Mohd Nardin Awang
Datuk Seri Mohd Nardin Awang adalah bekas Setiausaha Politik Kanan kepada YAB Perdana Menteri Malaysia ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau telah lama berkhidmat dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin sehinggalah bertugas di Pejabat Perdana Menteri pada tahun 2020 lalu selaku Setiausaha Politik Kanan dan dibantu oleh Saiful Adli Mohd Arshad dan Azlinda Abdul Latif sebagai Setiausaha Politik. Beliau mengangkat sumpah jawatan bersama 25 orang Setiausaha Politik bagi Kabinet Muhyiddin Yassin.[1]
Datuk Seri Mohd Nardin Awang PJN; SMW (Wilayah Persekutuan); DPMP (Perak); JMN | |
---|---|
Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri Malaysia | |
Dalam jawatan 24 April 2020 – 16 Ogos 2021 | |
Perdana Menteri | Tan Sri Muhyiddin Yassin |
Pegawai Khas Menteri Dalam Negeri Malaysia | |
Dalam jawatan 2018–2020 | |
Menteri | Tan Sri Muhyiddin Yassin |
Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri Malaysia | |
Dalam jawatan 2013–2015 | |
Timbalan Perdana Menteri | Tan Sri Muhyiddin Yassin |
Pegawai Khas Timbalan Perdana Menteri Malaysia | |
Dalam jawatan 2009–2013 | |
Timbalan Perdana Menteri | Tan Sri Muhyiddin Yassin |
Setiausaha Politik Menteri Pelajaran Malaysia | |
Dalam jawatan 2009–2011 | |
Menteri | Tan Sri Muhyiddin Yassin |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Mohd Nardin bin Awang |
Parti politik | BERSATU |
Gabungan politik lain | Perikatan Nasional |
Pekerjaan | Ahli politik |
Kerjaya
suntingSelepas menamatkan pengajian dalam bidang perakaunan di Institut Teknologi MARA, beliau telah menyertai Nadi Holdings sebagai Eksekutif Pentadbiran, kemudian meneruskan khidmatnya di Sky Courier International and Pro-Active Solutions Sdn Bhd sebagai Pengurus Komersial dan Operasi.
Nardin kemudiannya menyertai perkhidmatan awam sebagai fasilitator dan jurulatih di Biro Tata Negara, Jabatan Perdana Menteri Malaysia pada tahun 1999 lalu.
Kerjaya Nardin mula naik selepas memulakan khidmat dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Bermula sebagai Setiausaha Politik Menteri Pelajaran, Timbalan Perdana Menteri hinggalah kepada Setiausaha Politik Kanan.[2][3][4]
Politik
suntingNardin telah membuat kunjungan hormat bersama Menteri Dalam Negeri Malaysia, Hamzah Zainudin terhadap Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin selepas bekas Ketua Menteri Sabah, Musa Aman mendakwa sudah mempunyai jumlah majoriti untuk membentuk kerajaan baharu yang menyokong Kerajaan Perikatan Nasional.[5]
Anugerah
suntingSenarai darjah kebesaran yang diterima[6]
- Malaysia
- Panglima Jasa Negara - Datuk (2014)
- Johan Mangku Negara (2011)
- Wilayah Persekutuan
- Perak
Rujukan
sunting- ^ 25 setiausaha politik menteri angkat sumpah
- ^ Profil Nardin Awang
- ^ Kunjungan Hormat Pengerusi Poa Kepada Ybhg. Datuk Hj. Nardin Bin Hj. Awang Iaitu Setiausaha Politik Menteri Dalam Negeri Di Putrajaya Pada 6 Februari 2020
- ^ 23 setiausaha politik menteri angkat sumpah
- ^ Musa Aman dakwa terima sokongan majoriti, tubuh kerajaan baru di Sabah
- ^ Semakan penerima darjah kebesaran