Mohamad Shafiq Abdul Halim

Mohamad Shafiq bin Abdul Halim (Jawi: محمد شافيق بن عبدالحاليم; lahir 10 Februari 1991), atau nama samarannya Tom Riddle, ialah ahli politik dan bekas polis Malaysia yang pernah dilantik sebagai Pegawai Penyelidik kepada Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saifulruddin Wan Jan pada tahun 2022 hingga perletakan jawatannya pada 2023.[1] Beliau juga pernah bertugas sebagai Penolong Pegawai Tadbir di Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM). Beliau merupakan ahli BERSATU di sayap Pemuda BERSATU.

Mohamad Shafiq Abdul Halim
محمد شافيق عبدالحاليم
Mohamad Shafiq pada 2023
Pegawai Penyelidik
kepada Ahli Parlimen Tasek Gelugor
Dalam jawatan
21 Disember 2022 – Disember 2023
Ahli ParlimenWan Saifulruddin Wan Jan
Maklumat peribadi
Lahir
Mohamad Shafiq bin Abdul Halim

(1991-02-10) 10 Februari 1991 (umur 33)
Pendang, Kedah, Malaysia
Parti politikPertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)
(2009–2020)
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU)
(2020–kini)
Gabungan politik
lain
Barisan Nasional (BN)
(2009–2020)
Perikatan Nasional (PN)
(2020–kini)
PasanganShareedah Begam Syed Sabaras Khan (k. 2011)
Anak4
PendidikanSK Jitra
SMK Bandar Baru Darul Aman
Tempat belajarUniversiti Malaya (Dip Eks)
PekerjaanAhli politik
Nama panggilanTom Riddle

Kehidupan awal dan pendidikan

sunting

Mohamad Shafiq bin Abdul Halim dilahirkan di Pendang, Kedah, Malaysia pada 10 Februari 1991. Beliau merupakan anak kedua daripada lima adik-beradik. Beliau mendapat pendidikan awal di SK Jitra dan SMK Bandar Baru Darul Aman. Beliau merupakan ahli kepada Kelab Ragbi Darulaman. Beliau telah menerima Diploma Eksekutif (Dip Eks) Teknologi Maklumat daripada Universiti Malaya (UM) pada tahun 2019.

Kerjaya kepolisan

sunting

Mohamad Shafiq pernah berkhidmat sebagai anggota polis dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada tahun 2012 hingga 2018. Beliau memulakan latihan beliau sebagai Konstabel Pelatih di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuching, Sarawak pada Jun 2012. Beliau memulakan tugasan kepolisan beliau sebagai Konstabel Operasi Risikan Jenayah 1, Cawangan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sarikei, Sarawak pada November 2012 hingga April 2014. Kemudian, beliau dipindahkan ke Klang, Selangor sebagai Konstabel Pemandu (Operasi) 24, Cawangan Pengankutan, IPD Klang Utara dan seterusnya ditempatkan sebagai Lans Koperal (L/KPL) dalam Pengurusan Aset Kerajaan pada 2014 hingga 2018. Tugas akhir beliau adalah sebagai pangkat Lans Koperal dan ditugaskan di Bahagian Tugas-Tugas Khas di Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Bukit Aman pada 2018 hingga 2019. Beliau menerima anugerah Sijil Penghargaan Ketua Polis Negara (Sumbangan Inovasi) daripada Tan Sri Dato' Sri Mohamad Fuzi Harun pada tahun 2018.

Kerjaya politik

sunting

Permulaan Karier Politik

Mohamad Shafiq bin Abdul Halim memulakan perjalanan politiknya dengan menyertai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) pada tahun 2009. Sebagai seorang aktivis muda yang bersemangat, beliau aktif dalam Pergerakan Pemuda UMNO dan memberikan sokongan padu kepada kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak. Kegigihan dan dedikasi beliau dalam memperjuangkan agenda Nasionalisme Melayu telah menarik perhatian ramai. Selain itu, komitmennya terhadap nilai-nilai Islam turut mendorongnya untuk menyertai Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) [No ahli: 2014/K-AS/L9538] pada tahun 2014, di mana beliau aktif menyumbang kepada pelbagai program dan aktiviti yang dianjurkan oleh pertubuhan tersebut.

Transisi dan Peranan dalam BERSATU

Seiring dengan dinamika politik Negara, Mohamad Shafiq membuat keputusan strategik untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pada 15 Oktober 2020 selepas tular surat UMNO memberi sokongan kepada Pakatan Harapan. Beliau aktif dalam Pemuda BERSATU dan pernah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Jabatan Penerangan BERSATU Malaysia, menunjukkan kepercayaan pimpinan parti terhadap potensinya sebagai seorang pemimpin muda yang berwibawa. Pengalamannya dalam dunia politik semakin terasah melalui pengalaman beliau sebagai Timbalan Pengarah Penganjuran Kempen Pilihanraya pada Pilihan raya negeri Johor 2022, Pengarah Politik Kempen Perikatan Nasional (PN) bagi Parlimen P42 Tasek Gelugor pada Pilihan raya umum Malaysia 2022 dan Pengurus Kempen PN bagi Dun N34 Lunas pada Pilihan raya negeri Kedah 2023. Beliau juga terlibat dalam menjalankan kajian penyelidikan dan merangka naratif kempen Perikatan Nasional (PN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) N06 Kuala Kubu Bharu dan N20 Sungai Bakap.

Pengalaman dalam pentadbiran kerajaan

Selain aktif dalam arena politik, Mohamad Shafiq juga memiliki pengalaman berkhidmat dalam sektor awam kerajaan. Beliau pernah berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Penerangan di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Penolong Pegawai Tadbir di Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), dimana telah memberikan beliau pendedahan yang luas mengenai mekanisme pentadbiran Negara. Pengalaman ini telah menyumbang kepada pemahaman beliau yang lebih mendalam terhadap dasar-dasar kerajaan dan cabaran yang dihadapi oleh Negara.

Pengalaman sebagai Pegawai Penyelidik Parlimen

Pada Disember 2022, Mohamad Shafiq mencapai satu lagi pencapaian penting dalam karier politiknya apabila dilantik sebagai Pegawai Penyelidik kepada Ahli Parlimen Tasek Gelugor dan Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Wan Saifulruddin Wan Jan. Peranan ini membolehkan beliau terlibat secara langsung dalam proses pembuatan keputusan dan penyampaian maklumat kepada masyarakat. Beliau telah memainkan peranan yang penting dalam merangka strategi komunikasi dan menguruskan pelbagai program yang dianjurkan oleh parti.

Aspirasi Masa Depan

Dengan latar belakang pendidikan yang kukuh, pengalaman dalam sektor awam dan politik, serta semangat yang kental untuk berkhidmat kepada masyarakat, Mohamad Shafiq dilihat sebagai salah seorang pemimpin muda yang berpotensi untuk membawa perubahan positif kepada Negara. Keputusan beliau untuk bertanding dalam Pemilihan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sebagai calon Exco ARMADA Nasional pada tahun 2024 menunjukkan komitmen beliau yang berterusan untuk menyumbang kepada pembangunan Negara.

Meskipun tidak berhasil meraih kemenangan dalam pemilihan tersebut, Mohamad Shafiq tetap teguh dengan pendiriannya untuk berbakti kepada Negara dan rakyat. Kegagalan bukanlah penghalang baginya untuk terus berjuang demi mencapai visi dan misi yang dicita-citakan. Dengan semangat yang kian membara, beliau terus aktif dalam arena politik, memberikan sumbangan yang bernilai kepada parti dan masyarakat.

Kontroversi dan isu

sunting

Tuduhan rasuah RM10 juta kepada Wan Saiful Wan Jan oleh SPRM

sunting

Pada 21 Februari 2024, Mohamad Shafiq di perkarangan Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur telah mengeluarkan kenyataan di penstriman langsung (live stream) laman TikToknya bahawa bekas majikannya, Datuk Wan Saifulruddin Wan Jan telah ditawarkan RM10 juta oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menganiaya Tan Sri Dato' Muhyiddin Yassin, Presiden BERSATU.[2] Beliau kemudiannya menarik balik kenyataan tersebut dan ingin mengesahkan balik tuduhan tersebut kepada Datuk Wan Saifulruddin Wan Jan. Beliau juga mengeluarkan kenyataan permohonan maaf kepada SPRM.[3]

Pada Mac 2024, Mohamad Shafiq telah ditahan oleh SPRM dan disoal siasat atas video pendek berdurasi 44 saat yang telah diedit dan dikeluarkan oleh akaun Twitter Wan Normuliyani Wan Mansor (@lady_bugg11).[4][5] Pada 7 Mac, beliau telah dihadapkan ke Mahkamah Seksyen atas pertuduhan tersebut di hadapan Hakim Suzana Hussin. Walau bagaimanapun, beliau mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan. Mohamad Shafiq didakwa melakukan kesalahan itu di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya pada 3 Mac lepas mengikut Seksyen 48(c) Akta SPRM 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 69 akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Beliau diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan melaporkan diri sebulan sekali di pejabat SPRM berdekatan selain pasport diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.[6]

Kehidupan peribadi

sunting

Mohamad Shafiq telah berkahwin dengan Shareedah Begam Syed Sabaras Khan pada 15 Mei 2011 dan mereka berdua telah dikurniakan dengan empat orang anak.

Anugerah

sunting

Anugerah lain

sunting
  •   Polis Diraja Malaysia :
    • Sijil Penghargaan Ketua Polis Negara (Sumbangan Inovasi) (2018)
    • Sijil Penghargaan Ketua Polis Selangor (Sumbangan Inovasi)

Rujukan

sunting

Pautan luar

sunting