Metro Taipei
Transit Aliran Massa Taipei (MRT), dijenamakan sebagai Metro Taipei ialah sistem alihan laju yang memberi khidmat di kawasan Taipei dan Taipei Baru, Taiwan. Sistem ini dikendalikan oleh syarikat milik pemerintah, Perbadanan Alihan Laju Taipei, yang juga mengendalikan Gondola Maokong.
Transit Aliran Massa Taipei/Metro Taipei ترنسيت اليرن مسسا تايڤيي/ميترو تايڤيي | |||
---|---|---|---|
Fail:Metro Taipei Logo.svg | |||
Umum | |||
Nama asal |
| ||
Pemilik | Pemerintah Bandaraya Taipei | ||
Lokasi | Taipei, Taipei Baru Taiwan | ||
Jenis transit | Alihan laju, kereta api lapangan terbang | ||
Jumlah laluan/aliran |
| ||
Nombor laluan/aliran | |||
Jumlah stesen | 131[a][2] | ||
Bil. penumpang harian | 1,900,685 (2020)[5] | ||
Bil. penumpang tahunan | 695,650,777 (2020)[3][4] | ||
Ketua eksekutif | BC Yen | ||
Laman sesawang | www | ||
Operasi | |||
Mula beroperasi | 28 Mac 1996 | ||
Pengendali | Perbadanan Alihan Laju Taipei | ||
Ciri–ciri | Bertingkat | ||
Jumlah kenderaan | 217.5 kereta api[b] | ||
Panjang kereta api | 6 gerabak[c] | ||
Jarak kepala | 80 saat-7 minit (12-15 minit pada waktu malam)[d] | ||
Teknikal | |||
Panjang sistem | 152.9 kilometer (95.0 bt)[1] | ||
Bilangan landasan | 2 | ||
Tolok landasan | 1,435 mm (4 kaki 8 1⁄2 in)[e] | ||
Jejari kelengkungan minimum | 200 meter (660 ka)[f] | ||
Pengelektrikan | 750 V DC rel ketiga | ||
Kelajuan purata | 31.5 km/j (19.6 mph)[g] | ||
Kelajuan tertinggi | 90 km/j (56 mph)[h] | ||
| |||
sunting |
Metro Taipei merupakan sistem seumpamanya yang pertama di Taiwan.[6] Rangkaian asal alihan laju ini diluluskan untuk pembinaan pada 1986 dan kerja-kerjanya bermula dua tahun kemudian. Laluan pertama dibuka pada tahun 1996 dan pada 2000, 62 stesen telah beroperasi di tiga laluan utama.[7] Lebih dari sembilan tahun, bilangan penumpangnya meningkat sebanyak 70%. Sejak 2008, rangkaian ini telah berkembang kepada 131 stesen dan bilangan penumpang menokok 66% lagi.
Laluan kereta api
suntingCatatan
sunting- ^ [1] Bilangan stesen adalah 131 jika 12 stesen pertukaran (iaitu set paltform berbeza) dikira berbilang kali, seklai bagi setiap laluan, manakala 119 stesen jika digabungkan. Pertukaran luar stesen di Banqiao dan Xinpu – Xinpu Minsheng, yang perlu meninggalkan kawasan berbayar, dihitung sebagai 2 stesen setiap satu; stesen pertukaran yang menyediakan pertukaran rentas platform bagaimanapun dikira sebagai stesen tunggal.
- ^ Satu kereta api terdiri daripada empat gerabak di laluan Wenhu dan enam gerabak di laluan-laluan yang lain.
- ^ Laluan Pekeliling dan Wenhu: 4 gerabak; cabang Xiaobitan dan Xinbeitou: 3 gerabak.
- ^ Laluan Wenhu: Minimum 1:20 · Purata waktu puncak 2:09 · Purata luar waktu puncak 4:10; Laluan-laluan lain: Minimum 2:00 · Purata waktu puncak 4:01 · Purata luar waktu puncak 5:28[4]
- ^ Laluan Wenhu: 1,880 milimeter (6.17 ka)
- ^ Laluan Wenhu: 33 meter (108 ka)
- ^ Laluan Wenhu: 32.84 kilometer per jam (20 mph)
- ^ Laluan Wenhu: 80 kilometer per jam (50 mph)
- ^ Kaji semula rancangan tersebut setelah rancangan pembangunan Pulau Shezi diluluskan.
Rujukan
sunting- ^ a b "Network and Systems". Perbadanan Alihan Laju Taipei. 19 Januari 2020. Dicapai pada 22 Januari 2020.
- ^ "路網與系統" (dalam bahasa Cina). 臺北大眾捷運股份有限公司. 9 Disember 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 November 2016. Dicapai pada 30 November 2016.
- ^ "臺北市交通統計查詢系統". Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Februari 2014. Dicapai pada 15 Mac 2014.
- ^ a b Perbadanan Alihan Laju Taipei. 2018 Annual Report (PDF) (Laporan) (dalam bahasa Cina). Dicapai pada 22 Januari 2020.
- ^ "關於我們>統計資料>旅運量" (dalam bahasa Cina). 臺北大眾捷運股份有限公司. 15 Oktober 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Mei 2019. Dicapai pada 18 Oktober 2019.
- ^ Lew, Alexander (15 Oktober 2007). "Taipei Subway Ranks as one of the Best". Wired (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 13 Mac 2010.
- ^ 臺北市交通統計查詢系統. dotstat.taipei.gov.tw (dalam bahasa Cina). Dicapai pada 15 September 2018.
- ^ "土城線延伸頂埔段路線說明". 臺北市政府捷運工程局 (dalam bahasa Cina). 2 April 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Mei 2019. Dicapai pada 26 Januari 2020.
- ^ "土城線路線說明". 臺北市政府捷運工程局 (dalam bahasa Cina). 2 April 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 April 2020. Dicapai pada 26 Januari 2020.