Mohd Yusop Majid
Yang Berhormat Haji Mohd Yusop Majid ialah seorang ahli politik di Malaysia yang berbangsa Melayu. Beliau telah dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu di DUN Permaisuri mewakili Perikatan Nasional[1] pada tahun 2023. Beliau juga merupakan Ketua Bahagian BERSATU Setiu.
Yang Berhormat Haji Mohd Yusop Majid | |
---|---|
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Negeri Terengganu | |
Menyandang jawatan 2023 | |
Pengerusi | Ariffin Deraman |
Portfolio | Keusahawanan, Sumber Manusia, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna |
Kawasan pilihan raya | Permaisuri |
Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu bagi Permaisuri | |
Menyandang jawatan 2023 | |
Didahului oleh | Abd Halim Jusoh |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Setiu | |
Dalam jawatan 2004–2008 | |
Didahului oleh | Che Ghani Che Ambak |
Digantikan oleh | Mohd Jidin Shafee |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Setiu, Malaysia | 24 Mac 1963
Parti politik | Parti Pribumi Bersatu Malaysia |
Gabungan politik lain | Perikatan Nasional |
Anak | 8 orang |
Kediaman | Besut, Malaysia |
Pendidikan | -Sekolah Kebangsaan Banggol -Sekolah Menengah Agama Ittifakiah -Kolej Islam Sultan Alam Shah -Universiti Islam Antarabangsa Malaysia |
Pekerjaan | Peguam di Rushdi Yusop & Partners, Jertih |
Awal pengajian beliau bermula di Sekolah Kebangsaan Banggol. Di peringkat menengah mendapatkan pengajian di SMA Ittifakiah. Seterusnya, menyambung tingkatan 4 di Kolej Islam Klang. Beliau menyambung pendidikan tinggi di UIAM dengan memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian). Beliau merupakan antara pelajar pertama pengambilan di Ahmad Ibrahim Kulliyah of Laws pada tahun 1983. Setelah menghabiskan pengajian pada tahun 1987, beliau meneruskan latihan dalam kamar atau chambering dengan Mr. Harban Singh Bal di Temerloh. Selepas menamatkan latihan dalam kamar, beliau meneruskan pekerjaan beliau sebagai Penolong Pengamal Undang-Undang di Firma Tetuan Mahindar & Co, di Temerloh, Pahang. Seterusnya beliau mewujudkan firma guaman sendiri di Jertih, Terengganu iaitu Rushdi Yusop & Partners.
Kini, beliau merupakan Ketua Bahagian BERSATU Daerah Setiu dan AJK Pimpinan BERSATU Negeri Terengganu. Beliau juga memegang jawatan sebagai Penolong Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional Negeri Terengganu serta Pengerusi Perikatan Nasional Dun Permaisuri.
Beliau pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Setiu pada tahun 2004-2008. Beliau juga pernah memegang jawatan dalam parti UMNO sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Setiu, Terengganu dan Ketua Penerangan UMNO Bahagian Setiu.
Beliau telah menerima anugerah Pingat Sultan Mizan Zainal Abidin, Anugerah Tokoh Belia Berjasa Terengganu, Anugerah Tokoh Belia Dan Anugerah Pingat Jasa Belia Dikenang Majlis Belia Malaysia.
Keputusan pilihan raya
suntingParlimen
suntingTahun | Parlimen | Nama | Parti | Undi | Nama | Parti | Undi | Majoriti |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2004 | Setiu | Mohd Yusop Majid | BN (UMNO)} | 23,079 | Che Ghani Che Ambak | PAS | 16,383 | 6,696 |
Dewan Undangan Negeri (DUN)
suntingTahun | DUN | Calon | Parti | Undi | Nama | Parti | Undi | Majoriti |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2023 | Permaisuri | Mohd Yusop Majid | PN (BERSATU) | 14,837 | Hamdan Hamzah | BN (UMNO) | 7,299 | 7,538 |
2013 | Mohd Yusop Majid | BEBAS | 1,920 | Mohd Jidin Shafie | BN (UMNO) | 9,188 | 2,928 | |
Wan Mokhtar Wan Ibrahim | PKR | 6,260 |
Rujukan
sunting- ^ KOSMO! (2023-08-12). "PRN: Senarai penuh keputusan DUN Terengganu". Kosmo Digital. Dicapai pada 2023-08-15.