Muhammad Ali Hashim
Tan Sri (Dr.) Muhammad Ali Hashim (19 April 1947 - 31 Oktober 2017) merupakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Johor Corporation.
Pada 24 Mac 2010 beliau menerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (bagi bidang Keusahawanan) dari Universiti Utara Malaysia (UUM) sempena konvokesyen ke-23 UUM. Ia disampaikan oleh Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah selaku Canselor UUM.[1]
Kerjaya
suntingKorporat
suntingBeliau adalah bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Johor atau JCorp sejak 1982 hingga 2013.
Persatuan
suntingBeliau adalah Presiden, Dewan Perdagangan Islam Malaysia (2014-2017).
Meninggal dunia
suntingBeliau telah kembali ke Rahmatullah pada 31 Oktober 2017[2] pada usia 70 tahun di Hospital KPJ Damansara dan telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.