Mimolette atau dikenali juga sebagai Boule de Lille adalah keju dari daerah Flanders di Perancis yang dibuat dengan menggunakan susu lembu yang dipasteur.[1] Nama dari keju ini berasal dari perkataan "mimou" yang bererti lembut sebahagian walaupun ketika dimatangkan teksturnya menjadi keras.[2] Sementara itu, nama Boule de Lille diambil daripada sebuah gudang bawah tanah di Lille di mana keju ini pertama kali dibuat di Perancis.[2] Keju ini pada mulanya berasal dari Belanda dan baru diperkenalkan ke daerah Flanders apabila kawasan tersebut menjadi sebahagian daripada negeri Belanda.[1] Pada dasarnya keju ini adalah keju Edam yang dimatangkan selama enam hingga sembilan bulan.[1] Proses tersebut menjadikan keju ini menjadi sangat keras dan rapuh.[1] Keju Mimolette popular sebagai kudapan yang dimakan bersama dengan segelas bir.[1] Kebanyakan keju ini dimakan ketika telah matang yang disebut dengan istilah "vieux" atau "etuve".[1] Warna daripada keju ini jingga cerah kerana penggunaan annatto.[1]

Mimolette
Maklumat umum
Nama lainBoule de Lille
JenisKeju susu lembuKeju Perancispressed uncooked cheese (en) Terjemah Sunting nilai ini di Wikidata
Asalan
NegaraPerancis
LokasiNordLoire-AtlantiqueManche Sunting nilai ini di Wikidata
Ciri-ciri
Sumber susuLembu
DipasteurkanYa
TeksturKeras
Tempoh penuaan6-9 bulan
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ a b c d e f g Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama encyclopedia
  2. ^ a b (Inggeris) What is Mimolette Cheese?, Wise Geek. Diakses pada 7 Juni 2010.

Pautan luar

sunting