Botak padi
Botak padi, turut dikenali sebagai upih sawah, ialah salah satu daripada haiwan yang boleh di dapati di Malaysia. Nama sainsnya Mycteria leucocephala. Botak padi merupakan burung randuk yang besar dalam keluarga burung botak. Ia terdapat di tanah paya lembangan Asia tropika di selatan Himalaya di Asia Selatan dan menganjur ke Asia Tenggara. Bulu pelepah merah jambu mereka yang menonjol memberikan nama Inggerisnya painted stork.
Burung Botak Padi | |
---|---|
Dewasa di Bharatpur Bird Sanctuary, India | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Order: | |
Keluarga: | |
Genus: | |
Spesies: | M. leucocephala
|
Nama binomial | |
Mycteria leucocephala | |
Sinonim | |
Tantalus leucocephalus |
Botak padi mencari makan dalam kawanan di air cetek sepanjang sungai atau tasik. Mereka merendam paruh mereka separa terbuka dalam air dan melenggang kekiri-kanan dan menyentap mangsa mereka seperti ikan kecil yang dikesan melalui deria sentuh. Ketika mereka meranduk air mereka turut mengocakkan air dengan kaki mereka bagi menghalau ikan yang bersembunyi. Botak padi bersarang membentuk koloni di atas pokok, sering kali bersama burung air yang lain. Satu-satunya bunyi mereka adalah keluhan lemah atau bunyi yang dihasilkan dengan mengertap paruh mereka. Botak padi bukanlah burung berpindah-randah dan hanya terbang pada jarak dekat di sebahagian julat bagi mencari makanan dan membiak. Seperti burung botak lain, mereka sering dilihat melayang pada lapisan haba.
Makanan
suntingBurung botak padi makan katak, ikan dan burung atau mamalia kecil.
Habitat
suntingBurung botak padi merupakan burung yang berhijrah pada musim sejuk ke kawasan panas dan akan kembali ke tempat asal apabila musim panas kembali tiba. Burung ini biasanya mencari makanan secara berkumpulan di kawasan berair cetek iaitu pada kedalaman 12 hingga 25 sentimeter. Makanan utamanya adalah ikan-ikan kecil yang diperolehinya dengan secara memasukkan dan mengerakkan muncungnya yang terbuka sedikit ke kiri dan kanan di dalam air. Ia juga akan meranduk perlahan-lahan sambil menguak air dengan kakinya untuk memerangkap ikan. Kegiatan mencari makanan biasanya pada waktu siang sahaja, kecuali dalam keadaan tertentu, ia mencari makan pada waktu gelap. Setelah kekenyangan, burung botak padi akan bersantai di tepi perairan pada jangkamasa yang agak lama.
-
Mencari makanan di dalam air, India.
-
Koloni membiak
-
Sedang terbang
-
Koloni membiak di Gujarat, Vidyanagar Nature Club
-
Sepasang burung botak padi di Pusat Perlindungan Burung Ranganathittu
-
Burung botak padi di Zoo Negara Malaysia
-
Burung botak padi di Zoo Negara Malaysia
-
Pandang dekat burung botak padi
Rujukan
sunting- ^ BirdLife International (2008). Mycteria leucocephala. Senarai Merah Spesies Terancam IUCN 2008. IUCN 2008. Dicapai pada 2 February 2009.
Pautan luar
sunting
Senarai burung | |
---|---|
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z |