Skru

(Dilencongkan daripada Mur)

Skru (Jawi: سكرو), sekerup (Jawi: سكروڤ‎, juga skrup Ind.) atau pelitik (Jawi: ڤليتيق‎, juga pelir itik) merupakan suatu batang atau silinder dengan benang alur atau "ulir" heliks pada permukaannya. Penggunaan utamanya adalah sebagai pengikat seakan paku untuk menahan dua objek bersama. Pengikat jenis ini sering diketatkan menggunakan alat pemutar skru dan disematkan lanjut dengan buah baut yang membungkus batang skru.

Berbagai bentuk dan ukuran batang skru

Ulir pelitik boleh dibentuk baik sepanjang mahupun setengah batang skru.[1] Ulir diukir ini lazim menganan lalu dapat diketatkan mengikut arah jam.[2]

Etimologi

sunting

Istilah skru (pinjaman bahasa Inggeris screw) dan sekerup (pinjaman bahasa Belanda schroef[3]) dua-dua berakar dari kata bahasa Perancis Pertengahan escroue.[4] Kata kedua ini turut dieja rumi sebagai sekurup.[5]

Pelitik merupakan penyingkatan kata pelir itik[6] merujuk kepada mata dan batang pengikat ini menyerupai alat sulit (pelir) seekor itik jantan yang sama berpilin.[7][8]

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Smith, Carroll (1990), Carroll Smith's Nuts, Bolts, Fasteners, and Plumbing Handbook, MotorBooks/MBI Publishing Company, m/s. 39, ISBN 0-87938-406-9
  2. ^ Anderson, J.G. (1983). Technical Shop Mathematics. Industrial Press. m/s. 200. ISBN 978-0-8311-1145-8.
  3. ^ Wilkinson, Richard James (1901). "sĕkĕrup". A Malay-English dictionary. Hong Kong: Kelly & Walsh, limited. m/s. 392.
  4. ^ "schroef". EtymologieBank., memetik:
    • van der Sijs, Nicoline (2010). "schroef". Nederlandse woorden wereldwijd. Den Haag: SDU Uitgevers. ISBN 9789012582148.
    • M. Philippa, F. Debrabandere, A. Quak, T. Schoonheim & N. van der Sijs, penyunting (2009). "schroef". Etymologisch Woordenboek van het Nederlands. Amsterdam.CS1 maint: multiple names: editors list (link)
  5. ^ Hikayat Abdullah bin `Abdul Kadir (1849) 280:4, melalui senarai kata dibilang dalam isi teks di Malay Concordance Project
  6. ^ Lihat:
    • Swettenham, Frank Athelstane (1910). "screw". Vocabulary of the English and Malay languages. Shanghai & Hong Kong: Kelly & Walsh, limited. m/s. 116 – melalui Internet Archive.
    • Wilkinson, Richard James (1901). "pĕler". A Malay-English dictionary. Hong Kong: Kelly & Walsh, limited. m/s. 467.   Rencana ini mengandungi teks dari sumber yang berada dalam domain awam.
  7. ^ Yong, Ed (23 Disember 2009). "Ballistic Penises and Corkscrew Vaginas: The Sexual Battles of Ducks". Discover Magazine (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 15 September 2021.
  8. ^ Hamzelou, Jessica (23 Disember 2009). "Ducks fight the battle of the sexes in their genitals". New Scientist (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 15 September 2021.

Pautan luar

sunting

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.