Batuan Tengah
Koordinat: 1°5′0″N 104°29′0″E / 1.08333°N 104.48333°E
Batuan Tengah (bahasa Inggeris: Middle Rocks) merupakan dua batu kecil yang dikelilingi oleh laut terbuka yang terletak di permulaan timur Selat Singapura dan selatan Laut China Selatan. Batuan tersebut berada di kedudukan 8.0 batu nautika dari selatan negeri Malaysia iaitu Johor dan hanya 0.6 batu nautika dari selatan Pedra Branca. Batuan itu juga berada diantara 0.6 hingga 1.0 meter dari atas paras air.[1]
Keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ)
suntingBatu ini bersama Pulau Batu Puteh (Pedra Branca) dan batu yang lain yang dikenali sebagai Tubir Selatan menjadi subjek pertindihan tuntutan wilayah antara Malaysia dan Singapura. Bagi Batuan Tengah dan Tubir Selatan, pertindihan terjadi semasa Singapura menuntut kedua-dua perairan tersebut pada 1993. Kedua-dua negara Asia Tenggara ini menyetujui untuk membawa isu tuntutan bertindih ini ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada 2003 dan diperdengarkan pada 2007. Mahkamah mengumumkan keputusan 15-1 ke atas Batuan Tengah yang diserahkan kepada Malaysia sementara Pulau Batu Puteh (Pedra Branca) kepada Singapura. Status Tubir Selatan masih dalam penentuan.[1]