Mohd Nizar Zakaria
Yang Berhormat Ustaz Dato' Mohd Nizar Zakaria (lahir 3 Januari 1969) seorang ahli politik dan juga Ahli Parlimen Parit, Negeri Perak dari Barisan Nasional-UMNO. Pada tahun 2020, beliau menyertai gabungan Perikatan Nasional dan telah dilantik (lantikan politik) sebagai Pengerusi Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) menggantikan Dr. Narimah Awin. Beliau telah dipilih sejak Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 dan 2018 untuk bertanding di kerusi Parlimen Parit, Perak. Pada Jun 2010, beliau merupakan salah seorang anak kapal MV Rachel Corrie yang ditahan oleh Angkatan Pertahanan Israel (IDF) semasa tiba di perairan untuk menghantar misi bantuan kemanusiaan ke Gaza, Palestin. Pada pilihan raya umum Malaysia 2013, beliau meninggalkan dewan rakyat dan bertanding di peringkat negeri seterusnya dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Belanja untuk tempoh satu penggal.
Mohd Nizar Zakaria DPCM (Perak) | |
---|---|
Ahli Parlimen Malaysia bagi P69 Parit, Perak | |
Dalam jawatan 10 Mei 2018 – 10 Oktober 2022 | |
Didahului oleh | Mohamad Zaim Abu Hassan |
Digantikan oleh | Muhammad Ismi Mat Taib |
Majoriti | 6,320 |
Dalam jawatan 2008–2013 | |
Didahului oleh | Nasarudin Hashim |
Digantikan oleh | Mohamad Zaim Abu Hassan |
Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad | |
Dalam jawatan 15 Julai 2022 – 22 Mac 2023 | |
Didahului oleh | Haniza Mohamed Talha |
Digantikan oleh | Datuk Husam Musa |
Pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara | |
Dalam jawatan 2020–2022 | |
Didahului oleh | Dr. Narimah Awin |
Digantikan oleh | Dato' Suhaimi Mohd Ghazali |
Ahli Dewan Negeri Perak untuk Belanja | |
Dalam jawatan 2013–2018 | |
Didahului oleh | Mohamad Zaim Abu Hassan |
Digantikan oleh | Khairudin Abu Hanipah |
Maklumat peribadi | |
Lahir | 3 Januari 1969 |
Parti politik | UMNO |
Pekerjaan | Ahli politik |
Keputusan pilihan raya
suntingTahun | Kerusi | Undi | Pct | Lawan | Undi | Pct | Jumlah undi | Majoriti | Turnout | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2013 | N38 Belanja, P069 Parit | Mohd Nizar Zakaria (UMNO) | 7,691 | 60.70% | Najihatussalehah Ahmad (PAS) | 4,728 | 37.31% | 12,671 | 2,963 | 84.40% |
Tahun | Kerusi | Undi | Pct | Lawan | Undi | Pct | Jumlah undi | Majoriti | Turnout | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2008 | P069 Parit, Perak | Mohd Nizar Zakaria (UMNO) | 12,399 | 56.55% | Najihatussalehah Ahmad (PAS) | 9,526 | 43.45% | 22,598 | 2,873 | 78.30% | ||
2018 | Mohd Nizar Zakaria (UMNO) | 14,035 | 48.41% | Najihatussalehah Ahmad (PAS) | 7,715 | 26.61% | 29,547 | 6,320 | 82.28% | |||
Ahmad Tarmizi Mohd Jam (AMANAH) | 7,240 | 24.97% |
Anugerah dan penghargaan
suntingRujukan
sunting- ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri" (dalam bahasa Malay). Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 4 February 2017.CS1 maint: unrecognized language (link) Percentage figures based on total turnout.
- ^ "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 February 2017. Results only available from the 2004 election.
- ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum 13 Parlimen/Dewan Undangan Negeri 2013". Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 8 May 2016.
- ^ "SEMAKAN PENERIMA DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT". Prime Minister's Department (Malaysia). Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-07-19. Dicapai pada 25 October 2018.