Metro Crime Series: Siapa Lelaki Itu?

Drama Metro Crime Series: Siapa Lelaki Itu? menemui penonton pada 6 Julai 2023, dimana disiarkan 2 episod setiap minggu secara eksklusif di platform penstriman online www.tonton.com.my atau aplikasi Tonton.

Drama siri 10 episod yang membawa jalan cerita yang diinspirasikan dari kes jenayah berprofil tinggi di Malaysia ini merupakan terbitan Razors Edge Pictures, diarahkan oleh Megat Sharizal dan Faizul A. Rashid dengan nukilan skrip bersama Hadi M. Nor, Haris M. Nor dan Lepat Hafiz.

Metro Crime Series: Siapa Lelaki Itu?
Genre
Pengarah
Dibintangi oleh
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan musim1
Bilangan episod10
Penerbitan
Penerbit eksekutifDato' Saniboey Mohd Ismail
PenerbitA Latiff Mohaideen
Razif Kasmar
Syarikat penerbitan
Razor's Edge Pictures
Penyiaran
Saluran asalTonton
Format gambar1080i (HDTV)
Tayangan ulang di
TV3 (Lestary)
15 Jun 2024 – 6 Julai 2024
Siaran asal6 Julai 2023 – 3 Ogos 2023
Kronologi
MengikutiHello Jodoh
Diikuti olehPengantin Pasti Jadi

Siri ini juga bersiaran ulangan di saluran TV3 di bawah Slot Lestary pada 15 Jun hingga 6 Julai 2024 bagi menggantikan siri drama Hello Jodoh dan digantikan oleh siri drama Pengantin Pasti Jadi.

Sinopsis

sunting

Siri ini berkisar kematian Syerinie yang telah dibunuh dengan kejam. Fatema (dilakonkan oleh Zahirah Macwilson), seorang wartawan Harian Metro, berhasrat untuk membuat liputan bagi kes yang menggegarkan negara ini. Namun, permintaannya tidak diluluskan oleh editornya. Sebaliknya, liputan ini ditugaskan kepada rakan sejawatnya, Rozimi (dilakonkan oleh Aloy Paradoks).

Fatema sememangnya seorang yang panas baran. Maka tidak hairanlah yang dia telah membuat keputusan untuk melanggar arahan dan bekerjasama dengan Rozimi.

Temu bual bersama saksi kejadian telah membawa kepada penemuan butiran yang telah dikaburkan oleh pihak polis. Menurut saksi, dia ada terlihat seorang lelaki yang mungkin adalah pembunuh Syerinie.

Hanya Fatema dan Rozimi yang melaporkan tentang kelibat lelaki misteri ini. Perkara ini memberi kelebihan kepada Harian Metro.

Pada keesokan harinya, suspek utama telah ditahan. Namun, jejaka tersebut bukanlah lelaki yang dilihat oleh saksi kejadian. Maka, soalan yang perlu diselesaikan menerusi 10 episod siri ini adalah: ‘Siapa Lelaki Itu?’


Pelakon

sunting

Pelakon utama

sunting

Pelakon pembantu

sunting

Runut bunyi

sunting
No. Tajuk Artis Masa
1. "Ilusi" Marsha Milan feat. Hazama 03:50
2. "Bongkar Saja" Fai Ramli 3:15

Rujukan

sunting
  1. ^Metro Crime Series: Siapa Lelaki Itu? myinfotaip
  2. ^Metro Crime Series: Siapa Lelaki Itu? aimanabdullah

Pautan luar

sunting