Mohammad Khatami
Seyed Mohammad Khātamī (Parsi: سید محمد خاتمی , IPA: [sejjed-mohæmmæd-e xɒːtæmiː]) (lahir 29 September 1943, di Ardakan, Wilayah Yazd) ialah seorang cendekiawan dan ahli politik berbangsa Iran yang pernah berkhidmat selaku Presiden Iran yang kelima mulai 2 Ogos 1997 hingga 3 Ogos 2005. Beliau juga berkhidmat sebagai Menteri Kebudayaan Iran pada 1980-an dan 1990-an.
Seyed Mohammad Khatami | |
---|---|
5th Presiden Republik Islam Iran | |
Dalam jawatan 2 Ogos 1997 – 3 Ogos 2005 | |
Naib Presiden | Hassan Habibi (1997 - 2001) Mohammad Reza Aref (2001 - 2005) |
Ketua | Ayatollah Ali Khamenei |
Didahului oleh | Akbar Hashemi Rafsanjani |
Digantikan oleh | Mahmoud Ahmadinejad |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Ardakan, Iran | 29 September 1943
Parti politik | Persatuan Ulama Penempur |
Laman web | Seyyed Mohammad Khatami |
Khatami menarik perhatian sedunia sewaktu julung kali dipilih menjadi presiden, kerana "walaupun kurang dikenali, namun beliau meraih hampir 70% undi."[1] Khatami pernah berkempen untuk menjanjikan liberalisasi dan pembaharuan kepada negaranya. Sepanjang dua penggal memegang jawatan presiden, Khatami mendukung kebebasan bersuara, masyarakat madani yang penuh toleransi, hubungan diplomatik yang membina dengan negara lain termasuk di Kesatuan Eropah dan Asia, serta dasar ekonomi yang menyokong pasaran bebas dan pelaburan asing.
Khatami juga dibidas kerana gagal mencapai matlamat untuk menjadikan Iran lebih bebas dan demokratik. Dalam sepucuk "surat untuk masa hadapan" setebal 47 halaman, Khatami berkata bahawa kerajaan pimpinannya telah mempertahankan prinsip murni, namun beliau sendiri telah melakukan kesilapan serta menghadapi rintangan dari puak yang kurang bertolak ansur dalam pentadbiran ulama ini.[2]
Rujukan
suntingPautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Mohammad Khatami |
Wikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai: Mohammad Khatami |
Templat {{Wikinews}} memerlukan suatu pautan pada suatu rencana. Untuk memautkan suatu kategori, gunakan {{Wikinews category}}.
- (Parsi) Laman web rasmi Mohammad Khatami
- Khatami's International Institute for Dialogue among Cultures & Civilizations Diarkibkan 2007-07-17 di Wayback Machine
Didahului oleh Akbar Hashemi Rafsanjani |
Presiden Iran 1997–2005 |
Diikuti oleh: Mahmoud Ahmadinejad |