1992 oleh Eurocopter dari Jerman dan Perancis, Agusta dari Itali dan Stork Fokker Aerospace dari Belanda.
Pegangan bagi setiap syarikat dalam konsortium NHIndustries adalah:
- Eurocopter 62.5%
- Agusta: 32%
- Fokker: 5.5%
NHIndustries telah ditubuhkan khas sebagai kontraktor utama bagi merekabentuk,membangunkan, mengindustrikan, mengeluarkan dan memberi sokongan logistik ke atas helikopter siri NHI NH90.