Monofisitisme
Monofisitisme (AFA: [mo·no·fi·si·tis·mə]; Jawi: مونوفـيـسـيـتـيـسـمـى ) atau monofisisme (AFA: [mo·no·fi·sis·mə]; Jawi: مونوفـيـسـيـسـمـى ; daripada bahasa Yunani μόνος monos, "tunggal"[1] dan φύσις fisis, "sifat") ialah kepercayaan tentang Kristus bahawa Yesus Kristus hanya mempunyai satu sifat, iaitu sifat keilahian.[2]
Konteks
suntingMajlis Nicea Pertama (325) mengisytiharkan bahawa Kristus pada tahun 325 mengatakan bahawa Yesus ialah ilahi (seperti Tuhan) dan manusia (dia menjadi manusia). Pada abad kelima, terdapat perdebatan besar antara kebiskopan dan mazhab-mazhab Antokiah dan Iskandariah tentang sama ada Yesus lebih ilahi atau lebih manusia.[3] Antokiah percaya Kristus lebih manusia manakala Iskandariah lebih tuhan. Cyril dari Iskandariah berjaya membuat Nestorius, pendukung terkemuka mazhab Antokiah, dikecam di Majlis Efesus pada tahun 431 lalu menegaskan bahawa "[Yesus Kristus], Firman yang menjadi manusia itu satu fisis" serta melabelkan sesiapa yang berkata Yesus itu dua fisis ahli Nestorianisme. Sesetengah orang berpendapat bahawa sisi manusia Kristus diserap oleh sisi ilahi, hanya meninggalkan sifat ketuhanan. Pada tahun 451, Majlis Kalsedon dengan pengisytiharan Paus Leo tahun 449 menetapkan bahawa dalam Kristus terdapat dua sifat yang bersatu dalam satu orang.[4]
Golongan yang bertegas dengan "satu fisis" dipanggil Monofisit, manakala golongan yang menerima penetapan "dua sifat" dipanggil Diofisit, perkataan yang turut digunakan bagu pengikut Nestorianisme.
Golongan yang dipanggil ahli monofisit
suntingTerdapat banyak bentuk monofisitisme, termasuk yang berikut:
- Akefali merupakan golongan Monofisit yang berpecah daripada Petros III dari Iskandariah pada tahun 482. Ini berlaku kerana Petros III bersetuju dengan Akakios dari Konstantaniah dan Maharaja Zeno dalam dekri yang dipanggil Henotikon. Dekri ini mengutuk Nestorius dan Eutyches seperti yang dilakukan oleh Majlis Kalsedon, tetapi ia tidak mengikut kepercayaan dewan tentang dua sifat Kristus, tetapi mengabaikan dekri dewan itu dalam dwisifat Kristus. Mereka menganggap ini bertentangan dengan ajaran Santo Kiril, yang menggunakan istilah "Mia Fisis". Disebabkan itu, mereka enggan mengikuti Patriark Kalsedon Iskandariah dan memilih untuk tidak mempunyai seorang pengepala, atau "akefali".[5] Maka, mereka dipanggil Orang Tanpa Kepala.[6]
- Agnoetai, juga dikenali sebagai Themistian atau Agnostisis, adalah kumpulan yang diasaskan oleh Themistius Kalonimos sekitar tahun 534. Mereka percaya bahawa Yesus Kristus, walaupun ilahi, adalah serupa dengan orang biasa jadi dia mempunyai pengetahuan yang terhad.[7][8] Jangan kelirukan kumpulan ini dengan kumpulan dari abad keempat dengan nama yang sama, yang percaya bahawa Tuhan tidak mengetahui masa lalu atau masa depan.[9]
- Aftartodoketai, pengikut Fantasia, atau pengikut Julianus dari Halikarnassus ialah sekumpulan orang yang percaya bahawa tubuh Yesus Kristus adalah sempurna dan tidak boleh reput, cedera, atau mati sejak dia dikandung. Mereka sangka bahawa penderitaan dan kematiannya di salib tidak benar dan bertentangan dengan kebiasaannya manusia.[10] Maharaja Justinianus I ingin membuat kepercayaan ini rasmi tetapi mangkat sebelum dapat melaksanakannya.[11]
- Pengikut Apollinarianisme, dinamakan sempena Apollinaris dari Laodikea, percaya bahawa Yesus bertubuh manusia tetapi fikiran ilahi dan bukan jiwa manusia biasa. Kepercayaan ini dikecam oleh Konsili Konstantinopel Pertama pada tahun 381 dan lenyap selepas beberapa dekad.[12] Kiril dari Iskandariah mengisytiharkannya idea gila.[13]
- Pengikut Doketisme, yang bukan semuanya pengikut Monofisit, berpendapat bahawa Yesus tidak mempunyai sifat manusia: kemanusiaannya hanyalah ilusi dan ia bercantum dengan sifat ketuhanan yang tidak boleh merasa sakit atau mati.[14][15]
- Pengikut Eutikianisme percaya Yesus hanya mempunyai satu sifat, campuran bahagian ilahi dan bahagian manusia yang tidak sama, kerana bahagian ilahi jauh lebih besar daripada bahagian manusia. Mereka menyangka bahagian manusia Yesus telah diubah menjadi bahagian ilahi, seperti setitik madu bercampur ke dalam laut dan lenyap. Mereka percaya bahawa tubuh Kristus, selepas perubahan ini, tidak sama dengan manusia[16][17] Pengikut Eutikianisme dipanggil ahli Monofisit sebenar, manakala pengikut Severianisme dipanggil Monofisit lisan.[18][19][20] Eutikianisme dilihat sebagai versi "melampau ajaran sesat Monofisit yang menekankan sisi ilahi lebih dominan dalam Kristus."[21]
- Pengikut Severianisme percaya Yesus adalah manusia dan ilahi. Mereka menyangka bahawa tubuhnya boleh dirosakkan seperti mana-mana tubuh manusia biasa, tetapi juga percaya bahawa kerana Yesus adalah tunggal, dia hanya mempunyai satu sifat. Mereka bersetuju dengan ajaran Kalsedon, tetapi menggunakan perkataan yang berbeza untuk menjelaskan kepercayaan mereka. Mereka juga dipanggil pengikut Monofisit lisan.[22][23]
- Triteis, kumpulan Monofisit dari abad keenam dipercayai diasaskan oleh seorang pengikut Monofisit bernama John Ascunages[24] dari Antokiah. Penulis utama mereka ialah Ioannes Filoponos, yang mengajar bahawa Bapa, Anak dan Roh Kudus mempunyai identiti yang berasingan walaupun mereka berkongsi sifat yang sama.[25][26]
- Sesetengah ahli Gereja Ortodoks Koptik awal mempercayai Monofisitisme,[27][28] tetapi yang lain lebih melabelkannya Miafisitsme. Kepercayaan mereka amnya berbeza daripada ahli-ahli gereja yang percaya pada Monofisitisme.[29][30]
Monofisitisme verbal
suntingMengenai pengisytiharan lisan Monofisitisme, Justo L. González menyatakan, "untuk tidak memberikan idea yang salah tentang teologi yang kononnya dipanggil gereja Monofisit—yang wujud sehingga abad ke-20—harus diberitahu bahawa semua mazhab pelampau Monofisitisme sudah lenyap dalam masa yang singkat, dan pemahaman tentang Kristus oleh gereja-gereja yang kononnya Monofisit zaman kini lebih menjurus kepercayaan lisan daripada Monofisitisme sebenar".[31]
Keadaan politik monofisitisme selepas Kalsedon
suntingDi bawah Maharaja Basiliscus, yang menggulingkan Maharaja Zeno pada tahun 475, "pengikut Monofisit mencapai kemuncak kuasa mereka". Dalam Encyclion baginda, yang dikeluarkan pada tahun yang sama, baginda membatalkan keputusan Majlis Kalsedon dan mengiktiraf Majlis Kedua Efesus tahun 449 kecuali apa yang mereka katakan tentang Eutikhes, yang dimurkai Basiliscus. Baginda memerlukan ediknya ditandatangani oleh setiap uskup. Antara tandatangannya ialah tandatangan tiga daripada empat Patriark Timur, tetapi Patriark dan penduduk ibu kota membangkang keras sehingga pada tahun 476, menyedari dirinya akan digulingkan, baginda mengeluarkan Anti-Encyclion yang membatalkan edik dahulunya. Pada tahun yang sama, Zeno naik takhta semula.[32][33]
Orang ramai terbahagi antara orang Konstantaniah dan Balkan yang menyokong kepercayaan Kalsedon dengan orang di Mesir dan Syria yang anti-Kalsedon. Demi mendamaikan kedua-dua pihak, Maharaja Zeno dengan sokongan Akakius dari Konstantaniah dan Petros III dari Iskandariah cuba menguatkuasakan dekri kompromi Henotikon (Rumusan Kesatuan) pada tahun 482, yang mengutuk Eutikhes tetapi tidak menyebut tentang Kalsedon. Perpecahan berlaku di kedua-dua belah pihak. Rom mengucilkan Akakius (mencetuskan perpecahan Akakius selama 35 tahun), manakala di Mesir golongan Akefali berpisah daripada Petros III. Perpecahan Akakius berterusan semasa pemerintahan waris Zeno, Anastasius I Dikoros yang mengikut mazhab Monofisit, tetapi berakhir apabila Justinus I, yang mengikut mazhab Kalsedon, menjadi maharaja pada tahun 518.[34][35]
Justin I diwarisi oleh Justinian I (527–565) yang bermazhab Kalsedon, dan permaisuri baginda Maharani Theodora pula melindungi dan membantu pengikut Monofisit.[36] Penaungan Gereja Monofisit Syria oleh kerajaan Ghasan di bawah pembesar mereka al-Harith bin Jabalah menjadi penting dalam kelangsungan, kebangkitan dan juga penyebarannya.[37] Justinianus I digantikan oleh Justinus II, yang selepas memeluk Monofisitisme, mungkin atas pengaruh Theodora, bertukar kepada kepercayaan Kalsedon sebelum menaiki takhta. Beberapa lama kemudian, baginda menetapkan dasar untuk menindas pengikut Monofisitisme.[36] Sejak Justinianus I, tiada satu pun maharaja Monofisit, namun mereka tetap berusaha untuk mencari rumusan kompromi seperti monoenergisme dan monotelitisme.
Lihat juga
sunting- Miafisitisme
- Kristian Kalsedon (ketuhanan Yesus juga dilihat sebagai ekasifat oleh golongan minoriti Kristian Rom sekitar zaman Majlis Kalsedon)[38]
Rujukan
sunting- ^ "Henry George Liddell, Robert Scott, A Greek-English Lexicon, μόνος". www.perseus.tufts.edu.
- ^ Orlando O. Espín; James B. Nickoloff (2007). An Introductory Dictionary of Theology and Religious Studies. Liturgical Press. m/s. 902. ISBN 978-0-8146-5856-7.
- ^ Ted Campbell (1996). Christian Confessions: A Historical Introduction. Westminster John Knox Press. m/s. 43. ISBN 978-0-664-25650-0.
- ^ Christopher Kleinhenz (2004). Medieval Italy: An Encyclopedia. Routledge. m/s. 762. ISBN 978-1-135-94880-1.
- ^ "CATHOLIC ENCYCLOPEDIA: Acephali". www.newadvent.org.
- ^ "A Reply to Fr. John Morris Concerning His Review of My Book, The Non-Orthodox". orthodoxinfo.com. Dicapai pada 2022-11-15.
- ^ Frank Leslie Cross; Elizabeth A. Livingstone, penyunting (2005). The Oxford Dictionary of the Christian Church. Oxford University Press. m/s. 29. ISBN 978-0-19-280290-3.
- ^ Justo L. González (2010). A History of Christian Thought Volume II: From Augustine to the Eve of the Reformation. Abingdon Press. m/s. 81. ISBN 978-1-4267-2191-5.
- ^ J. C. Cooper (2013). Dictionary of Christianity. Routledge. m/s. 119. ISBN 978-1-134-26546-6.
- ^ Mary Clayton (1998). The Apocryphal Gospels of Mary in Anglo-Saxon England. Cambridge University Press. m/s. 43. ISBN 978-0-521-58168-4.
- ^ William Holmes (2017). The Age of Justinian. Jovian Press. m/s. 280. ISBN 978-1-5378-1078-2.
- ^ Sollier, Joseph. "Apollinarianism." The Catholic Encyclopedia Vol. 1. New York: Robert Appleton Company, 1907. 8 February 2019
- ^ McGuckin (1994). St. Cyril of Alexandria: The Christological Controversy: Its History, Theology, and Texts. Brill. m/s. 109. ISBN 978-90-04-31290-6.
- ^ Daniel R. Streett (2011). They Went Out from Us: The Identity of the Opponents in First John. Walter de Gruyter. m/s. 38–39. ISBN 978-3-11-024771-8.
- ^ J.R.C. Cousland (2017). Holy Terror: Jesus in the Infancy Gospel of Thomas. Bloomsbury Publishing. m/s. 99. ISBN 978-0-567-66817-2.
- ^ E. A. Livingstone; M. W. D. Sparks; R. W. Peacocke (2013). "Monophysitism". The Concise Oxford Dictionary of the Christian Church. OUP Oxford. ISBN 978-0-19-965962-3.
- ^ Fred Sanders; Klaus Issler (2007). Jesus in Trinitarian Perspective: An Introductory Christology. B&H Publishing Group. m/s. 22. ISBN 978-0-8054-4422-3.
- ^ John D. Hannah (2019). Invitation to Church History: World: The Story of Christianity. Kregel Academic. m/s. 153. ISBN 978-0-8254-2775-6.
- ^ Hans van Loon (2009). The Dyophysite Christology of Cyril of Alexandria. Brill. m/s. 33. ISBN 978-90-474-2669-1.
- ^ Bernhard Bischoff; Michael Lapidge (1994). Biblical Commentaries from the Canterbury School of Theodore and Hadrian. Cambridge University Press. m/s. 11. ISBN 978-0-521-33089-3.
- ^ "Eutyches | Orthodox abbot".
- ^ John D. Hannah (2019). Invitation to Church History: World: The Story of Christianity. Kregel Academic. m/s. 153. ISBN 978-0-8254-2775-6.
- ^ Justo L. González (2010). A History of Christian Thought Volume II: From Augustine to the Eve of the Reformation. Abingdon Press. m/s. 77–78, 81. ISBN 978-1-4267-2191-5.
- ^ Simplicius (2014). On Aristotle On the Heavens 1.2-3. A&C Black. m/s. 9. ISBN 978-1-4725-0166-0.
- ^ E. A. Livingstone; M. W. D. Sparks; R. W. Peacocke (2013). The Concise Oxford Dictionary of the Christian Church. OUP Oxford. m/s. 573. ISBN 978-0-19-965962-3.
- ^ "CATHOLIC ENCYCLOPEDIA: Tritheists". www.newadvent.org.
- ^ Olupona, Jacob K. (2014). African Religions: A Very Short Introduction. Oxford: Oxford University Press. m/s. 90. ISBN 978-0-19-979058-6. OCLC 839396781.
- ^ "Theodosius Of Alexandria" (dalam bahasa Inggeris). Encyclopedia Britannica. 2022-05-08. Dicapai pada 2023-04-24.
- ^ Lotha, Gloria (2023-03-16). "Coptic Orthodox Church of Alexandria" (dalam bahasa Inggeris). Encyclopedia Britannica. Dicapai pada 2023-04-24.
- ^ Petruzzello, Melissa (2023-04-13). "Monophysite" (dalam bahasa Inggeris). Encyclopedia Britannica. Dicapai pada 2023-04-24.
- ^ Justo L. González (1987). A History of Christian Thought Volume 2: From Augustine to the Eve of the Reformation. Abingdon Press. m/s. 82. ISBN 978-0-687-17183-5.
- ^ E. Glenn Hinson (1996). The Early Church: Origins to the Dawn of the Middle Ages. Abingdon Press. m/s. 298. ISBN 978-0-687-00603-8.
- ^ Philip Hughes (1948). History of the Church: Volume 1: The World In Which The Church Was Founded. A&C Black. m/s. 265. ISBN 978-0-7220-7981-2.
- ^ Bryan Ward-Perkins; Michael Whitby (2000). The Cambridge ancient history. 14. Late antiquity: empire and successors, A.D. 425–600. Cambridge University Press. m/s. 51–52. ISBN 978-0-521-32591-2.
- ^ Justo L. González (2010). A History of Christian Thought Volume II: From Augustine to the Eve of the Reformation. Abingdon Press. m/s. 79–82. ISBN 978-1-4267-2191-5.
- ^ a b John Wesley Barker (1966). Justinian and the Later Roman Empire. Univ of Wisconsin Press. m/s. 212–213. ISBN 978-0-299-03944-8.
- ^ Rome in the East, Warwick Ball, Routledge, 2000, p. 105
- ^ Olupona, Jacob K. (2014). African Religions: A Very Short Introduction. Oxford: Oxford University Press. m/s. 90. ISBN 978-0-19-979058-6. OCLC 839396781.