Mohamed Sukri Omar

ahli politik Malaysia

Ustaz Mohamed Sukri Omar (Jawi: محمد شكري بن عمر ) merupakan ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau juga adalah Pendakwah dan Guru Agama Islam. Beliau merupakan Pengarah Pilihanraya Pemuda PAS Malaysia (2023-2025), Ketua Pemuda PAS Negeri Selangor (2021-2025), Ketua Pemuda Perikatan Nasional Selangor (2021-2025), Yang Dipertua PAS Kawasan Shah Alam (2023-Kini) dan Ketua Badan Perhubungan Perikatan Nasional Kawasan Shah Alam (2023-Kini).

Ustaz
Mohamed Sukri Omar
Pengarah Pilihanraya Pemuda PAS Malaysia
Menyandang jawatan
2023
Didahului olehMohd Hafez Sabri
Ketua Pemuda PAS Selangor
Menyandang jawatan
2021
Didahului olehHanafi Zulkapli
Ketua Pemuda Perikatan Nasional Selangor
Menyandang jawatan
2022
Didahului olehHanafi Zulkapli
Yang Dipertua PAS Kawasan Shah Alam
Menyandang jawatan
2023
Didahului olehDr Fuad Salleh
Ketua Badan Perhubungan Perikatan Nasional Kawasan Shah Alam
Menyandang jawatan
2023
Didahului olehDr Fuad Salleh
Maklumat peribadi
LahirPahang Beserah, Kuantan, Pahang
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia
Gabungan politik
lain
Perikatan Nasional (2020-kini)
PasanganZainab binti Omar
AnakSafiyya Mohamed Sukri & Muhammad Muaz Mohamed Sukri
Kediaman Selangor
Tempat belajarUniversiti Teknologi Malaysia (MPhil)
PekerjaanGuru Agama, Pendakwah & Ahli Politik
Laman webwww.sukriomar.com

Latar belakang Peribadi & Pendidikan

sunting

Mohamed Sukri Omar berasal dari Beserah, Kuantan, Pahang. Permulaan beliau menuntut ilmu agama bermula di Sekolah Agama Masjid Jamek Beserah.

Beliau mendapat pendidikan rendah serta mengambil peperiksaan UPSR dan UPSRI (Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah Islam) di Sekolah Rendah Islam Al-Irsyad, Kuantan.

Seterusnya beliau menyambung ke peringkat menengah di Sekolah Menengah Islam Al-Irsyad, Kuantan dan memperolehi Syahadah Diniyyah Khossoh dan Sijil Pelajaran Malaysia.

Beliau kemudiannya melanjutkan pengajian diperingkat Diploma dan berjaya menamatkan pengajian dan memperolehi Diploma Pengurusan Perniagaan dan Minor Pengajian Islam di Kolej Jamiah Islamiah Putra atau Kolej JAIPUTRA (kini Kolej Uniti Kota Bharu).

Sewaktu menuntut di Kolej JAIPUTRA beliau mengambil kesempatan untuk menuntut ilmu di Pondok Pasir Tumboh dengan melazimi pengajian disana sewaktu lapang dan cuti semester .

Kemudiannya beliau melanjutkan pengajian ke Sana'a, Yaman selama 5 tahun dan berjaya mendapatkan Ijazah Pengajian Ilmu-ilmu Islam, Ijazah At-Tadris (Keizinan Mengajar) dan ijazah sanad kutub sittah daripada Syeikh Qassim Al-Bahr Al-Yamani di sana[1].

Seterusnya beliau menyambung pengajian di peringkat sarjana dan berjaya memperolehi Sarjana Falsafah (MPhil), (Dakwah & Kepimpinan) dari Akademi Tamadun Islam, Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor Darul Takzim. Tesis Sarjana Falsafah beliau bertajuk “Pemikiran Politik Islam Sheikh Abdul Qadir Al-Mandili”.

Guru-Guru

sunting

Antara guru-guru yang pernah lazimi sewaktu menuntut ilmu di Sana'a Republik Yaman

  • Sheikh Qassim Al-Bahr
  • Sheikh Sulaiman Al-Ahdal
  • Sheikh Dr Hassan Al-Ahdal
  • Sheikh Dr Ghassan Hamdun
  • Sheikh Dr Muhammad Mahmud As-Siyam
  • Sheikh Dr. Ali Jarisyah

Dan ramai lagi yang beliau pernah hadiri majlis ilmu mereka diantara Dr Abdul Majid Al-Zindani, Qodi Al-‘Amrani dan lain-lain

Beliau juga sempat menziarahi dan bertemu Dr Abdul Karim Zaidan

Kerjaya

sunting
  • Mutawwif Umrah dan Haji
  • Pernah bertugas sebagai Graduate Research Assistant (GRA), Universiti Teknologi Malaysia (2019-2022)
  • Pendidik
  • Guru agama bertauliah

Penglibatan dalam parti politik

sunting

Penglibatan awal dalam politik bermula dengan pendaftaran beliau sah sebagai ahli Parti Islam Semalaysia (PAS) pada 10 Oktober 2004. Beliau aktif dengan PAS dari remaja sehingga kini.

Jawatan terkini beliau di peringkat parti politik :

  1. Pengarah Pilihanraya Pemuda PAS Malaysia (2023-2025)
  2. Ketua Pemuda PAS Negeri Selangor (2021-2025)
  3. Yang Dipertua PAS Kawasan Shah Alam (2023-Kini)
  4. Ahli Jawatankuasa, Jabatan Pilihanraya PAS Pusat (2023-2025)
  5. Timbalan Pengarah Pilihanraya Pemuda Perikatan Nasional (2024-2025)
  6. Ketua Pemuda Perikatan Nasional Selangor (2021-2025)
  7. Ketua Badan Perhubungan Perikatan Nasional Kawasan Shah Alam (2023-Kini)

Beliau juga pernah di amanahkan sebagai :

  1. AJK Lajnah Dakwah PAS Pusat (Sesi 2021/2023)
  2. Timbalan Pengarah Jabatan Pembangunan Mahasiswa, Dewan Pemuda PAS Malaysia (Sesi 2021/2023)
  3. Timbalan Ketua Pemuda Perikatan Nasional Negeri Selangor bermula (28 April 2021 - 15 Febuari 2022)
  4. Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Selangor (2019/2021)
  5. Ketua Sektor Sumber Manusia dan Latihan Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor sesi (2019/2021)
  6. Pemangku Ketua Sektor Pendidikan Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor sesi (2019/2021)
  7. Ketua Penerangan Pemuda PAS Negeri Selangor sesi (2017/2019)
  8. Ahli Jawatankuasa, Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor pada sesi (2015/2017)
  9. Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan Shah Alam sesi (2021/2023)

Pernah aktif di Parlimen Pandan dan dilantik untuk beberapa jawatan parti di Parlimen tersebut, antaranya:

  • Ketua Pemuda, Dewan Pemuda PAS Kawasan Pandan (2017-2019)
  • Ahli Jawatankuasa Kerja, PAS Kawasan Pandan (2015-2020)
  • Timbalan Pengarah Jabatan Pilihanraya Parlimen (JPRP) Pandan, PAS Kawasan Pandan (2017-2019)
  • Naib Ketua Urusan Ulamak, PAS Kawasan Pandan (2015-2017)
  • Pengerusi Tetap, Dewan Pemuda PAS Kawasan Pandan (2019-2020)
  • Ahli Jawatankuasa, Dewan Pemuda PAS Kawasan Pandan (2015-2017)
  • Ahli Jawatankuasa, Dewan Ulamak PAS Kawasan Pandan (2013-2020)
  • Ketua Cawangan PAS Taman Bukit Permai, Pandan. (2017-2020)

Penglibatan Calon Pilihanraya

sunting

Pada Pilihan raya negeri Selangor 2023 beliau bertanding di Dewan Negeri Kota Anggerik (kawasan negeri) mewakili Perikatan Nasional tetapi tewas.

Pada pilihan raya umum Malaysia 2018, beliau juga telah bertanding di Parlimen Pandan mewakili PAS tetapi tewas.

Keputusan Pilihan Raya

sunting
  • Parlimen
Tahun Parlimen Calon Parti Undi Lawan Parti Undi Jumlah undi Majoriti
2018 Pandan Sukri Omar PAS 8,336 Wan Azizah Wan Ismail PH (PKR) 64,733 85,744 52,543
Leong Kok Wee BN (MCA) 12,190
Lee Ying Ha PRM 442
Mohd Khairul Azam Abdul Aziz BEBAS (RUMAH) 73
  • Dewan Negeri Selangor
Tahun DUN Calon Parti Undi Lawan Parti Undi Jumlah undi Majoriti
2023 Kota Anggerik Sukri Omar PN (PAS) 27,636 Najwan Halimi PH (PKR) 38,470 68,737 10,834
Azad Akbar MUDA 2,631

Aktivisme Sewaktu Mahasiswa & Pelajar

sunting
  • Ahli Majlis Penasihat, Persatuan Pelajar Malaysia Yaman (PERMAYA) (2011-2012)
  • Timbalan Presiden, Persatuan Pelajar Malaysia Yaman (PERMAYA) (2010-2011)
  • Pengerusi Lembaga Disiplin, Persatuan Pelajar Malaysia Yaman (PERMAYA) (2010-2011)
  • Ahli Majlis Perwakilan Pelajar Kolej JAIPUTRA (2005-2006)
  • Ketua Pelajar, Sekolah Menengah Islam Al-Irsyad, Kuantan, Pahang (2002)

Pautan luar

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Soal jawab dengan Ustaz Muhammad Sukri Omar, 13 Disember 2020.