Metatesis (linguistik)

Metatesis (dari bahasa Yunani μετάθεσις, dari μετατίθημι metatithemi "saya menyusun beza") adalah pengubahan kedudukan bunyi atau suku kata membentuk satu atau lebih patah perkataan dituturkan dalam sesebuah ayat. Kejadian ini banyak diperhatikan dalam banyak bahasa di mana bentuk asli sesebuah perkataan yang didapati terbentuk melalui fenomena ini dapat disimpulkan dari bentuk kata yang lebih tua dalam leksikon atau perkamusan lama bahasa yang dapat dicatat mahupun secara kajian pembentukan semula fonologi asal.

Jenis metatesis yang berlaku bergantung kepada kedudukan dua komponen bunyi yang mungkin tertukar:

  • metatesis antara dua atau lebih suku kata bersebelahan (metathesis bersebelahan,[1] metathesis tempatan[2])
  • metatesis antara dua atau lebih suku kata yang berjauhan (metathesis jarak jauh,[1] hipertesis[3])

Contoh

sunting

Dalam bahasa Melayu

sunting

Perkataan tembikai pada asalnya merupakan hasil metatesis dari perkataan mendikai diserap dari bahasa Tamil iaitu கொம்மட்டிக்காய் kommaṭṭikkay.[4]

Perkataan seluar yang menyerap dari kata bahasa Parsi شلوار syilwar (berurutan sebutan /l...w...r/) dimetatesiskan sebutan peminjaman kata bahasa Arab سِروَال sirwāl (berurutan sebutan /r...w...l/).

Dalam bahasa-bahasa lain

sunting

Nama kota Iskandariah di Mesir (Arab: الإسكندرية) diserap dari nama asalnya dalam bahasa Yunani iaitu Ἀλεξάνδρεια Alexándria; di mana komponen /ks/ dalam sebutan asal /aleˈksanðɾia/ tertukar kedudukannya menjadi /aleˈskanðɾia/, /al/ pula digugurkan kerana mirip pemula alif lam (ال) bentuk ism ma`rifah sesebuah perkataan dalam bahasa Arab.

Perkataan bahasa Inggeris Lama þrēo (three, "tiga") diterbitkan kepada þridda dan þrēotene yang masing-masing patut diturunkan kepada thrid dan thriteen, namun termetatesis kepada third (ketiga) dan thirteen ("tiga belas") dalam bahasa Inggeris Moden.

Fenomena ini juga banyak diperhatikan pada banyak bahasa-bahasa Romawi:

  • miraculum > milagro (bahasa Sepanyol: "keajaiban")
  • formaticus ("terbentuk dalam acuan", 1135) > fromage (bahasa Perancis: "keju").[5]

Rujukan

sunting
  1. ^ a b Strazny, Philipp (2005). Encyclopedia of Linguistics. 2, M–Z. Chicago: Fitzroy Dearborn. m/s. 679.
  2. ^ van Oostendorp, Marc; dll. (penyunting). The Blackwell Companion to Phonology. Volume III, Phonological Processes. Oxford: Blackwell. m/s. 1381. |volume= has extra text (bantuan)
  3. ^ Trask, Robert Lawrence (2000). The Dictionary of Historical and Comparative Linguistics. Edinburgh: Edinburgh University Press. m/s. 211.
  4. ^ Hoogervorst, Tom (2015). "Detecting pre-modern lexical influence from South India in Maritime Southeast Asia". Archipel. 89: 78.
  5. ^ "fromage". Etymologie. Centre Nationale de Ressources Textuelles et Lexicales. Dicapai pada 30 Mei 2021.