Moka Kamishiraishi
Moka Kamishiraishi (Jepun: 上白石萌歌 , Hepburn: Kamishiraishi Moka, lahir 28 Februari 2000)[1] ialah pelakon, penyanyi/pendendang serta ahli fesyen asal Jepun.[2] Sebagai penyanyi, nama artis Moka ialah Adieu (digayakan semua huruf kecil). Beliau merupakan adik perempuan pelakon Jepun Mone Kamishiraishi.
Moka Kamishiraishi | |
---|---|
上白石 萌歌 | |
Kelahiran | |
Pendidikan | Universiti Meiji Gakuin |
Pekerjaan | |
Tahun aktif | 2011–semasa kini |
Ejen | Toho Entertainment |
Karya | |
Ketinggian | 163 cm (5 ka 4 in) |
Saudara | Mone Kamishiraishi (saudara perempuan) |
Kerjaya muzik | |
Juga dikenali sebagai | Adieu |
Genre | J-pop |
Tahun aktif | 2015–kini |
Syarikat rakaman | Sony Music Records |
Laman sesawang | Adieu official website |
Maklumat YouTube | |
Saluran | |
Tahun aktif | 2019–kini |
Pelanggan | 110,000 |
Jumlah tontonan | 24,407,014 |
Dikemaskini pada 4 Ogos 2022 | |
Laman web rasmi | Profil Toho |
Kamishiraishi memasuki dunia hiburan selepas memenangi uji bakat Toho Cinderella pada 2011 yang ditaja oleh Toho Entertainment. Beliau membuat debut lakonannya pada tahun 2012, dan sejak itu muncul dalam filem-filem seperti Haruta & Chika (2017) dan A Forest of Wool and Steel (2018), yang mana Moka berjaya memenangi anugerah Pendatang Baru Terbaik dalam Hadiah Filem Akademi Jepun ke-42. Moka juga memiliki kerjaya lakonan suara. Beliau merupakan pelakon suara di siri filem Mirai (2018) dan Pokémon the Movie: Secrets of the Jungle (2020), dan muncul dalam drama televisyen, termasuk drama taiga NHK Idaten (2019) dan The Files of Young Kindaichi (2022). Moka juga mengeluarkan single muzik pertamanya pada 2015, dan membuat kemunculan perdana pentas muzik dengan nama panggung sebagai Adieu pada 2019 di bawah lesen daripada Sony Music Records.
Rujukan
sunting- ^ "上白石 萌歌 | 東宝芸能". www.toho-ent.co.jp (dalam bahasa Jepun). Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-11-03. Dicapai pada 2022-05-24.
- ^ "東宝シンデレラに輝いた期待女優が歌手デビュー 夢は大きく「紅白出たい!」". Sankei Shimbun (dalam bahasa Jepun). 2015-03-11. m/s. 3. Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-05-08. Dicapai pada 2015-06-29.