Modulus keanjalan ialah suatu nilai yang menentukan rintangan suatu bahan untuk dibengkokkan secara elastik, iaitu secara tidak kekal dan boleh kembali semula ke bentuk asal di bawah daya tegasan. Suatu bahan dengan nilai modulus keanjalan yang lebih tinggi membawa kepada kekakuan yang lebih tinggi. Secara asas, modulus keanjalan ditakrifkan seperti yang berikut:

di mana σ ialah tegasan, yakni nisbah daya yang dikenakan terhadap objek kepada luas permukaan yang dikenakan daya dan ε ialah terikan, yakni nisbah perubahan saiz objek akibat daya yang dikenakan dengan saiz asal objek. Suatu modulus keanjalan juga boleh diambil daripada nilai kecerunan lengkung tegasan-terikan pada bahagian elastik.[1]

Modulus utama

sunting

Terdapat tiga jenis modulus keanjalan utama, yakni:

  • Modulus Young, E yang menilai keanjalan tegangan yang ditentukan oleh nisbah tegasan tegangan kepada terikan tegangan.
  • Modulus ricih, G atau μ yang menilai keupayaan objek mengalami kericihan dan ditentukan oleh nisbah tegasan ricih kepada terikan ricih.
  • Modulus pukal, K yang menilai keanjalan volumetrik, yakni keanjalan apabila daya dikenakan dari semua arah yang ditentukan oleh nisbah tegasan volumetrik kepada terikan volumetrik.

Modulus lain

sunting

Selain modulus di atas, terdapat juga beberapa jenis modulus keanjalan lain seperti nisbah Poisson, parameter pertama Lamé dan modulus gelombang-P.

Rujukan

sunting
  1. ^ Askeland, Donald R.; Phulé, Pradeep P. (2006). The science and engineering of materials (ed. 5th). Cengage Learning. m/s. 198. ISBN 978-0-534-55396-8.