Mohd Shuhaily Mohd Zain
YDH Dato' Seri Mohd Shuhaily bin Mohd Zain (Jawi: محمد سهوهاءيلي بن محمد زين; lahir 12 Julai 1972), atau nama panggilannya Haily, ialah seorang pegawai polis Malaysia yang berkhidmat sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman sejak Ogos 2023.[3]
Mohd Shuhaily Mohd Zain | |
---|---|
محمد سهوهاءيلي محمد زين | |
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman | |
Menyandang jawatan 15 Ogos 2023 | |
Raja | Sultan Ibrahim (sejak 2024) Al-Sultan Abdullah (2023–2024) |
Perdana Menteri | Datuk Seri Anwar Ibrahim |
Menteri | Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail |
Ketua | Tan Sri Razarudin Husain |
Didahului oleh | Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay |
Ketua Polis Kuala Lumpur | |
Dalam jawatan 15 Mei 2023[1] – 15 Ogos 2023 | |
Perdana Menteri | Datuk Seri Anwar Ibrahim |
Menteri | Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail |
Didahului oleh | Datuk Abu Samah Mohd Noor |
Digantikan oleh | Datuk Allaudeen Abdul Majid |
Ketua Polis Pulau Pinang | |
Dalam jawatan 1 Julai 2021[2] – 15 Mei 2023 | |
Perdana Menteri | Tan Sri Muhyiddin Yassin (2021) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (2021–2022) Datuk Seri Anwar Ibrahim (sejak 2022) |
Menteri | Datuk Seri Hamzah Zainudin (2021–2022) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (sejak 2022) |
Didahului oleh | Datuk Sahabudin Abd Manan |
Digantikan oleh | Datuk Khaw Kok Chin |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Mohd Shuhaily bin Mohd Zain 12 Julai 1972 Kuala Lumpur, Malaysia |
Pasangan | Datin Seri Ennie Salina Roseli |
Tempat belajar | Universiti Islam Antarabangsa Malaysia |
Pekerjaan | Pegawai polis |
Kehidupan awal dan pendidikan
suntingMohd Shuhaily bin Mohd Zain dilahirkan di Kuala Lumpur pada 12 Julai 1972. Bapa beliau, Mohd Zain bin Ismail merupakan seorang polis trafik di Kuala Lumpur. Bapa beliau juga pernah berhidmat sebagai Pasukan Polis Hutan (PPH) ketika Kebangkitan Komunis Kedua di Malaysia.[4]
Mohd Shuhaily merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Beliau juga menerima latihan intensif dari akademi Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) di Quantico, Virginia awal pertengahan 2002 semasa pangkatnya sebagai Penolong Penguasa Polis (ASP).
Karier kepolisan
suntingMohd Shuhaily pernah berkhidmat sebagai Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Ketua Cawangan Khas Pahang, Timbalan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Ketua Polis Pulau Pinang dan Ketua Polis Kuala Lumpur.[5] Beliau ditugaskan untuk menyandang tugas sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) sejak 15 Ogos 2023 menggantikan Ayob Khan Mydin Pitchay.[6]
Senarai jabatan
sunting- Kadet Penolong Penguasa Polis (2001)
- Pegawai Cawangan Khas (2001)
- Polis PBB pegawai pemantau di Kosovo di bawah Misi Pentadbiran Sementara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Kosovo (2002)
- Attache RMP di Kedutaan Malaysia, Washington, D.C. (2003)
- OCPD Perak Tengah (kini sebagai Seri Iskandar, Perak)
- Ketua Cawangan Khas Kontinjen Pahang
- Ketua Penolong Pengarah E1 Cawangan Khas Bukit Aman
- Timbalan Pengarah E1 Cawangan Khas, Bukit Aman
- Ketua Polis Pulau Pinang (2020–2022)
- Ketua Polis Kuala Lumpur (2022)
- Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman (sejak 2023)
Anugerah
suntingAnugerah di Malaysia
sunting- Pahang :
- Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) – Dato' (2017)[7]
- Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) – Dato' Sri (2023)[8]
- Pulau Pinang :
- Darjah Gemilang Pangkuan Negeri (DGPN) – Dato' Seri (2023)[9]
Rujukan
sunting- ^ "Mohd Shuhaily dilantik Ketua Polis Kuala Lumpur".
- ^ "Shuhaily Ketua Polis P Pinang baharu".
- ^ "Mohd Shuhaily dilantik Pengarah JSJ yang baharu - PDRM".
- ^ "CPO Shuhaily Zain: Beyond Mere Enforcement of the Law (Part One)".
- ^ "Mohd Shuhaily Ketua Polis Kuala Lumpur baharu". www.bharian.com.my.
- ^ "Mohd Shuhaily is now Bukit Aman's CID director". www.thestar.com.my.
- ^ "100 bergelar Datuk Seri, Datuk". www.hmetro.com.my. 24 Oktober 2017. Dicapai pada 22 April 2024.
- ^ "Deputy IGP heads list of Pahang Sultan's birthday awards and honours list". The Star Online. 4 Ogos 2023.
- ^ "Penang Governor to bestow awards and honours on 1,117". www.buletinmutiara.com. 13 Oktober 2023.