Mohammad Abu Tir
Mohammad Abu Tir (Arab: محمد أبو طير , juga dikenali sebagai Syeikh Abu Musaab) ialah seorang ahli politik Palestin.[1] Beliau ialah anggota Hamas dan menjadi perwakilan dalam Majlis Perundangan Palestin bagi kawasan Baitulmaqdis Timur. Beliau terpilih selepas memenangi pilihan raya perundangan Palestin yang diadakan pada 25 Januari 2006. Mohammad Abu Tir dikenali dengan janggutnya yang diinaikan bewarna jingga cerah yang membezakannya dengan kebanyakan ahli politik dan anggota masyarakatnya.[2] Beliau lebih memilih untuk tidak menonjolkan diri di media[3] sehingga beliau ditempatkan dalam penjara Israel selama empat tahun: Pada 29 Jun 2006, Mohammad Abu Tir ditahan tentera Israel semasa konflik Israel-Gaza 2006. Beliau dipenjara sehingga Jun 2010,[4] selepas Israel memerintah beliau untuk meninggalkan negara kerana beliau tidak mahu meletak jawatan daripada menjadi ahli badan perundangan. Pada Jun 2010, beliau ditahan semula selepas gagal untuk meninggalkan Baitulmaqdis Timur.[5]
Mohammad Abu Tir | |
---|---|
محمد أبو طير | |
Ahli Majlis Perundangan Palestin | |
Menyandang jawatan Januari 2006 | |
Kumpulan parlimen | Blok Perubahan dan Pembaharuan |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Mohammad Mahmud Hassan Abu Tir محمد محمود حسن أبو طير 1951 (umur 72–73) Ummu Tuba, Baitulmaqdis Timur, Tebing Barat |
Kewarganegaraan | Palestin |
Parti politik | Hamas |
Gabungan politik lain | Fatah (awal 1970-an) |
Pekerjaan | Ahli politik |
Rujukan
sunting- ^ Profile of the Hamas movement Diarkibkan 23 Februari 2006 di Wayback Machine Intelligence and Terrorism Information Center at the Center for Special Studies, 12 February 2006
- ^ Hamas' hair apparent, Haaretz
- ^ Palestinian Elections / Hamas No. 2: `We understand politics; we'll negotiate better than others' Haaretz, 15 January 2006
- ^ Hamas threatens Israel over Abu Tir expulsion
- ^ Israel arrests Hamas official for failing to leave East Jerusalem Haaretz, 30 June 2010