Muhammad bin Ibrahim Al al-Syeikh
Syeikh Muhammad bin Ibrahim Al al-Syeikh (1893–1969) merupakan seorang ilmuwan Islam terkemuka di Arab Saudi. Beliau merupakan Mufti Besar Arab Saudi yang pertama, yang dilantik pada tahun 1953 hingga kematiannya pada tahun 1969[1].
Muhammad bin Ibrahim Al al-Syeikh | |
---|---|
Mufti Besar Arab Saudi | |
Dalam jawatan 1953–1969 | |
Raja | Raja Abdulaziz Raja Saud Raja Faisal |
Digantikan oleh | Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz |
Maklumat peribadi | |
Lahir | 1893 Riyadh, Emiriyah Jabal Shammar, Semenanjung Arab |
Mati | 3 December 1969 (berumur 76) Riyadh, Arab Saudi |
Kewarganegaraan | Arab Saudi |
Pertalian | Anak |
Latar belakang
suntingMuhammad bin Ibrahim Al al-Syeikh dilahirkan pada tahun 1893 dari keluarga yang berketurunan langsung dengan pembaharu Islam di Arab Saudi, Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab, iaitu Al al-Syeikh.[1]
Peranan sebagai Mufti Besar
suntingSebagai Mufti Besar dari tahun 1953 hingga 1969, beliau sangat berpengaruh dalam menentukan dasar-dasar agama di Arab Saudi pada tahun 1950-an dan 1960-an.[2][3].
Peranan lain
suntingBeliau juga berkhidmat sebagai Ketua Majlis Tertinggi Liga Dunia Islam dan menjadikan aktiviti dakwah pertubuhan tersebut banyak terpengaruh dengan orientasi aliran Salafi.[3]
Keluarga
suntingBeliau merupakan ayah kepada Ibrahim bin Muhammad Al al-Syeikh[3], Menteri Kehakiman Arab Saudi tahun 1975 hingga 1990[4][5] dan Abdullah bin Muhammad Al al-Syeikh[6] Menteri Kehakiman Arab Saudi tahun 1993 hingga 2009[4], yang kini merupakan Pengerusi Majlis Syura Arab Saudi.
Rujukan
sunting- ^ a b Commins, David Dean (2006). The Wahhabi mission and Saudi Arabia. m/s. 210. ISBN 1-84511-080-3.
- ^ Amin, Camron Michael; Fortna, Benjamin C.; Frierson, Elizabeth Brown (2006). The modern Middle East: a sourcebook for history. m/s. 270. ISBN 978-0-19-926209-0. He was one of King Faisal's closest advisers and had decisively intervened in the dispute between Faisal and King Saud, which led to the latter's abdication.
- ^ a b c Gold, Dore (2004). Hatred's kingdom: how Saudi Arabia supports the new global terrorism. m/s. 76,80–81. ISBN 978-0-89526-061-1.
- ^ a b Baamir, Abdulrahman Yahya (2010). Shari'a Law in Commercial and Banking Arbitration. m/s. 29 (n. 87). ISBN 978-1-4094-0377-7.
- ^ Long, David E. (1976). Saudi Arabia. m/s. 41. ISBN 0-8039-0660-9.; Who's who in Saudi Arabia 1983-1984, Volume 3. Jeddah: Tihama. 1984. m/s. 32.
- ^ "H.E Dr. Abdullah Bin Mohammed Bin Ibrahim Al-Sheikh". Majlis ash-Shura, Government of Saudi Arabia. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 December 2009. Dicapai pada 15 July 2011.
Gelaran keagamaan | ||
---|---|---|
Didahului oleh Tiada |
Mufti Besar Arab Saudi 1953–1969 |
Diikuti oleh: Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz |