Mikroorganisma
Mikroorganisma (daripada Yunani: μικρός , mikrós, "kecil" dan ὀργανισμός , organismós, "organisma") atau mikrob ialah organisma seni, biasanya terlalu kecil untuk dilihat dengan mata kasar. Kajian tentang mikroorganisma dikenali sebagai mikrobiologi, satu bidang yang bermula dengan penemuan mikroorganisma oleh Anton van Leeuwenhoek pada 1675 dengan menggunakan mikroskop reka bentuk sendiri.
Mikroorganisma sangat berbeza-beza dan merangkumi:
- bakteria, kulat, arkea, dan protis;
- tumbuhan mikroskopik (dikenali sebagai alga hijau); dan
- haiwan, seperti plankton dan planaria.
Sesetengah ahli mikrobiologi juga merangkumkan virus sebagai mikroorganisma, tetapi ahli mikrobiologi yang lain tidak menganggap virus sebagai hidupan.[1][2] Kebanyakan mikroorganisma berbentuk ekasel (sel tunggal), tetapi ciri ini tidak sejagat kerana sesetengah organisma multisel juga berbentuk mikroskopik, manakala sesetengah protis dan bakteria ekasel (misalnya Thiomargarita namibiensis) berbentuk makroskopik dan dapat dilihat dengan mata kasar.[3]
Mikroorganisma hidup di semua bahagian biosfera yang memiliki air cecair, termasuk:
- tanah, mata air panas, dasar lautan;
- atmosfera di atas; dan
- batu-batu di dalam kerak bumi.
Mikroorganisma sangat penting kepada pengitaran semula nutrien di dalam ekosistem kerana ia bertindak sebagai pereput. Oleh sebab sesetengah mikroorganisma berupaya mengikat nitrogen, ia juga merupakan sebahagian yang penting kepada kitar nitrogen, dengan kajian-kajian terkini menunjukkan bahawa mikrob bawaan udara mungkin memainkan peranan yang penting dalam kerpasan dan cuaca.[4]
Mikrob juga digunakan oleh ahli bioteknologi, baik dalam penyediaan makanan dan minuman mahupun dalam teknologi moden berasaskan kejuruteraan genetik. Bagaimanapun, mikrob patogen adalah berbahaya kerana ia menyerang dan tumbuh di dalam organisma yang lain lalu mengakibatkan penyakit yang membunuh berjuta-juta orang, haiwan, dan tumbuhan.[5]
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ Rybicki EP (1990). "The classification of organisms at the edge of life, or problems with virus systematics". S Aft J Sci. 86: 182–6. ISSN 0038-2353.
- ^ LWOFF A (1957). "The concept of virus". J. Gen. Microbiol. 17 (2): 239–53. PMID 13481308.
- ^ Max Planck Society Research News Release Accessed 21 May 2009
- ^ Christner BC, Morris CE, Foreman CM, Cai R, Sands DC (2008). "Ubiquity of biological ice nucleators in snowfall". Science. 319 (5867): 1214. doi:10.1126/science.1149757. PMID 18309078.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
- ^ 2002 WHO mortality data Accessed 20 January 2007
Pautan luar
sunting- Our Microbial Planet A free poster from the National Academy of Sciences about the positive roles of microbes.
- "Uncharted Microbial World: Microbes and Their Activities in the Environment" Diarkibkan 2008-05-27 di Wayback Machine Report from the American Academy of Microbiology
- Understanding Our Microbial Planet: The New Science of Metagenomics A 20-page educational booklet providing a basic overview of metagenomics and our microbial planet.
- Tree of Life Eukaryotes
- Ascomaxx
- Microbe News from Genome News Network
- Microbes Patent List[pautan mati kekal] Microbes Related Patents
- Medical Microbiology On-line textbook
- Through the microscope: A look at all things small Diarkibkan 2008-09-13 di Wayback Machine On-line microbiology textbook by Timothy Paustian and Gary Roberts, University of Wisconsin-Madison
- MicrobeID.com Online Bacteria Identification Key and Probabilistic Identification Databases