Mohamad Taufek Abd Ghani
Dato' Haji Mohamad Taufek Abd Ghani (Jawi: محمد توفيق عبد الغني , lahir 30 September 1968) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan EXCO Negeri Sembilan (2018-2023) dan mantan ADUN Paroi selama dua penggal (2008-2013,2018-2023).
Mohamad Taufek Abd Ghani DPNS (Negeri Sembilan) | |
---|---|
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan | |
Dalam jawatan 23 Mei 2018 – 30 Jun 2023 | |
Portfolio | Pembangunan Belia dan Sukan |
Menteri Besar | Aminuddin Harun |
Kawasan pilihan raya | Paroi |
Ahli Dewan Undangan Negeri Sembilan bagi Paroi | |
Dalam jawatan 18 Mei 2018 – 30 Jun 2023 | |
Didahului oleh | Mohd Ghazali Abdul Wahid |
Digantikan oleh | Kamarol Ridzuan Md Zain |
Majoriti |
|
Dalam jawatan 8 Mac 2008 – 13 April 2013 | |
Didahului oleh | Bibi Sharliza Mohd Khalid |
Digantikan oleh | Mohd Ghazali Abdul Wahid |
Majoriti |
|
Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara Negeri Sembilan | |
Dalam jawatan 2016–2019 | |
Didahului oleh | jawatan diwujudkan |
Digantikan oleh | Muhammad Zaki Md Sabri |
Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan | |
Dalam jawatan 2009–2015 | |
Didahului oleh | Zulkefly Mohamad Omar |
Digantikan oleh | Mustaffa Daharun |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Rembau, Negeri Sembilan | 30 September 1968
Parti politik | Parti Amanah Negara (Bermula 2015) Parti Islam Se-Malaysia (sehingga 2015) |
Pasangan | Datin Mahani Musa |
Pertalian | Berkahwin |
Anak | 4 |
Kediaman | Taman Marida, Seremban |
Kehidupan awal
suntingLahir pada 30 September 1968. Berasal dari Kampung Pulau Bintongan, Rembau, Negeri Sembilan.
Keluarga
suntingBeliau berkahwin dengan Mahani Musa (seorang guru) dan dikurniakan 4 orang anak. Anak sulung dan anak kedua beliau merupakan pasangan kembar, Muhammad Syukri (lahir 1997) dan Muhammad Sobri (lahir 1997). [1]
Pendidikan
suntingMula belajar di Sekolah Rendah kebangsaan King George V, Seremban (1975-1980) kemudian Sekolah Menengah King George V, Seremban (1981 - 1983). Beliau kemudiannya berpindah ke Maktab Rendah Sains MARA Seremban dan belajar selama dua tahun (1984 - 1985). Beliau menyambung pelajaran ke peringkat matrikulasi di Maktab Matrikulasi UKM, Kulim selama dua tahun (1986 - 1987) sebelum melanjutkan pelajaran ke Universiti Kebangsaan Malaysia dalam Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia sehingga tahun 1992.
Penglibatan dalam Politik
suntingBeliau cukup aktif dalam Politik semenjak bergelar mahasiswa lagi. Beliau pernah bertugas sebagai Ketua Jawatankuasa (EXCO) Tugas-tugas Khas, Jabatan Kebajikan Siswa/i (JAKSA) Kamsis Ungku Omar (sekarang dikenali sebagai Kolej Ungku Omar (1990-1991). Beliau kemudiannya menggalas tanggungjawab sebagai Ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Pada tahun 2003, beliau telah dilantik menjadi Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan sehingga tahun 2005. Seterusnya, pada tahun 2005, beliau telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan, sekaligus sebagai Timbalan Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Negeri Sembilan. Beliau berkhidmat dalam kedua-dua jawatan tersebut sehingga 2007.
Pada tahun 2007 sehingga 2009, beliau telah terpilih sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan. Ekoran daripada itu, beliau turut diberi taklifan (tanggungjawab) sebagai Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Negeri Sembilan. Beliau turut menjawat sebagai Pengerusi Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar Dewan Pemuda PAS Pusat, merangkap EXCO Dewan Pemuda PAS Pusat.
Pada tahun 2009, beliau terus menaiki anak tangga perubahan selepas dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan. Selain itu, beliau berkhidmat juga sebagai Ahli Jawatankuasa PAS Pusat setelah dilantik oleh Pimpinan PAS Pusat selepas Pemilihan PAS bagi sesi 2009-2011.
Di peringkat akar umbi, beliau telah dilantik sebagai Yang Dipertua PAS Kawasan Rembau, Negeri Sembilan pada 2008. [2]
Pada 12 Jun 2011, beliau telah dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan yang baharu. Beliau mendapat maklumat perlantikan sebagai Pesuruhjaya Negeri Sembilan yang baru bagi menggantikan Zulkefly Mohamad Omar ketika berada di atas kapal untuk menyeberangi Selat Bosporus di Istanbul, semasa menyertai delegasi Malaysia ke Turki bagi meninjau perkembangan pilihanraya Turki. [3]
Pengalaman Pekerjaan
suntingBeliau pernah bertugas sebagai Jurutera Pengeluaran di Hualon Corporation (M) Sdn Bhd yang beroperasi di Melaka pada 1992 hingga 1995. Selain itu, beliau turut pernah bertugas sebagai Jurutera Kanan di Samsung Corning (M) Sdn Bhd yang beroperasi di Seremban, Negeri Sembilan.
Dalam tempoh bertugas, beliau pernah menjalani latihan bekerja di Korea (1996 & 2004) dan pernah bertugas di Nepal, Korea dan Bangladesh sepanjang 2004-2006.
Penglibatan dalam Masyarakat
suntingBadan Bukan Kerajaan
suntingBeliau aktif dalam aktiviti kemasyarakatan. Beliau pernah menjadi Timbalan Pengerusi Surau An-Nur, Kampung Pulau Bintongan, Rembau pada 2001-2002. Pada tahun 2006, beliau berkhidmat sebagai Ahli Jawatankuasa Madrasah Tuan Haji Abdul Rahman Ali (Dikenali juga sebagai Madarasah Kampung Selemak, Rembau) selama dua tahun (2007).
Antara jawatan lain yang disandang oleh beliau ialah Pengerusi Kelab Angkasa Malaysia Negeri Sembilan (2007-2008), Ahli Jawatankuasa Yayasan Amal Malaysia (2006-2008), dan Ahli Jawatankuasa Teras Pengupayaan Melayu (2005-2008).
Pilihan raya
suntingTahun | Kawasan | Individu | Undi | Lawan | Undi | Peratusan Mengundi | Majoriti |
---|---|---|---|---|---|---|---|
2008 | DUN Paroi | Mohamad Taufek Abd Ghani (PAS) | 9,423 | Zaharudin Mohd Shariff (BN-UMNO) | 8,316 | 78.39% | 1,107 |
2013 | DUN Paroi | Mohamad Taufek Abd Ghani (PAS) | 12,712 | Mohd Ghazali Abd Wahid (BN-UMNO) | 14,896 | 87.90% | 2,184 |
2018 | DUN Paroi | Mohamad Taufek Abd Ghani (Amanah) | 16,038 | Mohd Ghazali Abd Wahid (BN-UMNO) | 11,197 | 4,841 | |
Masita Mohamed Ali (PAS) | 3,499 |
Anugerah
suntingRujukan
sunting- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-07-02. Dicapai pada 2013-05-01.
- ^ http://calonpasn9.blogspot.com/2008/02/calon-rakyat-untuk-rakyat.html
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-09-10. Dicapai pada 2013-05-03.
Pautan luar
sunting- Laman Blog Rasmi Tuan Haji Mohamad Taufek Abd Ghani Diarkibkan 2013-05-08 di Wayback Machine
- Laman Blog Rasmi PAS Negeri Sembilan
Penyandang Terdahulu | ADUN Paroi 2004 hingga 2008 – Kini |
Penyandang Kemudian |
Bibi Sharliza Mohd Khalid | Mohd Ghazali Abd Wahid |
Penyandang Terdahulu | Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan 2007 hingga 2011 – 2011 hingga 2013 |
Penyandang Kemudian |
Zulkefly Mohamad Omar | Mustaffa Daharun |