My Travel Sight merupakan program berkonsep kembara yang disiarkan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) mulai 2 Mei 2010. Ia memaparkan mengenai keunikan dan keindahan benua Eropah seperti Romania, Sepanyol, Ireland, Austria, Poland, Republik Czech, Sweden dan Croatia selama 30 minit di saluran TV2.

Program ini diterbitkan oleh produksi Seni Dua Puluh Dua Puluh Sdn Bhd dan diacarakan oleh Wendy Wong.[1] Ia menyentuh tentang sejarah, kesenian , kebudayaan dan rujukan untuk pelancong tempatan yang hendak melancong ke Eropah.

Ketua Pengarah Penyiaran RTM , Datuk Ibrahim Yahya berharap rancangan ini memberi pengetahuan dan informasi kepada penonton.[2]

Rujukan

sunting