Mukim Kota Lama Kanan
Mukim Kota Lama Kanan merupakan pecahan kawasan pentadbiran bagi negeri Perak.
Mukim Kota Lama Kanan | |
---|---|
Geografi | |
Status | Mukim |
Asal nama | N/A |
Negara | Malaysia |
Negeri | Perak |
Daerah | Daerah Kuala Kangsar |
Mukim | Mukim Kota Lama Kanan |
Keluasan | N/A |
Perak dibahagikan kepada beberapa buah daerah dan setiap daerah dibahagikan kepada beberapa mukim (subdaerah/subdistrict).
Pentadbiran
suntingMUKIM KOTA LAMA KANAN
Mukim Kota Lama Kanan merupakan salah sebuah mukim yang terdapat dalam negeri Perak, dan juga merupakan satu dari mukim yang terletak dalam pentadbiran Daerah Kuala Kangsar dan Daerah Kecil Sungai Siput. Mukim Kota Lama Kanan mempunyai keluasan 5,439 hektar. Mukim Kota Lama Kanan mampunyai 13 buah kampung traditional iaitu Kg. Kandang Hulu, Kg. Kandang Hilir, Kg. Kota Lama Kanan, Kg. Batang Kulim, Kg. Kledang, Kg. Enggor, Kg. Setia, Kg. Perik, Kg. Salak Stesyen, Kg. Loh Karai, Kg. Periang, Kg. Keranji dan Kg. Jawang yang ditadbir oleh seorang Penghulu Mukim.
Tarikan Pelancongan
suntingTerdapat banyak tarikan pelancongan yang terdapat di Mukim Kota Lama Kanan, di antaranya Batu Peringatan Sultan Mansur Shah I yang terletak di dalam Masjid Kota Lama Kanan dan Victoria Bridge, Malaysia yang terletak di Pekan Karai.