Metro Saint Petersburg
Metro Saint Petersburg (Rusia: Петербургский метрополитен; maksud harfiah: Metro Petersburg) merupakan satu sistem kereta api bawah tanah di bandar raya Saint Petersburg dan wilayah Leningrad di Rusia. Sehingga Julai 1995, sistem metro ini dikenali sebagai "Metro Leningrad Darjah Kebesaran Lenin V.I. Lenin (Ленинградский ордена Ленина метрополитен имени В. И. Ленина). Dibuka pada 15 November 1955, ia merupakan sistem metro kedua tertua dalam Kesatuan Soviet selepas Metro Moscow ketika itu.
Metro Saint Petersburg ميترو سأنت ڤيطرسبرڠ | |||
---|---|---|---|
Umum | |||
Nama asal | Петербургский метрополитен Peterburgskiy metropoliten | ||
Lokasi | Saint Petersburg Wilayah Leningrad, Rusia | ||
Jenis transit | Metro | ||
Jumlah laluan/aliran | 5 (4 lagi dalam perancangan) | ||
Jumlah stesen | 67 | ||
Bil. penumpang harian | 2.03 juta (2015)[1] | ||
Bil. penumpang tahunan | 741.79 juta (2015)[1] | ||
Ketua eksekutif | V.A. Garyugin | ||
Laman sesawang | www | ||
Operasi | |||
Mula beroperasi | 15 November 1955 | ||
Pengendali | Peterburgsky Metropoliten | ||
Ciri–ciri | Bawah tanah | ||
Jumlah kenderaan | 1,620 gerabak (dengan 6–8 gerabak untuk satu set)[1] | ||
Teknikal | |||
Panjang sistem | 113.52 kilometer (70.54 bt)[1] | ||
Tolok landasan | 1,520 mm (4 kaki 11 27⁄32 in) | ||
Pengelektrikan | 825 V DC rel ketiga[2] | ||
Kelajuan purata | 39.03 km/j (24.25 mph)[1] | ||
| |||
sunting |
Sehingga kini, terdapat lima buah aliran kereta api dalam Metro Saint Petersburg dengan panjang keseluruhan aliran tersebut adalah 113.6 kilometer (70.6 bt) serta 67 buah stesen metro, di mana tujuh daripadanya merupakan stesen pertukaran (6 adalah stesen pertukaran dengan 2 laluan dan 1 adalah stesen pertukaran dengan 3 laluan).[3]
Sistem metro ini menampilkan ciri dan reka bentuk Soviet dan menjadikannya salah satu metro yang paling menarik di dunia. Kerana geologi bandar raya Saint Petersburg yang unik, metro ini merupakan salah satu daripada sistem kereta api bawah tanah paling dalam di dunia dan juga yang paling dalam mengikut kedalaman purata kesemua stesen. Stesennya yang paling dalam adalah Admiralteyskaya dengan kedalaman sehingga 86 meter dibawah aras permukaan bumi.
Pada 2015, Metro Saint Petersburg telah mengangkut kira-kira 741.79 juta penumpang,[1] menjadikannya sistem kereta api bawah tanah ke-19 paling sibuk di dunia.
Rangkaian
suntingSimbol | Nama | Tarikh pembukaan | Stesen terakhir dibuka | Panjang (km) |
Bilangan stesen | Anggaran masa perjalanan | |
---|---|---|---|---|---|---|---|
dalam bahasa Melayu | dalam tulisan Cyril | [4][5] | |||||
Laluan 1 (Kirovsko-Vyborgskaya) |
Линия 1 (Кировско-Выборгская) |
15 November 1955 | 29 Disember 1978 | 29.65 | 19 | ~ 46 minit | |
Laluan 2 (Moskovsko-Petrogradskaya) |
Линия 2 (Московско-Петроградская) |
29 April 1961 | 22 Disember 2006 | 30.1 | 18 | ~ 46 minit | |
Laluan 3 (Nevsko-Vasileostrovskaya) |
Линия 3 (Невско-Василеостровская) |
3 November 1967 | 29 Disember 1984 | 22.6 | 10 | ~ 32 minit | |
Laluan 4 (Pravoberezhnaya) |
Линия 4 (Правобережная) |
30 Disember 1985 | 7 Mac 2009 | 11.21 | 8 | ~ 16 minit | |
Laluan 5 (Frunzensko-Primorskaya) |
Линия 5 (Фрунзенско-Приморская) |
20 Disember 2008 | 28 Disember 2012 | 20.04 | 12 | ~ 28 minit | |
Jumlah: | 113.6 | 67 |
Rujukan
sunting- ^ a b c d e f "Технико-эксплуатационные показатели метрополитенов 2015 год" (PDF) (dalam bahasa Rusia). Международная Ассоциация «Метро».
- ^ Andrew Zalmanov as a private person. "Петербургский метрополитен". Spb.metro.ru. Dicapai pada 13 Ogos 2012.
- ^ Сенная площадь — Спасская — Садовая
- ^ Приблизительное, зависит от времени суток
- ^ "Схема линий Петербургского метрополитена". Яндекс. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-02-04. Dicapai pada 2017-04-10.
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Metro Saint Petersburg |
- (Rusia) Tapak web rasmi
- (Inggeris) Peta metro dan waktu operasi Diarkibkan 2017-04-11 di Wayback Machine