Mikako Ichikawa
Mikako Ichikawa (市川 実日子 , Ichikawa Mikako, lahir 13 Jun 1978) ialah pelakon dan model Jepun berasal dari Tokyo, Jepun.
Mikako Ichikawa | |
---|---|
Kelahiran | |
Warganegara | Jepun |
Pekerjaan | Pelakon, model |
Tahun aktif | 1994 - kini |
Ketinggian | 169 cm (5 ka 7 in) |
Biografi
suntingKakaknya juga ialah pelakon dan model, Miwako Ichikawa. Oleh kerana kakaknya berkecimpung dalam peragaan, Ichikawa membuat beberapa penampilan di majalah fesyen Olive semasa zaman remajanya. Beliau kemudian menjadi model pada tahun 1994 di bawah kontrak eksklusif dengan majalah tersebut. Pada tahun 1998, beliau mula menjadi model untuk majalah lain seperti CUTiE, spoon. dan Zipper. Beliau membuat penampilan sulung dalam bidang lakonan pada tahun 1998 menerusi filem pendek How To Jujutsu, arahan Takashi Homma. Antara penampilan filem beliau termasuk Blue, Cutie Honey, Memories of Matsuko dan Shin Godzilla. Untuk peranannya dalam Blue beliau memenangi anugerah untuk Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Antarabangsa Moscow ke-24.[1] Beliau diberi penghargaan Bakat Baru Terbaik pada 2003 di Festival Filem Yokohama.[2] Hobi Ichikawa ialah fotografi dan kraftangan.
Rujukan
sunting- ^ "24th Moscow International Film Festival (2002)". MIFF. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-03-28. Dicapai pada 2013-03-30.
- ^ "Yokohama Film Festival: 2003". Internet Movie Database. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-01-03. Dicapai pada 2009-04-16.
Pautan luar
sunting- Official profile (dalam bahasa Jepun)
- Jdorama.com
- Mikako Ichikawa di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)