Michel Gondry
Michel Gondry (Perancis: [miʃɛl ɡɔ̃dʁi]; lahir 8 May 1963) ialah seorang pengarah, penerbit dan penulis lakon layar filem dari Perancis
Michel Gondry | |
---|---|
Kelahiran | |
Pekerjaan | Pengarah, penerbit dan penulis lakon layar filem |
Tahun aktif | 1986–kini |
Beliau turut dikenali dalam penglibatan video muzik beberapa artis tertentu seperti Daft Punk, Donald Fagen, Radiohead, Björk, Beck, The Chemical Brothers dan The White Stripes.
Biografi
suntingAwal hidup
suntingDatuknya Constant Martin terkenal sebagai pencipta sebuah model awal alat muzik berupa synthesizer bernama clavioline pada tahun 1947. Ayahnya seorang juruelektrik serta pemain piano dan organ amatur, abangnya pula menceburi sebuah kugiran (Ludwig von 88) serta perniagaan membuat logo dan baju T untuk kugiran muzik rock dan rap.[1][2]
Kerjaya perfileman awal
suntingSemasa beliau bersekolah di Olivier-de-Serres, beliau memasuki sebuah kugiran bernama Oui Oui pada 1980 sebagai seorang pemain dram. Dalam kugiran inilah beliau mula membikin video muzik untuk beberapa lagu single mereka. Beliau turut terlibat dalam beberapa projek animasi televiyen seperti Les Triplés (1986)[3] dan Rahan, fils des âges farouches (1987)[4] sebagai seorang pereka watak.
Tersiarnya salah satu video muzik Oui Oui, La Ville, dalam MTV menarik perhatian Björk, seorang penyanyi dari Iceland untuk berkolaborasi dengan Gondry; video pertama mereka Human Behaviour muncul pada 1993 sebelum mereka melakukan beberapa projek lain yang berterusan terasuk "Army Of me", "Isobel", "Hyperballad", "Joga", "Bachelorette", "Declare Independence" dan "Crystalline"[5].
Pada 2004, beliau terlibat mengarahkan filem Eternal Sunshine of the Spotless Mind dibintangi Jim Carrey dan Kate Winslet. Filem tersebut memenangi Anugerah Akademi untuk Lakon Layar Asal Terbaik pada acara anugerah tersebut yang ke-77[6].
Teknik perfileman
suntingBeliau mempelopori efek khas bullet time yang menjadi terkenal dalam filem The Matrix dalam pembikinannya untuk beberapa iklan untuk jenama vodka Smirnoff[7] serta jenama pakaian GAP.[8][9]
Filemografi
suntingFilem cetera
suntingTajuk | Tahun | ||||
---|---|---|---|---|---|
Sebagai pengarah | Sebagai penulis lakon layar | Sebagai penerbit | Catatan | ||
Human Nature | 2001 | Ya | Directorial debut | ||
Eternal Sunshine of the Spotless Mind | 2004 | Ya | Cerita | Ditulis bersama Charlie Kaufman and Pierre Bismuth | |
The Science of Sleep | 2006 | Ya | Ya | Ya | |
Be Kind Rewind | 2008 | Ya | Ya | Ya | |
The Green Hornet | 2011 | Ya | |||
The We and the I | 2012 | Ya | Ya | Ya | |
Mood Indigo | 2013 | Ya | Ya | Ya | |
Microbe & Gasoline | 2015 | Ya | Ya |
Filem pendek
suntingTajuk | Tahun | |||
---|---|---|---|---|
Sebagai pengarah | Sebagai penulis lakon layar | Catatan | ||
L'expedition fatale | 1986 | Ya | Ya | |
Jazzmosphère | 1987 | Ya | ||
My Brother's 24th Birthday | 1988 | Ya | ||
Vingt p'tites tours | 1989 | Ya | ||
La lettre | 1998 | Ya | Ya | |
One Day... | 2001 | Ya | Ya | Juga muncul sebagai watak "The Man" |
Pecan Pie | 2003 | Ya | Ya | |
I've Been Twelve Forever | 2004 | Ya | Appears as himself | |
Ossamuch! – Kishu & Co | Ya | |||
Tiny | Ya | Ya | ||
Three Dead People | Ya | Ya | ||
Drumb and Drumber | Ya | |||
Michel Gondry Solves a Rubik's Cube with His Nose | 2007 | Ya | Ya | |
Interior Design | 2008 | Ya | Ya | Segmen Tokyo! |
Haircut Mouse | 2013 | Ya | Ya | |
Détour | 2017 | Ya | Ya |
Televisyen
suntingTajuk | Tahun | |||
---|---|---|---|---|
Sebagai pengarah | Sebagai penerbit | Catatan | ||
Flight of the Conchords | 2009 | Ya | Episod: "Unnatural Love" | |
Jimmy Kimmel Live! | 2011 | Ya | Sebagai pengarah undangan | |
Kidding | 2018 | Ya | Eksekutif | 6 episodes |
Video muzik
sunting
|
|
Rujukan
sunting- ^ "Du punk au business, la petite entreprise de François, ex-Ludwig von 88" (dalam bahasa Perancis). StreetPress. 3 Oktober 2014. Dicapai pada 22 Oktober 2017.
- ^ "Goéland a fermé, ces t-shirts de votre adolescence sont désormais collectors" (dalam bahasa Perancis). HuffPost. 16 Jun 2017. Dicapai pada 22 Oktober 2017.
- ^ "LE SENS DES RÊVES avec MICHEL GONDRY. Exclusif". Paris-louxor (dalam bahasa Perancis). 4 April 2011. Dicapai pada 22 Oktober 2017.
- ^ "Entretien : avant Michel Gondry, il y avait Michel Gondry" (dalam bahasa Perancis). 2005. Unknown parameter
|site=
ignored (bantuan); Unknown parameter|consulté le=
ignored (|access-date=
suggested) (bantuan) - ^ "Certains l'aiment Fip : Michel Gondry" (dalam bahasa Perancis). Fip Radio. 13 April 2016. Dicapai pada 1 Februari 2017.
- ^ "Eternal Sunshine of the Spotless Mind". Allociné. Dicapai pada 16 Februari 2015. Unknown parameter
|languagee=
ignored (bantuan) - ^ Michel gondry - Smirnoff di YouTube
- ^ "Michel Gondry: The Music Videos and TV Adverts That Influenced Hollywood". Dazzle Ship. 27 Januaro 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Mei 2017. Dicapai pada 22 Jun 2017. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan); Check date values in:|date=
(bantuan) - ^ Strauven, Wanda (2006). The Cinema of Attractions Reloaded. Amsterdam University Press. m/s. 323. ISBN 9053569448. Dicapai pada 22 Jun 2017.
- ^ "ipad_1261 - D File". Director-file.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-06-22. Dicapai pada 6 Ogos 2014.