Pedas, Negeri Sembilan
(Dilencongkan daripada Mukim Pedas)
Pedas merupakan sebuah mukim kira-kira 17 km dari Seremban, Negeri Sembilan. Mukim ini terletak pada kedudukan 2.6 ' Utara dan 102' Timur.
Pedas
ڤدس | |
---|---|
![]() Plaza Tol Pedas-Linggi | |
Negara | ![]() |
Negeri | ![]() |
Daerah | Rembau |
Mukim | Pedas |
Zon waktu | Waktu Piawai Malaysia |
Perhubungan
suntingDari Seremban, terdapat jalan menuju ke arah Rembau dan Tampin.
- Istilah 'pedas' merujuk kepada rasa cili.[perlu rujukan] Kebanyakan makanan di Negeri Sembilan pedas-pedas belaka. Contohnya gulai lemak cili api.
Tarikan
sunting- Kolam Air Panas merupakan air yang mendidih akibat dari pemanasan magma di dalam bumi. Banyak mengandungi kalium dan pelbagai bahan organik lain yang baik untuk kesihatan.
- Taman Tema Air di Pedas Hot Spring, Water Park dibina pada 10.12.1998 dan mula dibuka kepada orang ramai sejak 1999. Terletak di Lot 603, Mukim Pedas, Rembau , Negeri Sembilan. Bayaran untuk dewasa ( 13 tahun ke atas ) RM10.00 dan kanak-kanak 3-12 tahun RM8.00
- Landasan kereta api melintasi kawasan ladang sawit di sini. Sebuah jambatan lama untuk kereta api melintasi telah didirikan sejak tahun 1920 lagi.
Taman Perumahan
sunting- Taman Pedas Perdana
- Taman Pinggiran Pedas
- Taman Pedas Indah
- Taman Koperasi
- Desa Permai Pedas
Pekan Berhampiran
suntingSekolah
sunting- SMK Agama Pedas
- SK Sepri
- SK Pedas
- Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Pei Hwa Pedas
Pengangkutan
suntingPedas boleh diakses dengan menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Selatan di susur keluar EXIT 223. Ia juga boleh diakses dengan menggunakan Jalan Pedas-Linggi.