Muhsin Araki
Muhsin Araki (Parsi: محسن اراکی ; Arab: محسن الأراكي ) ialah seorang ulama, ahli akademik dan ahli politik Iran. Beliau kini ialah anggota Majlis Pakar dan anggota Majlis Pemahaman Kesesuaian Sistem. Beliau ialah seorang ulama Iran yang dikenali dan menjadi salah seorang anak murid kepada pemiki Islam, Mohammad Baqir al-Sadr.
Muhsin Araki | |
---|---|
Anggota Majlis Pemahaman Kesesuaian Sistem | |
Menyandang jawatan 20 September 2022 | |
Dilantik oleh | Ali Khamenei |
Pengerusi | Sadiq Larijani |
Setiausaha Agung Persidangan Dunia bagi Kedekatan Mazhab Islam | |
Dalam jawatan 2012–2018 | |
Dilantik oleh | Ali Khamenei |
Didahului oleh | Mohammad Ali Taskhiri |
Digantikan oleh | Hamid Syahriari |
Anggota Majlis Pakar | |
Menyandang jawatan 24 Mei 2016 | |
Kawasan pilihan raya | Daerah Markazi |
Majoriti | 242,146 |
Dalam jawatan 21 Februari 1991 – 20 Februari 2007 | |
Kawasan pilihan raya | Daerah Khuzestan |
Maklumat peribadi | |
Lahir | 1956 Najaf, Iraq |
Laman web | Laman rasmi |
Beliau juga dilantik sebagai setiausaha agung Persidangan Dunia bagi Kedekatan Mazhab Islam pada 2012 menggantikan Mohammad Ali Taskhiri[1] sehingga 2018.
Kehidupan
suntingBeliau dilahirkan di Najaf, Iraq. Beliau menuntut di seminari Islam di Najaf dan Qom. Beliau fasih bertutu bahasa Arab dan Inggeris dan menulis berdozen buku dalam bahasa Parsi, Arab dan Inggeris. Beliau pernah menjadi wakil peribadi pemimpin agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei di London dan juga menjadi Ketua Pusat Islam England sehingga 2004.[2]
Karya
suntingCausality and Freedom (Al-Tawhid, Volume 17, n.2, Spring 2003)
Rujukan
sunting- ^ "Hojjatoleslam Araki appointed WFPIST secretary general". Mehr News Agency (dalam bahasa Inggeris). 2012-07-14. Dicapai pada 2024-04-07.
- ^ ar:محسن الأراكي