Mohd Daud Tarihep
Mohd Daud bin Hj Tarihep (lahir 18 Februari 1952 - 3 April 2018 ) [1][2][3][4][5][6] ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan Ahli Parlimen Kuala Selangor selama sepenggal (2004-2008) dan mantan Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Penerangan Malaysia Tan Sri Mohamed Rahmat.
Yang Berhormat Dato' Mohd Daud Tarihep | |
---|---|
Ahli Parlimen Malaysia bagi Kuala Selangor | |
Dalam jawatan 2004–2008 | |
Didahului oleh | Mohamed Sayuti Said |
Digantikan oleh | Dzulkefly Ahmad |
Majoriti | 13,662 (PRU-11) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | 18 Februari 1952 Kampung Sepakat, Kuala Selangor, Selangor, Persekutuan Tanah Melayu (Kini Malaysia) |
Mati | 3 April 2018 (66 tahun) Hospital Seri Manjung, Manjung, Perak |
Tempat semadi | Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam, Selangor |
Parti politik | Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu |
Pasangan | Aziefah Jins Jaafar |
Anak | Mohd Haminar Rashid Puteri Nur Azlinda Dayana Puteri Nur Azlina Dayana Putera Muhammad Darwish Putera Muhammad Danial Nur Shafira Adila Muhammad Amierul Shafiq |
Bidang pengkhususan | Ahli Politik |
Pendidikan
suntingDaud Tarihep bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kampung Kuantan (1959-1964). Kemudian di Sekolah Menengah Seri Tanjong,Kuala Selangor (1965-1969).Seterusnya sambung pelajaran Kolej Islam Malaya di Petaling Jaya dan Tingkatan 6 Sekolah Tengku Ampuan Rahimah , Klang (1971).Kemudian di Universiti Pertanian Malaysia(UPM) ,Serdang (1974-1978) dalam jurusan perniagaan pertanian.
Kerjaya
suntingDaud Tarihep menjadi guru sementara di Sekolah Kebangsaan Tambak Jawa ,Jeram, Kuala Selangor (1972-1973), guru di Sekolah Kebangsaan Teluk Gadung, Klang.Beliau juga sempat menjadi guru tuisyen Sekolah Agama Jeram, Kuala Selangor (1972-1978).Seterusnya menjadi Pegawai Kerani di Perbadanan Pembangunan Bandar(UDA) (1973-1974).Pegawai Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) di Klang (Mac 1978 -Okt 1978).Kemudian sebagai Penolong Pengarah Unit Perancang dan Pembangunan Negeri Selangor (Sept 1979-Ogos 1982). Pada Sept 1982 hingga Feb 1983 menjadi Ketua Penolong Setiausaha,kerajaan negeri Selangor(Bahagian Pentadbiran dan Protokol).Menjadi Ketua Penolong Pegawai Daerah Gombak (Mac 1983 -Dis 1986) Seterusnya menjadi Ketua Penolong Pengurus [[Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor(PKPS)(Jan-Jun 1987). Timbalan Ketua Penolong Setiausaha Kementerian Pertanian (Bahagian Ekonomi Pertanian)(Julai 1987-Dis 1990).Kemudian dilantik menjadi Setiausaha Sulit Kanan Kepada Menteri Penerangan Malaysia (Mei 1991-Mac 1998).
Politik
suntingPada 1998 beliau bersara awal dan menyertai perniagaan sendiri dan menjadi Ketua Umno Bahagian Kuala Selangor (2001-2004)dan Pengerusi Penyelaras Barisan Nasional Parlimen Kuala Selangor (2001-2006).Pada 2001, dalam pemilihan Bahagian UMNO beliau berjaya menewaskan Dato Hanafi Suliman dan Haji Jahaya Ibrahim.
Beliau menang pilihan raya pada 2004 dan menjadi ahli parlimen Kuala Selangor (1999-2004-2008).Beliau menewaskan Raja Kamaruddin Raja Abdul Wahid dari Keadilan dengan majoriti 13,662 undi.
Daud Tarihep menjadi Yangf DiPertua Gagasan Suara Rakyat Selangor (Suara) dan Pengerusi Yayasan Sepakat Kuala Selangor.
Rujukan
sunting- ^ Former Kuala Selangor MP Daud Tarihep dies
- ^ Bekas Anggota Parlimen Kuala Selangor Daud Tarihep meninggal dunia
- ^ Bekas Ahli Parlimen Kuala Selangor meninggal dunia
- ^ Bekas Ahli Parlimen Kuala Selangor meninggal dunia
- ^ Bekas Ahli Parlimen Kuala Selangor Meninggal Dunia
- ^ "Former Kuala Selangor MP dies". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-05. Dicapai pada 2018-04-22.