Musim taufan Pasifik 2010

Musim taufan Lautan Pasifik bagi tahun 2010 merupakan peristiwa yang sedang berlangsung sepanjang tahun, di mana siklon tropika atau lebih dikenali umum sebagai taufan terbentuk di barat Lautan Pasifik. Kelazimannya, waktu utama bagi sebarang pembentukan siklon tropika di kawasan ini ialah antara bulan Mei dan November. Agensi yang diberi tanggungjawab untuk menamakan sebarang sistem siklon tropika di kawasan ini ialah Agensi Meteorologi Jepun (JMA). Kawasan yang dipantau bagi menjejak aktiviti siklon tropika oleh JMA meliputi kawasan utara Khatulistiwa, di antara meridian ke-100 timur (100°T) dan meridian ke-180 (180°). Selain itu agensi Pusat Amaran Taufan Bersama (JWTC) dan Pentadbiran Khidmat Atmosfera, Geofizik, dan Astronomi Filipina (PAGASA) juga memantau kawasan ini. Namun begitu PAGASA hanya memantau kawasan antara 135°T – 115°T dan 5°U – 25°U, dan turut menamakan sebarang sistem siklon tropika (walaupun ada yang telah diberikan nama oleh JMA) untuk kegunaan dalam Filipina sahaja. Manakala lekukan-lekukan tropika yang dipantau oleh JTWC akan diberi kod nombor yang mempunyai akhiran “W”.

Musim taufan Pasifik 2010
Peta ringkasan musim
Sempadan musim
Ribut pertama terbentuk18 Januari 2010
Ribut terakhir reda20 Disember 2010
Ribut terkuat
NamaMegi
 • Halaju angin maksimum230 km/h (145 mph)
(10-minit bertahan)
 • Tekanan ribut terendah885 hPa (mbar)
Statistik musim ini
Jumlah lembangan28, 1 tidak rasmi
Jumlah ribut14, 1 tidak rasmi (rekod rendah)
Taufan7
Taufan super1 (tidak rasmi)
Jumlah kematian384 semuanya
Jumlah kerosakan$2.95 bilion (2010 USD)
Rencana berkaitan
Musim Taufan Pasifik
2008, 2009, 2010, 2011, 2012


Sistem ribut yang signifikan

sunting

Lekukan Tropika Tidak Dinamakan

sunting

Suatu kawasan tekanan rendah di Laut China Selatan dikesan telah terbentuk pada kira-kira jam 8.00 pagi, 31 Oktober 2010.[1] Pada jam 2.00 petang pada hari yang sama, Jabatan Meteorologi Thai telah mengesan kelajuan angin sistem tekanan rendah itu mencapai kelajuan 50 km/j. Oleh sebab yang demikian, Jabatan Meteorologi Malaysia (MMD) dan Jabatan Meteorologi Thai mengelaskan sistem ribut itu sebagai suatu lekukan tropika. MMD mengeluarkan amaran hujan lebat peringkat merah pada 9.45 pagi, 1 November 2010 untuk kebanyakan tempat di Kelantan, serta seluruh negeri Kedah dan Perlis. MMD juga turut mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora. [2][3] Hujan lebat akibat lekukan tropika ini menyebabkan banjir teruk di kebanyakan tempat di utara Semenanjung Malaysia, terutamanya Kedah dan Perlis. Kira-kira 3,000 penduduk telah dipindahkan.[4]

Rangkuman peristiwa

sunting

Januari – Mei

sunting

Pada awal 18 Januari, JMA melaporkan pembentukan lekukan tropika kira-kira 320 km (200 bt) ke barat daya Bandar Seri Begawan, Brunei.[5] Kira-kira 12 jam seterusnya, JTWC meletakkan identiti sistem ini sebagai Lekukan Tropika 01W ketika ia bergerak menuju Vietnam.[6]. Lekukan tropika ini bertemu daratan berdekatan Gò Công, Vietnam pada 20 Januari dan pada penghujung hari yang sama JMA mengisytiharkan sistem ini telah terhapus di Kemboja.[7][8][9] Tiga orang terkorban di perairan Vietnam.[10]

Ribut Tropika Omais dinamakan oleh JMA pada 25 Mac tetapi pada lewat hari yang sama, JTWC menurunkan sistem ini menjadi lekukan tropika. Pada 26 Mac, Omais kembali menjadi ribut tropika sebelum bertukar menjadi ribut luar-tropika.[11]

JMA mula memantau suatu kawasan tekanan rendah kira-kira 140 km (87 bt) dari barat Palau pada 24 April.[12] Setelah kawasan tekanan rendah ini bertambah kuat, JMA menaikkan sistem tekanan rendah ini menjadi suatu lekukan tropika pada awal 26 April. Lewat hari yang sama, lekukan tropika ini bertemu daratan di sempadan Davao City dan Surigao del Sur serta merentasi kawasan Mindanao. Ketika lekukan ini berada di kawasan Sulu, JMA menurunkan tarafnya kembali menjadi kawasan tekanan rendah pada awal 27 April. Pada malam 29 April, setelah meredah Palawan menuju ke Laut China Selatan, tekanan rendah ini diserapi sistem perenggan cuaca berdekatan Zambales.[13][14] Lekukan tropika ini membawa hujan lebat yang menyebabkan banjir di Mindanao. Namun demikian, tiada kematian yang dilaporkan.[15]

Jun dan Julai

sunting

Hanya satu sistem lekukan tropika yang terbentuk pada bulan Jun. Pada 2 Jun, JMA mengesan sistem tekanan rendah terbentuk di Pulau Hainan.[16] 36 jam selepas itu, tekanan rendah tersebut bergerak menuju ke arah timur. Ketika berada 600 km (370 bt) barat laut Manila, Filipina, JMA mengesan ia bertukar menjadi lekukan tropika pada hujung hari 3 Jun.[17][18] Lekukan tropika ini terus bergerak ke arah timur laut. JMA tidak lagi memantau lekukan tropika ini menjelang awal 6 Jun.[19][20]

Taufan Conson pada asalnya merupakan suatu lekukan tropika yang terbentuk pada awal 11 Julai dan kemudiannya diberi nama Conson apabila bertukar menjadi ribut tropika hari kemudiannya.[21] Menjelang tengah hari 12 Julai, JMA menaikkan taraf Conson sebagai ribut tropika kencang dengan angin selaju 100 km/j (65 bsj). Pada waktu 1800 UTC, Conson bertambah kuat setelah mencapai status taufan. Taufan Conson mencapai kekuatan maksimum dengan angin 130 km/j pada awal hari esoknya.[22]

Rumusan

sunting
Pengelasan siklon tropika
Agensi Meteorologi Jepun
LT RT RTK T
Statistik musim taufan Pasifik 2010
Nama atau
Kod Ribut
Tarikh Kejadian Kategori Ribut pada
kekuatan maksimum
Kelajuan Angin
Maksimum

(km/j)

Tekanan
Minimum

(mbar)

Pendaratan Jumlah
Kemusnahan
(juta AS$)
Jumlah
Kematian
Tempat Tarikh Angin

(km/j)

“01W” 18 – 20 Januari Lekukan tropika 30 1006 Vũng Tàu, Vietnam 20 Januari 30 4.5 bilion VND
(RM 0.75 juta)
3
Omais
(Agaton)
21 – 27 Mac Ribut tropika 65 998 Atol Woleai, Mikronesia
(tiada pendaratan, kesan langsung)
21 Mac 55 USD 10000 Tiada
Pulau Fais, Persekutuan Mikronesia
(tiada pendaratan, kesan langsung)
22 Mac 55
Ulithi (tiada pendaratan, kesan langsung) 23 Mac 55
Yap (tiada pendaratan, kesan langsung) 23 Mac 55
Tidak
dinamakan[nb 1]
26 – 26 April Lekukan tropika TD[nb 2] 1008 Mindanao, Filipina 26 April TD Tiada Tiada
Tidak
dinamakan
3 – 6 Jun Lekukan tropika TD 1002 Tiada pendaratan Tiada Tiada
Conson
(Basyang)
11 – 18 Julai Taufan 130 975 Pandan, Catanduanes, Filipina
(tiada pendaratan, kesan langsung)
12 Julai 70 111
Daet, Camarines Norte, Filipina
(tiada pendaratan, kesan langsung)
13 Julai 70
Pulau Polillo, Quezon, Filipina 13 Julai 65
General Nakar, Filipina 13 Julai 60
Kepulauan Paracel, Laut China Selatan (tiada pendaratan, kesan langsung) 15 Julai 70 2
Pulau Hainan, China
(tiada pendaratan, kesan langsung)
16 Julai 80
Hai Phong, Vietnam 17 Julai 50 2
Chanthu (Caloy) 17 – 24 Julai Taufan 130 1000 Dingalan, Aurora, Filipina 18 Julai 35 TD Tiada
Zhanjiang, Guandong, China 23 Julai 75 TD 13
Tidak
dinamakan
18 – 20 Julai Lekukan tropika 35 1004 Tiada pendaratan
Dianmu
(Ester)
6 – 12 Ogos Ribut tropika kencang 100 980 Miyakojima, Okinawa, Jepun
(tiada pendaratan, kesan langsung)
10 Ogos 65 37
Pulau Jeju, Korea Selatan
(tiada pendaratan, kesan langsung)
10 Ogos 95
Goheung, Jeolla Selatan, Korea Selatan 11 Ogos 95
Tobishima, Wilayah Aichi, Jepun
(tiada pendaratan, kesan langsung)
11 Ogos 90
Yurihonjō, Wilayah Akita, Jepun 12 Ogos 75
Mindulle 17 – 25 Ogos Ribut tropika 85 990 Cửa Lò, Vietnam 24 Ogos 85 TD TD
Lionrock
(Florita)
27 Ogos – 4 September Ribut tropika kencang 90 996 Tiada pendaratan
Kompasu
(Glenda)
28 Ogos – Masih Aktif Taufan 150 970 Pulau Ganghwa, Korea Selatan 120
Namtheun 30 – 31 Ogos Ribut tropika 75 996 Tiada pendaratan
Malou
(Henry)
3 – 10 September Ribut tropika kencang 95 985 Pulau Tsushima, Jepun 7 September 75 Tiada Tiada
berdekatan Tsuraga, Fukui, Jepun 24 Ogos 65
Meranti 6 – 11 September Ribut tropika 85 990 Bandar Shishi, Quanzhou, Fujian, China 7 September 75 Tiada Tiada
Fanapi
(Inday)
14 – 21 September Taufan 175 935 Wilayah Hualien, Taiwan 19 September 191 Tiada Tiada
Wilayah Zhangpu, Zhangzhou, Wilayah Fujian, China 20 September 90 Tiada Tiada
Malakas 20 – 25 September Taufan 140 960 Agrihan (tiada pendaratan, kesan langsung) 21 September 55 Tiada Tiada
Utara Pulau Imo Jiwa, Jepun 24 September 140 Tiada Tiada
Lekukan tropika
tidak dinamakan
29 – 30 September Lekukan tropika TD 1008 Tiada pendaratan Tiada Tiada
“14W” 5 – 11 Oktober Lekukan tropika 55 1006 Haikou, Hainan, China 5 Oktober 55 Tiada Tiada
Megi
(Juan)
12 Oktober - Masih aktif Taufan 230 885 Sierra Madre, Luzon, Filipina 17 September 230 Tiada 19
Wilayah Zhangpu, Zhangzhou, Wilayah Fujian, China 23 Oktober 90 Tiada 19
Lekukan tropika
tidak dinamakan
18 – 20 Oktober Lekukan tropika <55 1010 Tiada pendaratan Tiada Tiada
Lekukan tropika
tidak dinamakan
18 – 20 Oktober Lekukan tropika <55 1010 Tiada pendaratan Tiada Tiada
Chaba
(Katring)
20 – 31 Oktober Taufan 165 935 Kepulauan Ryukyu, Jepun 28 Oktober 165 Tiada Tiada
“17W” 20 – 26 Oktober Lekukan tropika <55 1010 Tiada pendaratan Tiada Tiada
BOB 05 (“Jal”) 28 Oktober – 1 November Lekukan tropika <55 1010 Thailand 1 November <55 Tiada Tiada
Lekukan tropika
tidak dinamakan
1 – 5 November Lekukan tropika <55 1006 Sekitar selatan Huế, Vietnam 4 November <55 Tidak
diketahui
Tidak
diketahui
“18W” 12 – 14 November Lekukan tropika 55 1004 Selatan Da Nang, Vietnam 14 November 55 Tidak
diketahui
Tidak
diketahui
“19W” 12 – 13 Disember Lekukan tropika 55 1004 Tiada pendaratan Tiada Tiada
01C
(Omeka)
19 – 20 Disember Lekukan tropika 55 998 Tiada pendaratan Tiada Tiada
Agregat Musim
15 sistem ribut 18 Januari
– 20 Disember
  230 885 25 pendaratan 353

Nota:

  1. ^ Sistem ribut yang ditanda tidak dinamakan hanya dijejak oleh JMA tetapi tidak dijejak oleh JTWC. JMA tidak memberi kod terhadap mana-mana sistem lekukan tropika.
  2. ^ Tidak diketahui.

Nama-nama ribut

sunting

Terdaat dua agensi kaji cuaca yang menamakan mana-mana sistem ribut di kawasan barat laut Lautan Pasifik. Oleh sebab yang demikian, suatu sistem ribut kadangkala mempunyai dua nama. Agensi Meteorologi Jepun (JMA) hanya akan menamakan suatu sistem ribut yang telah mencapai angin berkelajuan 65 km/j dalam tempoh 10 minit. JMA diberi kuasa untuk memantau kawasan dari meridian 180° ke 100°T, dan ke utara garisan Khatulistiwa. Manakala Pentadbiran Khidmat Atmosfera, Geofizik, dan Astronomi Filipina (PAGASA) hanya akan menamakan mana-mana sistem ribut di kawasan yang telah ditetapkan bagi pihaknya iaitu di antara 135°T – 115°T dan 5°U – 25°U. PAGASA juga akan memberi nama terhadap lekukan tropika yang terbentuk di dalam kawasan tadi, dan juga, walaupun JMA telah menamakan mana-mana sistem ribut. Mana-mana nama yang ditebalkan merujuk kepada ribut-ribut yang sedang berpusar atau aktif, manakala nama-nama yang berwarna kelabu menunjukkan nama tersebut belum lagi digunakan.

Agensi Meteorologi Jepun

sunting
  • Chanthu
  • Dianmu
  • Mindulle
  • Lionrock
  • Kompasu
  • Namtheun
  • Malou
  • Meranti
  • Fanapi
  • Malakas

PAGASA

sunting
  • Agaton
  • Basyang
  • Caloy
  • Domeng
  • Ester
  • Florita
  • Glenda
  • Henry
  • Inday
  • Juan
  • Katring
  • Luis (belum diguna)
  • Milenyo (belum diguna)
  • Neneng (belum diguna)
  • Ompong (belum diguna)
  • Paeng (belum diguna)
  • Queenie (belum diguna)
  • Reming (belum diguna)
  • Seniang (belum diguna)
  • Tomas (belum diguna)
  • Usman (belum diguna)
  • Venus (belum diguna)
  • Waldo (belum diguna)
  • Yayang (belum diguna)
  • Zeny (belum diguna)
  • Agila (belum diguna)
  • Bagwis (belum diguna)
  • Chito (belum diguna)
  • Diego (belum diguna)
  • Elena (belum diguna)
  • Felino (belum diguna)
  • Gunding (belum diguna)
  • Harriet (belum diguna)
  • Indang (belum diguna)
  • Jessa (belum diguna)

Rujukan

sunting

<references>

Lihat juga

sunting
  1. ^ "Thai Meteorological Department -- Storm Tracking". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-05-08. Dicapai pada 2010-11-01.
  2. ^ "salinan arkib" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2010-11-01. Dicapai pada 2010-11-01.
  3. ^ http://www.webcitation.org/5tvPQQ3Ih
  4. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-11-05. Dicapai pada 2010-11-01.
  5. ^ Staff Writer (18 January 2010). "JMA WWJP25 Advisory 2010-01-18 06z". Japan Meteorological Agency. Dicapai pada 20 January 2010.
  6. ^ Staff Writer (18 January 2010). "JTWC Tropical Cyclone Warning: 01W: 2010-01-18 21z". Joint Typhoon Warning Center. Dicapai pada 20 January 2010.
  7. ^ Staff Writer (18 January 2009). "JTWC Running Best Track Analysis". Joint Typhoon Warning Center. United States Naval Research Laboratory. Dicapai pada 21 January 2010.
  8. ^ Staff Writer (20 January 2010). "JMA WWJP25 Advisory 2010-01-20 06z". Japan Meteorological Agency. Dicapai pada 20 January 2010.
  9. ^ Staff Writer (20 January 2010). "JMA WWJP25 Advisory 2010-01-20 12z". Japan Meteorological Agency. Dicapai pada 20 January 2010.
  10. ^ "Three dead in Binh Thuan as tropical depression makes landfall". Sài Gòn Giải Phóng. 21 January 2010. Dicapai pada 21 January 2010.
  11. ^ Stanko (March 26, 2010). "Tropical Storm Omais Advisory Number 19". National Weather Service. Dicapai pada 26 March 2010.
  12. ^ "JMA WWJP25 Advisory 2010-04-26 06z". Japan Meteorological Agency. 26 April 2010. Dicapai pada 27 April 2010.[pautan mati kekal]
  13. ^ "Significant Tropical Weather Advisory for the Western and southern Pacific Ocean 2010-04-26 0z". Joint Typhoon Warning Center. 26 April 2010. Dicapai pada 27 April 2010.[pautan mati kekal]
  14. ^ Japan Meteorological Agency | Weather Maps
  15. ^ "PAGASA WWJP25 Advisory 2010-04-28 12z". Philippine Atmospheric, Geophysical and Astronomical Services Administration. 29 April 2010. Dicapai pada 2 May 2010.[pautan mati kekal]
  16. ^ "JMA WWJP25 Advisory 2010-06-02 00z". Japan Meteorological Agency. 2 June 2010. Dicapai pada 12 July 2010.
  17. ^ Staff Writer (3 June 2010). "JMA WWJP25 Advisory 2010-06-03 18z". Japan Meteorological Agency. Dicapai pada 17 September 2010.
  18. ^ Staff Writer (22 July 2010). "RSMC Darwin Tropical Diagnostic Statement June 2010" (PDF). RSMC Darwin Tropical Diagnostic Statement. Bureau of Meteorology. 29 (6): 3. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2011-07-06. Dicapai pada 26 May 2011. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  19. ^ Staff Writer (5 June 2010). "JMA WWJP25 Advisory 2010-06-05 18z". Japan Meteorological Agency. Dicapai pada 17 September 2010.
  20. ^ Staff Writer (6 June 2010). "JMA WWJP25 Advisory 2010-06-06 00z". Japan Meteorological Agency. Dicapai pada 17 September 2010.
  21. ^ "JMA WWJP25 warning 2010-07-11 06z". Japan Meteorological Agency. 2010-07-11. Dicapai pada 2010-07-15.
  22. ^ "JMA Tropical Cyclone Advisory 2010-07-12 06z". Japan Meteorological Agency. 2010-07-12. Dicapai pada 2010-07-15.