Mohamad Zaki Ibrahim

ahli politik Malaysia
(Dilencongkan daripada Mohd Zaki Ibrahim)

Mohamad Zaki Ibrahim (1967 – 31 Mei 2019) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan ADUN Kelaboran selama tiga penggal (2004-2018).

Mohd Zaki Ibrahim
Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan untuk Kelaboran
Dalam jawatan
2004–2018
Didahului oleh Noordin Yaakub
Digantikan oleh Mohd Adanan Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan
Dalam jawatan
2006–2009
Didahului olehZulkifli Yaacob
Digantikan olehAbdul Latif Abdul Rahman
Maklumat peribadi
Lahir1967 (1967)
Mati31 Mei 2019(2019-05-31) (umur 51–52)
Makkah, Arab Saudi
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia
PasanganRaihan Zaki Yusof
KediamanKelantan
PekerjaanAhli politik

Pilihan raya

sunting

Beliau memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelaboran sebagai calon PAS pada Pilihan raya umum Malaysia 2004 dengan menewaskan calon Barisan Nasional (UMNO), Datuk Wan Johani Wan Hussin. Beliau juga berjaya mempertahankan kerusi DUN itu pada Pilihan raya umum Malaysia 2008 dan Pilihan raya umum Malaysia 2013, kedua-duanya dengan menewaskan calon BN (UMNO), Wan Hanapi Wan Yaakob. Bagaimanapun, beliau tidak bertanding pada PRU-14.

Keputusan pilihan raya

sunting
Kerusi yang ditandingi Mohamad Zaki Ibrahim
Tahun Kawasan Calon Undi Lawan Undi Peratus Mengundi Majoriti
2004 DUN Kelaboran, Kelantan Mohamad Zaki Ibrahim (PAS) 6,911 Wan Johani Wan Hussin 6,220 78.00% 691
2008 DUN Kelaboran, Kelantan Mohamad Zaki Ibrahim (PAS) 8,656 Wan Hanapi Wan Yaakob 6,444 80.92% 2,212
2013 DUN Kelaboran, Kelantan Mohamad Zaki Ibrahim (PAS) 10,098 Wan Hanapi Wan Yaakob 7,995 83.10% 2,103

Isu dan kontroversi

sunting

Nafi kahwin dengan Abby

sunting

Pada 3 Ogos 2012, beliau menafikan dakwaan bahawa dia telah berkahwin dengan artis Malaysia, Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaiyah Abd Manan yang menyertai PAS semenjak Julai 2012.[1]

Meninggal dunia

sunting

Mohd Zaki Ibrahim, 52, meninggal dunia di Hospital King Abdul Aziz, Makkah pada 31 Mei 2019. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada jam 2.45 petang (waktu tempatan) selepas dilaporkan berada dalam keadaan kritikal sejak dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu, malam kelmarin, akibat komplikasi kencing manis. Perkara itu disahkan oleh isteri arwah, Raihan Zaki Yusof, melalui satu hantaran dalam laman sosial Facebook[2].

Rujukan

sunting
  1. ^ Ahmad Fadli KC (3 Aug 2012). "ADUN PAS nafi kahwin Abby Abadi". Malaysiakini. Dicapai pada 10 Jun 2020. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  2. ^ Siti Rohana Idris (31 Mei 2019). "Bekas ADUN Kelaboran meninggal dunia di Makkah". Berita Harian. Dicapai pada 10 Jun 2020. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)