Mukim Lekir
Mukim Lekir merupakan pecahan kawasan pentadbiran bagi negeri Perak.
Mukim Lekir | |
---|---|
Geografi | |
Status | Mukim |
Asal nama | N/A |
Negara | Malaysia |
Negeri | Perak |
Daerah | Daerah Manjung |
Mukim | Mukim Lekir |
Keluasan | N/A |
Perak dibahagikan kepada beberapa buah daerah dan setiap daerah dibahagikan kepada beberapa mukim (subdaerah/subdistrict).
Pentadbiran
suntingMukim Lekir merupakan salah sebuah mukim yang terdapat dalam negeri Perak, dan juga merupakan satu dari mukim yang terletak dalam pentadbiran Daerah Manjung.
- Di Utara terdapat satu projek swasta iaitu ladang Mara.
- Di Selatan teletaknya Projek Jabatan Pertanian Lekir.
- Di Timur ialah Projek Seberang Perak.
- Di Barat ialah pekebun-pekebun kecil perseorangan.
Cara ke sana
sunting- Jika anda dari Teluk Intan, tuju ke arah Hutan Melintang. Di Batu 5, ada jambatan Batu 5 , belok ke kanan dan melalui Lebuh raya Kayan - Lumut, anda akan temui pekan Lekir.
- Jika anda dari Lumut, anda hendaklah menuju ke Sitiawan dan ke Teluk Intan melalui Lebih Raya Kayan.
- Dari Kampung Gajah, melalui jalan tepi Sungai Perak.
Jarak
sunting- 8 km dari Sitiawan
- 6 km dari pekan Kampung Koh
- 15 km dari pekan Lumut / Ayer Tawar
- 80 km dari Ipoh, Perak
Felcra Gugusan Lekir
suntingPada tahun 1972, Felcra Gugusan Lekir mula diterokai oleh Felcra (Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan) dibawah akta GSA atau Akta Penempatan Berkelompok. Projek Felcra Lekir I dan II merupakan status rancangan tanah belia (Belia dalam lingkungan usia 18 hingga 25 tahun).
- Pada tahun 1973, Pengambilan peserta projek Lekir I bermula.
- Pada tahun 1992, pengambilan peserta untuk Projek Lekir II.
Penduduk
suntingPeserta diambil dari belia seluruh negeri Perak. 99% Melayu dan hanya 1 orang India.
Ekonomi
sunting- Tanaman kontan (tanaman keladi, pisang, limau kasturi).
- kedai runcit, kedai makanan/minuman, bengkel membaiki motosikal/basikal, perusahaan membuat ais krim.
- Ternakan lembu, kambing dan kerbau.
- Ternakan air (ikan air tawar).
- Rawatan Perubatan Cara kampong ( [Urut Badan])
- Medan Ikan Bakar.
Masjid di Lekir
sunting- Masjid Az-zakiah Kampung Tanjung Kepah Lekir 32020 Sitiawan Perak
- Masjid Ikramiah Kampung Kayan, Lekir 32030 Sitiawan Perak
- Masjid Al Khairiah Batu 10 Lekir 32020 Sitiawan Perak
- Masjid Khairiah batu 14 Lekir 32020 Sitiawan Perak
- Masjid Al-Nabawiah Felcra Gugusan Lekir 32000 Sitiawan Perak
- Masjid Al-Rahmaniah batu 8 Lekir 32020 Sitiawan Perak