Motosikal sport
Motosikal sport adalah jenis motosikal yang diletakkan di bawah kategori motosikal jalanan dan secara umumnya menumpukan lebih ke arah prestasi daripada keselesaan, muatan pembonceng/beban, sera beberapa keupayaan lain.Yayasan Keselamatan Motosikal telah mengklasifikasikan motosikal kepada tiga kelas utama iaitu motosikal jalanan, off-road, dan dual-sport.
Sejarah
suntingSehingga lewat 1960-an, motosikal terbahagi kepada tiga format utama:
- Motosikal bekerja: Umumnya di bawah 250 cc serta berkuasa rendah sekadar mencukupi sebagai pengangkutan untuk pergi bekerja.
- Motosikal umum: Umumnya di bawah 500 cc / 650 cc untuk digunakan sebagai motosikal bekerja, tetapi dengan lebih keluaran kuasa supaya dapat digunakan untuk berseronok pada hujung minggu.
- Motosikal kembara: Apa jua jenis motosikal dengan saiz enjin melebihi kedua-dua kategori di atas dan dibina terutamanya untuk mengembara.
Syarikat motosikal pertama yang dikatakan telah memecahkan acuan tersebut ialah Vincent Motorcycles. Dirka sebagai motosikal kembara, tumpuan model-model buatan Vincent terhadap kelajuan adalah mengagumkan pada zaman di mana lebuh raya masih belum wujud. Walau bagaimanapun, pengendaliannya adalah ringkas.
Kemudian pada tahun 1960-an, dua buah motosikal dibangunkan supaya boleh digunakan sebagai pengangkutan harian di samping berlumba pada hujung minggu, dan model-model tersebut adalah motosikal sport pertama di dunia. Motosikal-motosikal tersebut adalah BSA Rocket 3/Triumph Trident dan Honda CB750K.
Walau bagaimanapun, model Kawasaki Z1 model tahun 1971 dengan enjin DOHC 900 cc adalah model yang bertanggungjawab merintis ke arah era motosikal sport moden. Motosikal Z1 sangat popular sehinggakan sehingga akhir dekad tersebut pengeluar motosikal Jepun yang lain turut meniru formula Z1 dan konfigurasi enjin DOHC 4 sebaris dalam model keluaran mereka. "Perang motosikal" yang tercetus antara pengeluar motosikal Jepun mnyumbang kepada kejatuhan industri motosikal British.
Jenis motosikal sport
suntingPeringkat permulaan
suntingMotosikal sport peringkat permulaan dibina bagi memperkenalkan penunggang dengan reka bentuk sport. Ia berharga murah, ringan dan tahan lama. Fairing juga hanya dipasang sedikit ataupun lngsung tiada bag mengurangkan kos pengeluaran. Walaupun mampu mencapai lebih kuasa, namun enjin motosikal ini ditala lebih rendah bagi tujuan ketahanan enjin. Motosikal tersebut juga sesuai untuk semua penunggang tanpa mengira berat dan ketinggian.
Contoh termasuklah Suzuki GS500,Kawasaki Ninja 500R/250R dan Naza N5 .
Motosikal sport kecil
suntingMotosikal sport kecil lazimnya mempunyai saiz enjin antara 50 cc hingga 400 cc serta boleh didapati dalam pilihan enjin 2 lejang ataupun 4 lejang, tetapi kini semakin kurang motosikal 2 lejang dihasilkan bagi memenuhi tuntutan peraturan emisi. Walaupun saiznya kecil serta berkuasa rendah, prestasinya boleh jadi hampir setara dengan beberapa motosikal sport yang lebih besar.tetapi enjinnya bekerja lebih lasak lagi berbanding motosikal berkuasa besar.
Contoh termasuklah Aprilia RS250,Honda CBR150R dan Naza N5.
Super sport
suntingMotosikal super sport (juga dikenali sebagai motosikal sport pertengahan) sangat diberi tumpuan terhadap prestasi di litar lumba. Motosikal tersebut biasanya mepunyai kelajuan enjin yang tinggi serta bersaiz antara 600 cc hingga 800 cc serta dengan berat dalam lingkungan 170 kg - 204 kg, menghasilkan kuasa kuda sekitar 100 hp (75 kW).
Contoh termasuklah Honda CBR600RR, Kawasaki Ninja ZX-6R dan Triumph Daytona 675.
Superbike
suntingMotosikal superbike adalah motosikal sport bersesaran besar antara 800 cc - 1100 cc. Perwatakannya adalah sama seperti motosikal super sport tetapi dengan enjin yang lebih besar dan mampu menghasilkan lebih kurang 170 bhp (127 kW). Superbike 1000 cc juga digelar sebagai motosikal liter memandangkan sesaran enjinnya lebih kurang seliter.
Contoh termasuklah Ducati 1098, Honda CBR1000RR, dan Yamaha YZF-R1.
Hyper sport
suntingMotosikal hyper sport adalah motosikal sport bersesaran sangat besar dengan tumpuan utama terhadap kelajuan maksimum dan pecutan. Ia digerakkan oleh enjin bersesaran antara 1100 cc hingga 1400 cc. Motosikal hyper sport adalah lebih besar serta lebih berat daripada superbike dengan berat basah menghampiri 227 kg. Pertambahan berat ini berkompromi dengan keupayaan di atas litar lumba untuk memberi tumpuan terhadap kestabilan pada kelajuan sangat tinggi sehingga melebihi 290 km/j. Perkompromian ini membolehkan pengeluar mereka bentuk ergonomik penunggang yang lebih baik.
Contoh termasuklah Honda CBR1100XX, Kawasaki Ninja ZX-14, BMW K1200S dan Suzuki GSX1300R Hayabusa.
Sport touring
suntingMotosikal sport touring direka untuk perjalanan jarak jauh. Ia menampilkan lebih banyak ciri-ciri keselesaan daripada kebanyakan motosikal sport. Motosikal sport touring selalunya lebih berat, kurang berkuasa serta kurang tertumpu ke arah prestasi daripada motosikal super sport, tetapi mampu menyimpan banyak barangan, mempunyai ergonomik penunggang lebih selesa serta lebih praktikal. Bergantung kepada jumlah tumpuan yang diberikan terhadap ciri-ciri kembara, saiz enjin motosikal sport touring melingkungi saiz enjin super sport sehinggalah ke hyper sport, tetapi ditala lebih rendah bagi keselesaa perjalanan jarak jauh.
Contoh termasuklah Honda VFR800, Triumph Sprint ST, and Yamaha FJR1300.