Mohd Fairuz Mohd Isa

ahli politik Malaysia

Mohd Fairuz Mohd Isa ialah seorang ahli politik di Malaysia. Beliau merupakan Yang Dipertua Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Kawasan Jempol sejak 2018[1] menggantikan Mustaffa Daharun yang meninggal dunia[2].

Yang Berhormat Tuan
Mohd Fairuz Mohd Isa
Ahli Dewan Undangan Negeri Sembilan
bagi Serting
Menyandang jawatan
2023
Didahului olehShamsulkahar Mohd Deli
Jawatan dalam parti politik
Yang Dipertua Parti Islam Se-Malaysia Jempol
Menyandang jawatan
2018
Pesuruhjaya NegeriRafiei Mustapha
Didahului olehMustaffa Daharun
Maklumat peribadi
Lahir
Mohd Fairuz bin Mohd Isa

Batu Kikir, Jempol, Negeri Sembilan
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia
PekerjaanAhli politik

Dalam pilihan raya negeri pada 2018, beliau telah dipilih bertanding di DUN Jeram Padang mewakili Parti Islam Se-Malaysia[3]. Beliau kembali menjadi calon dalam pilihan raya negeri 2023 bagi DUN Serting[4] mewakili Parti Perikatan Nasional[5] dan menang.

Keputusan pilihan raya

sunting
Kerusi yang ditandingi Mohd Fairuz Mohd Isa
Tahun Kawasan Individu Parti Undian Lawan Parti Undian Majoriti
2018 DUN Jeram Padang Mohd Fairuz Mohd Isa PAS 785 Manickam Letchuman BN (MIC) 3,702 1,062
Surash Sreenivasan Bebas 2,640
S Musliadi Sabtu PH (PKR) 2,302
2023 DUN Serting Mohd Fairuz Mohd Isa PN (PAS) 10,312 Muhamad Zamri Omar BN (UMNO) 9,469 843

Rujukan

sunting
  1. ^ "Kepimpinan Semasa Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan Sesi 2017-2019". Berita PAS. 17 Oktober 2017. Dicapai pada 5 November 2022.
  2. ^ Abnor Hamizam Abd Manap (20 Disember 2018). "'Damailah di sana Ustaz Mustaffa...'". HMetro. Dicapai pada 7 Julai 2021.
  3. ^ "KEDUDUKAN KERUSI BAGI DUN: N.07 JERAM PADANG". Dashboard SPR. 5 November 2022. Dicapai pada 7 Ogos 2023.
  4. ^ "Keputusan | Pilihan Raya Umum Malaysia Ke-15". PRU @ Sinar Harian. Dicapai pada 2023-08-12.
  5. ^ "PRN 2023: Senarai penuh calon DUN Negeri Sembilan". Berita Harian. 29 Julai 2023. Dicapai pada 31 Julai 2023.