Musyarakah mutanaqisah
Musyarakah Mutanaqisah adalah suatu bentuk perkongsian apabila salah seorang rakan kongsi berjanji untuk membeli bahagian pemilikan rakan kongsi yang lain secara beransur-ansur sehingga ia memiliki sepenuhnya objek pemilikan.[1] Ia merupakan satu bentuk pembiayaan berjangka yang biasanya digunakan untuk membiayai pembelian aset siap atau belum siap, siap dibina atau dalam pembinaan, terutamanya apabila pelanggan telah menyempurnakan Perjanjian Jual Beli bagi aset yang dimaksudkan seperti premis perniagaan, tanah, premis kilang, dan telah membayar sebahagian daripada Harga Belian bagi pembiayaan jangka panjang dengan kadar keuntungan tetap atau boleh ubah.