Mesut Özil
Rencana ini memerlukan kemas kini dalam Bahasa Melayu piawai Dewan Bahasa dan Pustaka. Silalah membantu. Anda boleh rujuk: Laman Perbincangannya • Dasar dan Garis Panduan Wikipedia • Manual Menyunting |
Mesut Özil (lahir Oktober 15, 1988) merupakan seorang pemain bola sepak profesional Jerman yang bermain untuk pasukan kebangsaan Jerman. Özil telah menjadi pemain remaja kebangsaan sejak 2006 dan beliau merupakan pemain kebangsaan untuk Jerman pada 2009. Beliau mendapat perhatian antarabangsa semasa Piala Dunia 2010 dan dicalonkan untuk Anugerah Bola Emas, dimana anugerah ini disampaikan untuk pemain terbaik pertandingan. Özil memulakan kareer senior di kelab asal beliau, Schalke dalam Bundesliga pada 2006, berpindah ke Werder Bremen pada 2008 dan menyertai Real Madrid pada 2010 berikutan prestasi yang membanggakan dalam Piala Dunia FIFA bersama Jerman.
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Mesut Özil[1] | ||
Tarikh lahir | 15 Oktober 1988 | ||
Tempat lahir | Gelsenkirchen, Jerman Barat | ||
Ketinggian | 1.83 m (6 ka 0 in)[2] | ||
Posisi permainan | Pemain tengah menyerang | ||
Nombor | 11 | ||
Kerjaya remaja | |||
1995–1998 | Westfalia 04 Gelsenkirchen | ||
1998–1999 | Teutonia Schalke-Nord | ||
1999–2000 | Falke Gelsenkirchen | ||
2000–2005 | Rot-Weiss Essen | ||
2005–2006 | Schalke 04 | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
2006–2008 | Schalke 04 | 30 | (0) |
2008–2010 | Werder Bremen | 71 | (13) |
2010–2013 | Real Madrid | 105 | (19) |
Pasukan kebangsaan | |||
2006–2007 | Jerman B19 | 11 | (4) |
2007–2009 | Jerman B21 | 16 | (5) |
2009–2018 | Jerman | 92 | (23) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 16 Mei 2019 (UTC) |
Özil diberi pujian atas ketangkasan dan bertambah baik sebagai pemain tengah. Gaya dan kemampuan beliau menghasilkan bantuan gol untuk rakan sepasukan menyebabkan beliau dibandingkan oleh Jose Mourinho (pengurus beliau ketika di Real Madrid) kepada lagenda Real Madrid, Zinedine Zidane. Pada 2010-11, Özil mendapat kedudukan pertama dalam bantuan gol untuk pertandingan domestik dan Eropah sebanyak 25. Pada 2011-12, beliau berada di tempat pertama untuk bantuan gol dalam La Liga bersama 17 bantuan gol. Özil merupakan pembantu gol usaha tertinggi dalam kedua-dua 2010 Piala Dunia FIFA dan UEFA Euro 2012.
Kerjaya kelab
suntingSchalke 04
suntingPada 2005, Özil berpindah ke pasukan remaja Schalke 04. Beliau dijadikan pemain tengah dan memakai jersi 17 untuk nombor skuad beliau, selepas bermain sebagai pemain gantian di posisi playmaker dan pemain tengah untuk menggantikan Lincoln dalam perlawanan Ligapokal menentang Bayer Leverkusen dan Bayern Munich. Dalam membuat kemunculan untuk Schalke, beliau digambarkan sebagai "perkara besar seterusnya", tetapi selepas menolak tawaran kontrak Schalke 04, menyatakan bahawa gaji tahunan €1.5 juta tidak cukup, beliau gagal mendapat persetujuan dengan pengurusan kelab dan berpindah ke Werder Bremen pada Januari 2008. Ini menyebabkan Mirko Slomka, pengurus Schalke ketika itu menyatakan bahawa Özil tidak akan bermain perlawanan lain untuk Schalke 04.
Werder Bremen
suntingPada 31 Januari 2008, Özil berpindah ke Weder Bremen untuk €5 juta, menandatangani kontrak dengan kelab Jerman itu sehingga 30 Jun 2011. Selain Werder Bremen, Hannover 96 dan VfB Stuttgart dilaporkan berminat untuk membida Ozil ke kelab masing-masing tetapi tidak mahu membayar harga yang terlalu tinggi. Selepas berpindah ke Werder Bremen, Ozil mendapat jersi nombor 11. Pada 26 April 2008 (perlawanan ke-30) Ozil menjaringkan 2 gol dalam keputusan 2-1 menentang Karlsrucher SC, merupakan gol Bundesliga beliau paling cepat. Beliau bermain 12 perlawanan separuh masa kedua dalam musim itu, enam kali bermain dalam perlawanan bermula.
Walaupun Bremen gagal dalam musim 2008-09 Bundesliga, dimana berada di kedudukan ke-10, Ozil berjaya membuat beberapa impak dalam kebanyakkan gol dan menghasilkan tiga gol bersama 15 gol bantuan. Beliau membantu kelab itu dalam DFB-Pokal 2009 dengan gol kemenangan 1-0 menentang Bayer Leverkusen di Berlin. Beliau juga berjaya dalam Eropah dengan membawa Werder Bremen ke perlawanan akhir Piala UEFA, tetapi tewas kepada Shakhtar Donestsk dari Ukraine
Pada musim 2009-10, Ozil menjadi pemain utama Werder Bremen dengan menggantikan Diego yang meninggalkan kelab itu untuk Juventus untuk €24.5 juta. Pada 1 Mei 2010 (perlawanan ke-33), Ozil bermain untuk perlawanan Bundesliga ke-100 beliau, menjaringkan 1 gol daripada 2-0 kemenangan terhadap kelab lama, Schalke 04. Ozil membantu Werder Bremen untuk kedudukan ketiga dalam liga dan sekali lagi ke DFB-Pokal, tetapi tewas menentang Bayern Munich dengan keputusan 0-4. Dalam musim kedua beliau, Bremen mendapat kedudukan ketiga, dimana Ozil menyumbang 9 gol dan 17 bantuan gol dalam 31 kemunculan liga. Semasa musim 2009-10, Ozil diumumkan sebagai "pemain terbaik separuh masa pertama musim itu".
Dalam keseluruhan jumlah, Ozil bermain 108 perlawanan untuk Werder Bremen dalam semua pertandingan, menjaringkan 16 gol dan memberi 55 gol bantuan.
Real Madrid
suntingBerikutan prestasi membanggakan beliau dalam Piala Dunia FIFA 2010, Ozil mendapat tempat dalam pemain muda berbakat di Eropah. Beliau ditinjau oleh pasukan seperti Barcelona, Arsenal, Manchester United dan Real Madrid. Penyerang England, Wayne Rooney merupakan peminat Ozil dan pernah meminta bekas pengurus Manchester United, Alex Ferguson untuk menandatangani Ozil. Terdapat laporan menyatakan bahawa permindahan beliau ke Barca disekat. Bremen menafikan laporan tersebut dan pada 17 Ogos 2010, pasukan itu mengumumkan bahawa mereka telah mencapai persetujuan bahawa permindahan Ozil ke Real Madrid; dilaporkan bernilai €15 juta. Semasa ditandatangani, Ozil menyatakan, "Apabila tawaran untuk memasuki Real Madrid, tiada keputusan untuk dilakukan. Jika berterus terang - kita tidak akan menolak kelab ini. Saya tidak tergesa-gesa untuk meninggalkan Werder Bremen, tetapi tawaran ke kelab ini merupakan tidak boleh ditolak. Mereka mempunyai institusi, kelab yang mempunyai sejarah hebat, stadium, dan skuad yang mempunyai pemain bertaraf kelas dunia. Prospek untuk prestasi di Barnebeu adalah sangat hebat." Ozil membuat kemunculan pada 22 Ogos dalam perlawanan persahabatan menentang Hércules, dimana Real Madrid menang 3-1. Nombor jersi beliau sering kali diubah sebelum permulaan musim. Beliau diberi nombor 26 dalam perlawanan pra-musim dan 19 untuk kemunculan. Tetapi berikutan permindahan Rafael van der Vaart ke Tottenham Hotspur, beliau diberi kekosongan nombor 23.
Ozil dijadikan pemain gantian Kaka, tetapi kerana sering cedera, Ozil mendapat tempat pertama. Beliau kemudian membuat kemunculan La Liga untuk Real Madrid sebagai pemain gantian untuk Angel Di Maria pada minit ke-62 menentang Mallorca, dimana Madrid seri 0-0. Beliau membuat kemunculan Liga Juara-Juara pada 15 September, BELIAU dapat menghasilkan gol bantuan bersama Real Madrid pada minit ke-74 menentang Ajax selepas menghantar silang bola untuk gol Gonzalo Higuain. Gol pertama beliau terhasil dalam perlawanan liga menentang Deportivo La Coruna pada 3 Oktober 2010, dalam kemenangan 6-1. Gol pertama Liga Juara-Juara dimenangi dengan gol minit ke-14 menentang Mila pada 19 Oktober 2010. Pada 22 Disember, beliau membuat kemunculan untuk Copa del Rey, menjaringkan sebuah gol untuk kemenangan 8-0 menentang Levente.
Beliau menamatkan musim itu dengan 25 gol bantuan, tertinggi dalam pertandinagn Eropah pada musim itu. Prestasi Ozil untuk Real Madrid pada musim pertama beliau dipuji media, peminat dan pemain.
Özil mula memakai jersi nombor 10 untuk Real Madrid pada musim 2011-12, bermakna Jose Mourinho berminat untuk menjadikan beliau pemain utama. Beliau mempunyai rekod terhadap Barcelona seperti menjaringkan gol pertama dalam El Clásico Supercopa de Espana. Beliau juga turut terlibat dengan pergaduhan dengan penyerang Barca, David Villa menyebabkan Ozil dihantar keluar padang pada minit-minit akhir. Ozil juga turut disenaraikan untuk FIFA Ballon d'Or pada msim itu.
Pada musim 2012-13, Real Madrid menandatangani Luka Modric menyebabkan timbul dakwaan bahawa Ozil tidak bahagia di Real Madrid, dakwaan ini dinafikan beliau dan menyatakan bahawa beliau bahagia di kelab itu dan berbangga untuk berebut tempat. Beliau memenangi Supercopa de Espana bersama Real Madrid. Dalam perlawanan liga, beliau memberi gol bantuan untuk Cristiano Ronaldo demi seri 2-2 menentang Barcelona di Camp Nou. Pada 6 November, Ozil menjaringkan gol sepakan percuma untuk menyelamatkan Real Madrid menentang Borussia Dortmund untuk mendapat mata. Beliau menamatkan musim dengan 29 gol bantuan, walaupun Real Madrid tidak memenangi apa-apa kecuali Supercopa, persembahan Ozil dipuji. Pada hujung musim bersama 26 gol bantuan, beliau mempunyai gol bantuan paling banyak berbanding pemain-pemain lain dalam liga termasuk Xavi dan Lionel Messi dari Barcelona.
Arsenal
suntingPada 2 September 2013, Ozil bersetuju untuk pasukan Arsenal . Bayaran untuk pembelian Ozil tidak diumumkan tetapi dipercayai bernilai £42.4 juta untuk kontrak dua puluh tahun. Jika benar, ini menjadikan beliau pemain Jerman paling mahal sepanjang zaman. Ozil diberi nombor 11 dalam pasukan dan dijadikan pemain tengah serangan oleh pasukan itu.
, "Pada hujung minggu, saya yakin saya akan tetap di Real Madrid tetapi saya sedar saya tidak mempunyai kepercayaan daripada jurulatih dan ketua-ketua. Saya merupakan pemain yang memerlukan kepercayaan dan perkara itu dirasai dari Arsenal, yang menyebabkan saya menyertai pasukan ini". Dalam sidang akhbar pertama beliau, beliau menyatakan: "Saya sanggup datang ke sini dengan percuma, itu tidak menjadi masalah, apabila saya bercakap dengan Benjamin Mora di telefon, beliau merupakan seorang yang memberi penghormatan dan sebagai seorang pemain, saya memerlukannya". Beberapa pemain-pemain Real Madrid seperti Cristiano Ronaldo tidak berpuas hati dengan permindahan Ozil, beliau berkata "Beliau merupakan pemain yang tahu apa yang saya lakukan dihadapan gol... Saya sangat berang tentang pemergian Ozil." [[Fail:Mesut Özil (9881761465).jpg|thumb|Mesut pada musim
Pada separuh musim kedua, Arsenal dan Ozil bergelut dalam kemenangan, mereka tewas dalam Liga Juara-Juara selepas ditewaskan pasukan UEFA di pusingan kalah mati. Arsenal yang berada di kedudukan atas awal musim bergelut pada bulan Januari menyaksikan pengurus Arsenal juga diminta untuk berhenti. Walau bagaimanapun, Arsenal berjaya diselamatkan dengan kemenangan Piala FA 2014 sehingga pusingan perlawanan masa tambahan, Arsenal akhirnya memenangi trofi setelah hampir sedekad tidak memenangi apa-apa dibawah pengurusan Benjamin Mora.
Pada musim 2014-15, Ozil pulang ke Arsenal pada bulan Ogos selepas bermain untuk Jerman dan memenangi Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil. Musim ini disertai oleh Alexis Sanchez ditandatangani dari FC Barcelona untuk £32 juta menjadikan Arsenal pasukan yang bertambah baik. Ozil digandingkan dengan Santi Cazorla untuk posisi tengah dimana Sanchez bermain di posisi sayap. Wilshere, Ramsey dan Ozil tidak dapat digandingkan sekali berikutan masalah kecederaan yang dialami Ozil pada bulan Oktober menentang Chelsea.
Pada musim itu, Arsenal sekali lagi ke pusingan akhir Piala FA 2015 dimana mereka tewaskan Aston Villa.
Catatan
sunting- ^ "FIFA World Cup South Africa 2010 – List of Players" (PDF). Fédération Internationale de Football Association (FIFA). m/s. 11. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-05-17. Dicapai pada 2 September 2013.
- ^ "Mesut Özil, JDT midfielder player profile". Premier League. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-06-01. Dicapai pada 30 April 2016.
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Mesut Özil |
- Tapak web rasmi
- Laman web Soccerbase: Statistik kerjaya Mesut Özil
- Arsenal official profile
- Profile at Premier League
- Mesut Özil at kicker.de (Jerman)
- Mesut Özil di fussballdaten.de (dalam bahasa Jerman)
- ESPN Profile
- BDFutbol profile
- 2010 FIFA World Cup profile Diarkibkan 2013-12-25 di Wayback Machine
- (Inggeris) Profil Mesut Özil di National-Football-Teams.com
- Mesut Özil – Rekod persaingan FIFA