Miguel Odalis Tejada (nama lahir: Tejeda;[1][2] lahir 25 Mei 1974) ialah bekas pemain besbol Dominika yang beraksi sebagai shortstop selama 16 musim di Major League Baseball (MLB). Beliau telah beraksi bersama enam pasukan MLB terutamanya untuk pasukan Oakland Athletics dan Baltimore Orioles sebelum menempuh penghujung kariernya bersama pasukan Houston Astros, San Diego Padres, San Francisco Giants dan Kansas City Royals.

Miguel Tejada
Tejada pada tahun 2007.
Shortstop
Dilahirkan: (1974-05-25) 25 Mei 1974 (umur 50)
Baní, Republik Dominika
Pukulan: Right Balingan: Right
MLB debut
27 Ogos, 1997, untuk Oakland Athletics
Penampilan MLB terakhir
10 Ogos, 2013, untuk Kansas City Royals
Statistik MLB
Purata pukulan.285
Pukulan2,407
Home run307
RBI1,302
Pasukan
Kerjaya cemerlang dan anugerah

Tejada menamatkan enam musim pertamanya di MLB bersama Athletic apabila beliau beraksi dalam 1,152 perlawanan MLB berturut-turut sehinggalah tamat pada 22 Jun 2007 apabila beliau bergelar sebagai pemain Orioles. Beliau telah disenaraikan ke dalam Pasukan All-Star sebanyak enam kali dan meraih Silver Slugger Award sebanyak dua kali. Pada tahun 2002, beliau telah memenangi Anugerah Pemain Terbaik American League serta MVP Perlawanan All-Star MLB. Nama gelaran beliau ialah "La Guagua", yang bermaksud "bas" dalam sesetengah dialek Sepanyol yang merujuk kepada kebolehan lariannya.

Pada 11 Februari 2009, beliau didapati bersalah dengan sumpah bohong atas perbuataannya menipu kepada Kongres Amerika Syarikat dalam testimoninya terhadap penipuan Rafael Palmeiro dalam penggunaan steroid.[3] Pada 17 Ogos 2013, MLB telah menggantung Tejada selama 105 perlawanan kerana melanggar polisi bahan terlarang MLB.[4][5]

Catatan

sunting
  1. ^ name=autogenerated1
  2. ^ name=chron
  3. ^ Schmidt, Michael S. (February 11, 2009). "The Tumult Continues: Tejada Pleads Guilty". The New York Times. Dicapai pada February 12, 2009.
  4. ^ "Royals’ Miguel Tejada suspended 105 games by MLB for amphetamines". Kansas City Star. Retrieved 8-17-2013.
  5. ^ "Miguel Tejada Suspended Again, was Rafael Palmerio Telling the Truth About PED Use?". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-08-24. Dicapai pada 2013-08-07.

Pautan luar

sunting

Templat:Baseballstats