Kad SIM

kad pintar untuk peranti mudah alih
(Dilencongkan daripada Modul pengenalan pelanggan)

Modul pengenalpastian pelanggan (bahasa Inggeris: subscriber identification module), juga dikenali sebagai Kad SIM, merupakan litar bersepadu yang menyimpan dengan selamat Identiti Pelanggan Mobil Antarabangsa (International Mobile Subscriber Identity, IMSI) dan kunci keselamatan berkait yang digunakan bagi mengenalpasti dan mengesahkan pelanggan pada peranti telefon mudah alih, seperti telefon bimbit, tablet, dan komputer. Ia juga merupakan cip ingatan mudah alih yang digunakan bagi kebanyakan telefon sel yang beroperasi pada jaringan Sistem Sejagat bagi Komunikasi Mobil (Global System for Mobile Communications, GSM).

Kad SIM mini
Kad SIM mini bersebelahan dengan penyambung elektrik pada Nokia 6233
Kad SIM Tanpa Wayar TracFone tidak mempunyai penanda tersendiri syarikat pengeluar dan hanya ditandakan sebagai "KAD SIM"

Spesifikasi

sunting

Litar SIM terbenam pada kad plastic boleh alih. Kad plastic ini dipanggil "kad SIM" dan boleh dialih antara dua jenis peranti mudah alih. Kad SIM pada awalnya dibuat sama saiz seperti kad kredit (85.60 mm × 53.98 mm × 0.76 mm). Pembangunan bagi peranti mobil lebih kecil secara fizikal mendorong pada pembangunan kad SIM lebih kecil, kad SIM mini. Kad SIM mini memiliki ketebalan yang sama seperti kad bersaiz penuh, tetapi lebar dan panjangnya dikurangkan pada 25 mm × 15 mm.

Kad SIM mengandungi nombor siri uniknya (ICCID), Identiti Pelanggan Mobil Antarabangsa (International Mobile Subscriber Identity, IMSI) dan kunci keselamatan berkait yang digunakan bagi mengenalpasti dan mengesahkan pelanggan, maklumat sementara berkaitan dengan rangkaian tempatan, senarai perkhidmatan yang boleh dicapai pengguna serta dua kata laluan: nombor pengenalan diri (personal identification number, PIN) kegunaan biasa dan personal unblocking code (PUK) untuk menyahkunci PIN.

Kad ini mengandungi maklumat peribadi berkenaan pemegang akaun, termasuk nombor telefonnya, buku alamat, perutusan teks, dan data yang lain. Apabila pengguna ingin menukar telefon, dia hanya perlu mengalihkan kad dari satu telefon tangan dan memasukkannya dalam telefon bimbit yang lain. Kad SIM adalah mudah dan popular dikalangan ramai pengguna, dan merupakan kunci penting dalam perkembangan teknologi telefon sel.

Terdapat empat jenis kad SIM. Dinamakan sebagai H1, H2, H3, H4

  • H1= menggunakan jaringan normal menggunakan SIM ini
  • H2= menggunakan jaringan yang agak baik, lebih kuat menggunakan SIM ini
  • H3= menggunakan jaringan yang lebih baik, lebih lebih kuat menggunakan SIM ini
  • H4= bagi kegunaan korporate.

Kad ini tidak diberikan kepada semua pengguna kerana ia menggunakan lebih banyak jalur lebar. Bagi mengetahui jenis SIM perisa di bahagian belakang dan dapatkan nombor SIM dan jenis SIMnya.

Kad SIM dikeluarkan dalam tiga saiz berbeza bagi memenuh keperluan peranti berlainan. Kebanyakan telefon menggunakan kad SIM bersaiz biasa 85.6 mm kali 53.98 mm, sementara mini-SIM bersaiz 25 mm dengan 15 mm , dan kad micro-SIM bersaiz 15 mm dengan 12 mm.

Kesemua kad hanya setebal 0.76 mm, dan sentuhan cip mikro adalah dalam tatarajah yang sama. Ini bererti kad lebih kecil dapat digunakan dalam peranti yang direka bagi kad lebih besar. Kad SIM menawarkan keselamatan bagi kedua data pengguna dan panggilannya.

Kad ini boleh dikunci, bererti bahawa hanya seseorang yang memiliki nombor pengenalan diri (personal identification number, PIN) yang betul dapat menggunakan kad tersebut. Sekiranya telefon dicuri atau hilang, pencuri tidak dapat menggunakan kad SIM yang dikunci atau mendapatkan sebarang maklumat darinya tanpa PIN.

SIMware

sunting

SIMware merupakan perisian pada atau dilaksanakan pada kad SIM.[1]

Rujukan

sunting
  1. ^ "Case details for Trade Mark 2516989", Intellectual Property Office (UK)

Pautan luar

sunting