Mohamed Hanipa Maidin
Yang Berhormat Tuan Mohamed Hanipa Maidin adalah bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Amanah Negara. Beliau merupakan Ahli Parlimen Sepang, Selangor bertanding di atas tiket PKR bagi mewakili Pakatan Harapan (sebelum itu PAS). Di peringkat parti, beliau merupakan AJK Tertinggi Parti Amanah Negara.
YB Mohamed Hanipa Maidin AP | |
---|---|
Ahli Parlimen Malaysia bagi Sepang, Selangor | |
Dalam jawatan 2013 – 10 Oktober 2022 | |
Didahului oleh | Mohd Zin Mohamed |
Digantikan oleh | Raj Munni Sabu |
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) | |
Dalam jawatan 16 Julai 2018 – 24 Februari 2020 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | Mahathir Mohamad |
Menteri | Liew Vui Keong |
Didahului oleh | Razali Ibrahim |
Digantikan oleh | Yang Berhormat Dato' Eddin Syazlee Shith |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Mohamed Hanipa bin Maidin 1969 (umur 55–56) Batu Pahat, Johor, Malaysia |
Parti politik | AMANAH (2015-kini) PAS (-2015) |
Gabungan politik lain | Pakatan Harapan |
Pasangan | Siti Rohani Rohmat[1] |
Kediaman | Selangor |
Bidang pengkhususan | Peguam |
Pilihan raya
suntingDalam Pilihan raya 2008, Noh Omar mendapat 16073 undi sementara Mohamed Hanipa Maidin PAS mendapat 12,253 undi.
Dalam Pilihan raya 2013, Mohamed Hanipa Maidin bertanding di Parlimen Sepang mendapat 36774 undi mengalahkan Mohd Zin bin Mohamed (BN) dengan 1104 majoriti.[2]
Perbicaraan
sunting- Beliau menjadi peguam kepada Ahmad Yunus Hairi. Pada 29 Julai 2010, Mahkamah Sesyen Klang merekodkan bahawa Datuk Abdul Fatah Iskandar, akhbar Berita Harian dan kumpulan NSTP Press hendaklah membayar gantirugi RM55,000 tanpa pengakuan liabiliti kepada Dr Ahmad Yunus.
- # Beliau menjadi peguam kepada Ahmad Lutfi Othman melawan Syabas . Mahkamah Rayuan memerintahkan Syabas membayar RM60,000 kepada Ahmad Lutfi dan Fahdah.
Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang)
suntingPautan luar
suntingRujukan
sunting- ^ Senarai Timbalan Menteri dan pasangan
- ^ "Maklumat calon Parlimen Sepang". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-01. Dicapai pada 2018-09-01.