Mohd Amar Abdullah
Dato' Sri Amar D'Raja Dato' Haji Mohd Amar bin Haji Abdullah (Jawi: محمد عمار بن عبد الله ) atau lebih mesra Dato' Nik Amar adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panchor, Kelantan bertanding di atas tiket PAS. Di peringkat parti, beliau merupakan Ahli Majlis Syura Ulamak[1] dan Naib Presiden PAS[2]. Di peringkat kerajaan negeri, beliau merupakan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Kelantan.
Mohd Amar Abdullah SJMK, DJMK, JMK (Kelantan) | |
---|---|
Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Kelantan | |
Menyandang jawatan 5 September 2023 | |
Timbalan | Mohamed Farid Mohamed Zawawi |
Didahului oleh | Abdullah Ya'kub |
Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan bagi Panchor | |
Menyandang jawatan 2004 | |
Didahului oleh | Mohd Yusoff Ludin (PAS) |
Timbalan Menteri Besar Kelantan | |
Dalam jawatan 6 Mei 2013 – 15 Ogos 2023 | |
Menteri Besar | Ahmad Yakob |
Didahului oleh | Ahmad Yakob |
Digantikan oleh | Mohamed Fadzli Hassan |
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan | |
Dalam jawatan 2018–2023 | |
Portfolio | Pentadbiran Awam, Pembangunan Wilayah, Kesejahteraan Rakyat dan Integriti |
Menteri Besar | Ahmad Yakob |
Kawasan pilihan raya | Panchor |
Dalam jawatan 2013–2018 | |
Portfolio | akan dikemas kini |
Menteri Besar | Ahmad Yakob |
Kawasan pilihan raya | Panchor |
Dalam jawatan 2008–2013 | |
Portfolio | akan dikemas kini |
Menteri Besar | Nik Abdul Aziz Nik Mat |
Kawasan pilihan raya | Panchor |
Dalam jawatan 2004–2008 | |
Portfolio | akan dikemas kini |
Menteri Besar | Nik Abdul Aziz Nik Mat |
Kawasan pilihan raya | Panchor |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Pengkalan Chepa | |
Dalam jawatan 1995–2004 | |
Didahului oleh | Nik Abdullah Arshad (PAS) |
Digantikan oleh | Abdul Halim Abdul Rahman (PAS) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Mohd Amar bin Abdullah 29 Julai 1959 Kota Bharu, Kelantan |
Parti politik | Parti Islam Se-Malaysia |
Gabungan politik lain | Barisan Alternatif (1999-2004) Pakatan Rakyat (2008-2015) Gagasan Sejahtera (2016-2020) Muafakat Nasional (2019-2022) Perikatan Nasional (sejak 2020) |
Pasangan | Datin Hajah Hasmani binti Haji Hussain |
Ibu bapa Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "[" tidak dikenali |
|
Kediaman | Kota Bharu, Kelantan |
Pekerjaan | Ahli politik |
Latar Belakang Keluarga
suntingNik Amar merupakan anak sulung kepada pasangan Allahyarham Haji Abdullah bin Haji Arshad (yang dikenali sebagai Pak Nik Lah) dan Hajjah Tengku Chik binti Tengku Ibrahim. Ibu Nik Amar merupakan cicit kepada Sultan Muhammad III melalui nendanya YM Tengku Halimah binti Tengku Long Zainal Abidin ibni Sultan Muhammad III.
Beliau diberi gelaran Nik Mat (Nik Mohd) oleh Tok Ku Puan yang mengasuhnya ketika kecil. Masyarakat setempat di Kampung Panchor pula lebih mesra memanggilnya Nik Amar hingga sekarang. Begitu juga ayahandanya yang digelar Pak Nik Lah, diambil dari isteri kepada datuknya Haji Arshad bin Muhammad Tahir bin Tera seorang ulama yang lebih dikenali dengan Tok Ayah Kedah[3] yang berkahwin dengan YM Raja Meriam binti Raja Daud yang berketurunan Raja Jembal.
Dato' Nik Amar mempunyai empat cahaya mata (2 lelaki dan 2 perempuan) hasil perkahwinan bersama Datin Hajjah Hasmani Binti Hussain. Anakanda sulung beliau Taqiyuddin Mohd Amar seorang Hafiz Al-Quran dan pelajar cemerlang di MTAQ Pulai Chondong telah meninggal pada Jun 2004.
Pendidikan
suntingSemenjak kecil Dato' Nik Amar dididik oleh ayahandanya serta tinggal bersama-sama dan mendapat pendidikan awal di Pondok Tok Ayah Kedah, Panchor. Dalam masa yang sama Dato' Nik Amar bersekolah di Sekolah Melayu Majlis (1965 - 1971) dan meneruskan pengajian hingga ke peringkat Sarjana Falsafah (MPhil) di United Kingdom.
- 1965 - 1971 : Sekolah Melayu Majlis - Sekolah Rendah
- 1972 - 1977 : SMU (A) Tarbiah Mardhiah - Sekolah Menengah (6 Bawah)
- 1978 - 1979 : Maahad Muhammadi Lelaki - Sekolah Menengah (6 Atas)
- 1979 - 1983 : Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) - Sarjana Muda Pengajian Islam
- 1985 - 1988 : University of Birmingham, UK - MPhil in Theological Studies
Kerjaya & Politik
suntingSebelum bergiat aktif dalam politik, Dato' Nik Amar merupakan seorang Pensyarah Jabatan Ilmu Wahyu, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Petaling Jaya, Selangor dan sempat berkhidmat selama 10 tahun (1985-1995). Beliau juga sebelum itu pernah menjawat sebagai Penguasa Kastam (Sangkut) selama setahun di Pulau Pinang. Beliau seterusnya dipanggil pimpinan PAS Kelantan untuk bertanding di kerusi Parlimen Pengkalan Chepa dan seterusnya bertanding sebagai ADUN Panchor hingga sekarang. Selain berada dalam Majlis Mesyuarat Negeri Kelantan, Dato' Nik Amar juga merupakan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat serta Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kelantan hingga sekarang.
Keputusan pilihan raya
suntingTahun | Kawasan | Individu | Undian | Lawan | Undian | Peratus Mengundi | Majoriti |
---|---|---|---|---|---|---|---|
1995 | Parlimen Pengkalan Chepa | Nik Mohd Amar Abdullah (PAS) | 20,410 | Ismail Mat (BN-UMNO) | 9,316 | 83.28% | 11,094 |
Yusof Mat (AKIM) | 221 | ||||||
1999 | Parlimen Pengkalan Chepa | Nik Mohd Amar Abdullah (PAS) | 23,765 | Ustaz Mohd Noor Deris (BN-UMNO) | 7,820 | 76.50% | 15,945 |
2004 | DUN Panchor, Kelantan | Nik Mohd Amar Abdullah (PAS) | 7,123 | Zulkifli Dollah (BN-UMNO) | 5,038 | 80.11% | 2,085 |
2008 | DUN Panchor, Kelantan | Nik Mohd Amar Abdullah (PAS) | 9,148 | Dali Husin (BN-UMNO) | 5,711 | 83.18% | 3,437 |
2013 | DUN Panchor, Kelantan | Nik Mohd Amar Abdullah (PAS) | 12,467 | Che Rosli Hassan (BN-UMNO) | 7,431 | 85.10% | 5,036 |
2018 | DUN Panchor, Kelantan | Nik Mohd Amar Abdullah (PAS) | 13,597 | Zarina Md Eusope (BN-UMNO) | 6,309 | 7,288 | |
Hazmi Hassan (PKR-Amanah) | 2,394 |
Anugerah dan pengiktirafan
sunting- Kelantan
- - Setia Jiwa Mahkota Kelantan (JMK) (2006)
- - Darjah Dato' Paduka Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK) - Dato' (2009)
- - Darjah Seri Paduka Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SJMK) - Dato' (2015)
- Gelaran Dato' Bergelar Negeri Kelantan - Dato' Sri Amar D'Raja (2023)[4]
Pautan
suntingRujukan
sunting- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-07-23. Dicapai pada 2016-06-18.
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-10-18. Dicapai pada 2016-06-18.
- ^ Mohd Fadli Ghani (2015). Tok Ayah Kedah : Legasi Ulama dalam Politik Kelantan. Kuala Lumpur: Jundi Resources. m/s. 203. ISBN 9789675968600.
- ^ "Mohd Amar dahului 772 penerima darjah kebesaran Kelantan". Sinar Harian. 30 September 2023. Dicapai pada 30 September 2023.