Murad III

Sultan Turki Uthmaniyyah ke-13

Murad III (bahasa Turki Uthmaniyyah: مراد ثالث Murād-i sālis, bahasa Turki: III.Murat) (4 Julai 1546 – Istanbul 15 Januari 1595) merupakan Sultan Empayar Turki Uthmaniyyah dari 1574 sehingga kematiannya.

Sultan Murad III

Murad III merupakan putera sulung sultan Selim II (1566–74) dan Valide Sultan Nur-Banu (lahir Cecilia Venier-Baffo), dan menggantikan ayahandanya pada 1574.

Pemerintahan Murad III ditandai dengan perang dengan Parsi dan Austria beserta penurunan ekonomi dan kemerosotan institusi Uthmaniyah.

Didahului oleh:
Selim II
Sultan Uthmaniyyah
1574–95
Digantikan oleh:
Mehmed III