MRT Jakarta
Transit Aliran Deras Jakarta (Bahasa Indonesia: Moda Raya Terpadu Jakarta)[1][2] atau lebih dikenali sebagai MRT Jakarta adalah sejenis transit aliran yang terdapat di ibu negara Indonesia, Jakarta.
Transit Aliran Deras Jakarta ترنسيت اليرن درس جاكرتا | |
---|---|
Umum | |
Nama asal |
|
Pemilik | Pemerintah Jakarta |
Kawasan perkhidmatan | Daerah Khusus Ibukota Jakarta dan kawasan sekitarnya |
Lokasi | Jakarta, Indonesia |
Jenis transit | Transit aliran |
Jumlah laluan/aliran | 2 |
Jumlah stesen | 13 (fasa 1) |
Ibu pejabat | Kompleks Wisma Nusantara, Lantai 21, Jalan M.H. Thamrin No. 59, Jakarta, 10350, Indonesia |
Laman sesawang | www |
Operasi | |
Operasi akan bermula pada | 1 Mac 2019 |
Pengendali | PT MRT Jakarta |
Ciri–ciri | Bertingkat dan bawah tanah |
Jumlah kenderaan | 16 set kereta api 6 gerabak |
Jarak kepala | 5–10 minit |
Teknikal | |
Panjang sistem | 16 kilometer (9.9 bt) (fasa 1) |
Tolok landasan | 1,067 milimeter (3.501 ka) |
Pengelektrikan | 1,500 V DC katenari atas |
sunting |
Upacara pecah tanah bagi projek ini telah diadakan pada 10 Oktober 2013, dengan fasa 1 projek (Lebak Bulus ke Bulatan Hotel Indonesia) akan dibuka kepada orang awam pada 2019. Sasaran MRT Jakarta untuk menjalankan ujian penyepaduan dan pentauliahan adalah pada Ogos 2018, diikuti oleh ujian pengendalian dari Disember 2018 sehingga Februari sebelum ia dibuka kepada orang awam pada Mac 2019.[3][4]
Sehingga Ogos 2018, satu ujian percubaan dari stesen Lebak Bulus sehingga Bulatan Hotel Indonesia telah berjaya diselesaikan.[5]
Laluan kereta api
suntingMRT Jakarta dijangka merentang sehingga 108 kilometer, terdiri daripada 21.7 km untuk laluan Utara–Selatan (dari Lebak Bulus ke Kampung Bandan) dan 87 km untuk laluan Timur–Barat (dari Balaraja ke Cikarang).
Laluan Utara–Selatan
suntingLaluan Utara–Selatan dibina dalam dua fasa. Selepas MRT fasa 1 dan 2 siap dibina, MRT bersama-sama dengan Transjakarta dijangka untuk memberi khidmat kepada 60 peratus jumlah perjalanan yang dibuat oleh warga Jakarta. Sepanjang 6 km laluan Utara–Selatan mengikuti laluan 1 Transjakarta yang sedia ada.[6]
Rujukan
sunting- ^ Feby Novalius (29 Oktober 2018). "Sebutan MRT Kini Jadi Moda Raya Terpadu" (dalam bahasa Indonesia). Okezone. Dicapai pada 5 November 2018. [arkib]
- ^ Nur Azizah (13 Oktober 2018). "MRT Jakarta Diberi Nama Moda Raya Terpadu" (dalam bahasa Indonesia). MetroTV News. Dicapai pada 5 November 2018. [arkib]
- ^ "MTR Academy Signs Memorandum of Understanding with MRT Jakarta to Support Development of Indonesia's First Mass Transit System" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). MTR. 28 April 2017.
- ^ "Jokowi leads MRT ground-breaking ceremony" (dalam bahasa Inggeris). 10 Oktober 2013.
- ^ Sita W. Dewi (10 Oktober 2013). "Jakarta MRT has second successful trial run". The Jakarta Post (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 23 Ogos 2018.
- ^ M Julnis Firmansyah (26 Oktober 2018). Untung Widyanto (penyunting). "MRT Usul Koridor 1 Busway Dihapus, Transjakarta Punya Data Lain" (dalam bahasa Indonesia). Tempo.co. Dicapai pada 5 November 2018.