Dr. Mohd Azam Rauzan ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan ADUN Penawar selama sepenggal (2004-2008).

Dr.

Mohd Azam Rauzan
Ahli Dewan Undangan Negeri Johor
untuk Penawar
Dalam jawatan
2004–2008
Didahului olehKawasan ditukar nama daripada DUN Pengerang
Digantikan oleh Hamimah Mansor
MajoritiMenang Tanpa Bertanding (PRU-11)
Butiran peribadi
Parti politik Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
PekerjaanAhli politik

Selaku anggota Jawatankuasa UMNO Bahagian Pulai Dr Mohamed Azam Rauzan dalam satu artikel yang ditulisnya dalam sebuah akhbar tempatan berbahasa Melayu mendakwa perwakilan UMNO selalunya tidak bebas bercakap kerana diminta untuk menjaga imej ketua perhubungan UMNO negeri masing-masing. [1]

Dalam artikel 'Jangan Jadikan Melayu Sebagai Pak Kadok' di Utusan Malaysia pada 13 Mac 2009 , beliau simpati dengan nasib Peniaga-Peniaga Melayu di Danga Bay.Namun Projek Danga Bay terbukti telah memberi banyak faedah kepada seluruh rakyat Johor khususnya warga bandaraya Johor Bahru. Ianya telah menjadi destinasi utama pelancong dan orang awam untuk beriadah, menjamu selera, bersantai disamping membeli belah dengan pelbagai kemudahan dan infratrusktur yang moden. Manakala Ledang Height, Harizon Hill, Waterfront City dan Lido Boulevard kesemuanya itu asalnya memang tiada sebarang penempatan. Projek Pembangunan Waterfront City dan Lido Boulevard merupakan pembangunan di atas air persisiran Pantai Lido.

Hilang kelayakan sebagai doktor

sunting

Pada 23 Februari 2007, kelayakan Azam Rauzan sebagai doktor perubatan terus sahaja dibatalkan kerana kes menolong seorang perempuan mengandung anak luar nikah. Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan ,Tan Sri Dr Ismail Merican menyatakan bahawa beliau menyalahgunakan keistimewaan profesional beliau sebagai seorang pengamal berdaftar dengan menyebabkan maklumat tidak benar diberikan kepada Pejabat Pendaftaran Kelahiran dalam laporan disahkan dan ditandatangani olehnya. Sepatutnya ada rekod empat bayi di klinik beliau di No 7, Jalan Padi Mahsuri 15, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Baru, tetapi rekod di klinik tidak menunjukkan apa-apa catatan sedemikian. Nama Dr Mohd Azam telah dikeluarkan daripada daftar mulai 28 Disember 2007, selepas dia melanggar Seksyen 2.1.4 kod kelakuan profesional majlis perubatan.

Seorang lagi doktor, Dr Albert Lim Kok Hooi telah digantung selama enam bulan dari 10 Oktober 2007 manakala Dr Mohamed Padzil Daros telah ditegur atas sebab-sebab lain. Dr Lim dari Pusat Onkologi Gleneagles , Jalan Ampang, Kuala Lumpur digantung 6 bulan dari 10 Oktober kerana melanggar Seksyen 2.2.4 kod Majlis Perubatan. Beliau telah membuat rayuan terhadap hukuman itu di Mahkamah Tinggi. [2]

Rujukan

sunting
  1. ^ [Aziz gesa Adam bercakap pada perhimpunan agung UMNO]
  2. ^ Doc loses right to practise