Musala
ruang untuk sembahyang bagi orang Islam
(Dilencongkan daripada Musolla)
Musala (Arab: Musolla) adalah tempat atau rumah kecil yang digunakan bagi menunaikan solat dan digunakan sebagai tempat mengaji Al-Quran dan solat bagi Umat Islam. Ia juga dikenali sebagai Surau atau langgar.
Sungguhpun ia digunakan sebagai tempat bersolat, menyerupai Masjid, namun ada beberapa hal yang membezakannya dengan Masjid, iaitu:
- Tidak boleh digunakan untuk mendirikan Solat Jumaat
- Tidak boleh digunakan untuk iktikaf
- Kadangkala musolla adalah milik peribadi seseorang
- Umumnya berukuran lebih kecil dari pada Masjid