Millie Bobby Brown (lahir 19 Februari 2004) ialah seorang pelakon dan model Inggeris. Beliau terkenal dengan watak lakonannya sebagai Eleven dalam siri drama cereka sains Netflix, Stranger Things, yang melayakkan beliau menerima pelbagai pencalonan anugerah.[1]
Millie Bobby Brown lahir di Marbella, Andalusia, Sepanyol,[2] anak ketiga dari empat bersaudara kepada ibu bapa berbangsa Inggeris, Kelly dan Robert Brown.[3] Keluarga ini berpindah ke Bournemouth, Dorset ketika Millie Bobby Brown berusia sekitar empat tahun dan kemudian ke Orlando, Florida empat tahun kemudian.[4]